Bagaimana Facebook mencuri berbilion tontonan. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Beberapa hari lalu, Facebook mengumumkan bahawa mereka mencapai lapan bilion penonton sehari

Ini sangatlah hebat, sehingga anda sedar, pada suku pertama 2015,

725 daripada seribu video paling banyak ditonton di Facebook sebenarnya dicuri, dengan jumlah 17 bilion tontonan.

Laman dan pengumpul-pengumpul mencuri dari YouTube untuk dijadikan viral di Facebook

Video-video ini menjadi viral kerana Facebook menipu.

Mereka menulis algoritmanya supaya video yang dimuat naik diutamakan untuk pautan YouTube

Ini kerana pengguna patut kekal di situ selama mana yang boleh supaya Facebook boleh menyiarkan sebanyak mana iklan yang boleh.

Lagipun, ini adalah cara perniagaannya.

Namun, mereka juga menipu dalam tontonan.

Satu tontonan dikira selepas tiga saat walaupun bunyinya disenyapkan.

Maknanya, kerana penyiaran auto, jika anda tatal ke bawah ’timeline’ anda dengan cukup perlahan, anda dikira sebagai penonton

Yang bermakna, sangatlah teruk

Jika dibandingkan dengan tontonan YouTube, tontonan Facebook berkembang setelah beberapa saat kerana kebanyakan angka ialah bukan sebenar

Tetapi angka yang besar ini sangatlah mengagumkan, jadi Facebook asyik berpura-pura

Sementara keviralan yang dipaksa ini pelik, masalah sebenar ini dipanggil ‘Freebooting’, kecurian video-video ini

Oleh sebab Facebook mementingkan penontonnya sendiri, video yang dicuri ditonton lebih ramai orang daripada asalnya

Sejak kebelakangan ini, perkara ini telah berlaku kepada kita, semakin lama semakin kerap

Contoh yang terbaharu, ia mengumpul sebanyak 3.2 juta tontonan dan dikongsi sebanyak 140 ribu dalam dua hari

Sementara ‘post’ kita mencapai 100 ribu orang dan dikongsi sebanyak 1000 kali

Pencipta yang lain mencapai dengan kadar yang lebih tinggi lagi

Video-video daripada Smarteveryday kerap dicuri dan ditonton sehingga 17 juta kali

Contohnya, seperti Tyrese Gibson, seorang penyanyi yang mencuri video viral seperti ini, dengan 86 juta tontonan dalam ‘page’ miliknya

Dia juga meletakkan ‘pautan untuk belian lagunya

Dia tidak keseorangan di sini

Sekumpulan manusia membina kehadiran mereka dengan mencuri karya orang lain

Ini sangatlah buruk untuk karyawan bebas

Berlawanan dengan kepercayaan yang popular

Karya yang dicuri menyebabkan tiada pendedahan kepada karyawan

Hanya pencuri dan Facebook yang untung

Karya yang berkualiti mengambil banyak masa, kreativiti dan cinta

Dalam kes ini, sebuah video mengambil masa sebanyak beratus-ratus jam untuk dihasilkan

Kami juga, dengan pelanggan sebanyak sejuta orang, bergantung dengan iklan dan pendedahan

Tanpa iklan, dan sokongan Patreon yang pemurah, kami tidak mampu membuat video-video.

Untuk karyawan kecil, sebuah video viral boleh bermaksud antara pekerjaan ataupun hobi

Dalam YouTube ini, jenayah seperti ini bukanlah satu masalah kerana mempunyai perlindungan yang melindungi hasil karya daripada dicuri

Walaupun sistem ID karya terlalu jauh daripada sempurna, terutamanya untuk pengkritik filem dan pemain permainan

Facebook, dalam erti kata lainnya, berpura-pura merasakan semuanya adalah baik, dan secara malarnya, mengumumkan dengan lantang selepas itu

Tetapi ini tidak bagus. Mari kita lihat proses penuntutan hak cipta anda dalam Facebook pada tahun lepas

  1. Dapatkan e-mel atau ’tweet’ daripada seorang peminat yang meberi pautan terus ke video anda

Ini terlalu mustahil untuk mencari video-video anda dalam Facebook sendirian, anda bergantung kepada tuah untuk mencari video anda yang dicuri

  1. Cari “Facebook copyright infringement” dalam Google kerana lebih pantas

  2. Isi borang untuk hubungan yang panjang dan menjengkelkan

  3. Lihat tontonan video anda yang dicuri yang meningkat

  4. Akhirnya, Facebook menarik balik video itu

Dengan mudahnya, video itu mengumpulkan 99% tontonan yang akan dapat

Pencuri tersebut tidak perlu takut langsung dengan kesan negatif

Inilah yang karyawan perlu hadapi dengan berterusan

dan selain daripada kehilangan pendedahan dan wang, rasanya seperti satu ‘pencabulan’ untuk dilayan seperti itu

Dalam kenyataan terbaharu, Facebook mengumumkan yang mereka ingin berubah

Tetapi ini terlalu sukar untuk dipercayai dengan serius apabila ianya masih mengambil berhari-hari untuk ditarik balik

dan Facebook tidak berkongsi keuntungan yang dihasilkan daripada itu

Ketika ini, Facebook bukanlah rakan kongsi untuk maju ke hadapan

Mereka membina empayar video yang telah dicuri dan tidak mengambil kira tentang karyawan sebenar

Ini semestinya tidak boleh diterima untuk syarikat yang bernilai berbilion-bilion dollar

Facebook kini telah mencuba pelbagai model pengewangan yang akan memberikan pemuat naik satu potongan hasil iklan

Yang mana, dengan keadaan sekarang, menyusahkan

Sekarang, ini hanya diuji dengan syarikat media gergasi, tetapi sebagai karyawan, kami tidak merasakan yang kami dipinta atau diambil kira oleh si gergasi Facebook

Sebagai penonton, apakah yang anda boleh bantu?

Jika anda terjumpa karya yang dicuri dalam FB, buat satu komen yang menghubungkan dengan karya asal

Ingatkan karyawan asal, kerana hanya mereka yang boleh memfailkan laporan hak cipta

Kongsi video ini ataupun yang dibuat oleh Smartereveryday

Kami mahukan perkara yang sama, internet percuma berdasarkan kreativiti, komuniti dan perkara hebat

Dengan ikhlasnya, kami harap agar Facebook boleh menjadi rakan kongsi daripada penghalang untuk mencapainya

Untuk maklumat yang lanjut, kami cadangkan artikel Encik Hank Green

Dan jika ingin menyokong kami untuk meneruskan ‘kehidupan’ dalam dunia video atas talian, atau membuat lebih banyak video

Anda boleh berbuat demikian di Patreon.com