Apa jika kita meletakkan semua bom nuklear pada masa yang sama? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Ramai penonton telah bertanya kepada kami tentang satu persoalan:

“Apakah yang akan terjadi jika semua bom nuklear yang wujud di bumi ini, dikumpul dan diletupkan serentak?”

Malangnya, kami tiada sumber yang memuaskan untuk menjawab persoalan ini.

Jadi kami menjemput beberapa saintis untuk meghitung apakah yang sebenarnya akan terjadi.

Dan mendapatkan jawapan kepada persoalan saintifik yang sangat penting ini.

Buat masa ini terdapat 15,000 senjata nuklear di atas mukabumi.

AS dan Rusia memiliki lebih kurang 7,000 daripadanya.

Manakala Perancis, China, UK, Pakistan, India, dan Korea Utara memiliki 1,000 secara keseluruhan.

Tapi berapa besarkah kuasa pemusnah ini sebenarnya?

Mari kita lihat hasil kiraannya.

Di Bumi, terdapat lebih kurang 4,500 bandar-

dengan jumlah sekurang-kurangnya 100,000 penduduk.

Saiz bandar adalah tidak sama, tetapi secara puratanya,

kita memerlukan tiga bom nuklear untuk menjahanamkan sebuah bandar.

Ini bermakna kita mampu untuk memusnahkan kesemua bandar di Bumi,

dengan senjata nuklear sedia ada,

mengorbankan lebih tiga bilion manusia

  • separuh dari jumlah populasi -

dalam sekelip mata.

Dan, kita masih berbaki 1,500 bom nuklear.

Manakala Perancis, China, UK, Pakistan, India, dan Korea Utara memiliki 1,000 secara keseluruhan.

Bak kata pepatah moden, “overkill”.

Jadi, kita sebenarnya memiliki terlampau banyak bom nuklear,

yang mampu mengkibatkan kerosakan yang dahsyat.

Tapi, bagaimana jika kesemua bom itu dikumpul di suatu tempat, kemudian diletupkan?

Andaikan longgokan bom nuklear itu diletakkan di tengah hutan Amazon;

sekadar untuk menunjuk dengan alam semula jadi.

Kesemua bom dimuatkan ke dalam sebuah gudang.

Kebiasaannya, bom nuklear AS mempunyai kuasa sebanyak 200,00 tan TNT.

Maka, 15,000 bom nuklear bersamaan dengan tiga bilion tan TNT.

Untuk perbandingan, jika TNT ini disusun, ia cukup untuk membina Pulau Manhattan

lengkap dengan semua bangunan dan menara pencakar langit.

Analogi terdekat ialah letusan gunung berapi.

Letusan gunung berapi terdahsyat dalam sejarah berlaku pada 1883,

di pulau Krakatoa.

Letusan itu terlalu kuat, sehinggakan 70% daripada pulau

dan kepulauan sekitarnya musnah,

mengakibatkan kematian puluhan ribu manusia.

Kesannya dirasai seluruh dunia selama beberapa hari selepas letusan.

Tenaga longgokan bom nuklear kita pula adalah 15 kali lebih tinggi dari letusan Krakatoa.

Jadi, mari letupkan ia dan lihat.

Tiga,

dua,

satu.

Dalam satu saat,

bebola api berdiameter 50 kilometer menghapuskan segala yang menghalangnya,

dan menghasilkan gelombang letupan yang meratakan 3,000km persegi hutan.

Semua hidupan dalam radius 250km akan terbakar.

Letupan ini mampu didengari di seluruh dunia,

apabila gelombang tekanan mengelilingi dunia berpuluh kali dalam tempoh beberapa mingu.

Jutaan tan bahan hangus terlempar ke atmosfera.

Awan cendawan akan menggapai lapisan luar stratosfera,

menujah keatas melawan angkasa.

Selepas keadaan reda,

sebuah kawah kecil – bersaiz sekitar 10 kilometer –

terhasil di tengah kebakaran yang terburuk yang pernah berlaku di bumi,

merebak segenap Amerika Selatan, membakar kesemua pokok dan bandar.

Sekarang, bahagian yang “kurang menyelesakan” bermula.

Bahan radioaktif kuat akan membunuh hidupan dengan pantas,

dan kawasan sekitar kawah itu tidak boleh didiami,

sepertimana kawasan sejauh ratusan kilometer yang membawa angin dari punca letusan.

Abu letusan dibawa ke atmosfera oleh awan cendawan

and tersebar ke seluruh planet.

Bahan radioaktif di muka bumi berganda,

yang mana masih tidak menghapuskan ketamadunan, tetapi mengkatkan kebarangkalian kanser.

Sebahagian partikel akan tersebar ke angkasa raya untuk beberapa tahun

dan mengakibatkan musim sejuk nuklear

yang akan menurunkan suhu blobal selama beberapa tahun.

Letupan ini lebih teruk jika kamu berada di Amerika Selatan, khusunya Brazil.

Hutan Amazon hanya tinggal sejarah, suatu perkara yang tidak bagus.

Tapi tamadun manusia akan terus hidup.

OK, apa kata kita letupkan lebih banyak bom nuklear?

Bayangkan manusia menggali seluruh deposit uranium di bumi

dan bina sebanyak mungkin bom nuklear.

Berdasarkan penggunaan semasa,

dianggarkan terdapat 35 juta tan uranium dalam kerak Bumi;

cukup untuk menampung keperluan manusia untuk 2,00 tahun lagi,

atau membina jutaan bom nuklear.

Demi menyambung hujah,

andaikan kita bina longgokan 10 juta bom Hiroshima,

yang setinggi 3 kilometer, yang mengandungi tenaga

impak asteroid yang menamatkan zaman dinosaur 65 juta tahun dahulu.

Cumanya, ini adalah nuklear.

Tiga,

dua,

satu.

Longgokan itu meletup dalam bentuk bebola api yang besar mencecah langit

yang mampu dilihat dari separuh Amerika Selatan

dengan tenaga yang sangat banyak menyebabkan tanah kelihatan seperti air

menghasilkan kawah merentasi 100 kilometer.

Gunung-ganang hilang menjadi debu dalam sekelip mata,

manakala ribuan tan serpihan letupan tercampak dengan kelajuan yang sangat tinggi,

hingga terkeluar ke angkasa lepas.

Sebahagiannya terbang terus ke angasa lepas,

manakala sebahagian lagi menjadi hujan serpihan yang panas,

yang memanaskan atmosfera seperti oven,

membunuh kebanyakan binatang besar dan menghasilkan api dan petir di seluruh dunia.

Kerak Bumi akan bergema seperti loceng,

dilanda gempa bumi yang terkuat dalam sejarah peradaban manusia

memusnahkan bandar-bandar,

manakala puting beliung meratakan kesemua hutan di Amerika Selatan

dan api marak menelan benua itu.

Lebihan hidrokarbon di Amazon terbakar menjadi abu,

dan naik ke atmosfera, menutup lapisan atmosfera,

dan menghalang cahaya matahari dari menyinari Bumi,

menyejukkan Bumi sehingga ke aras beku.

Musim sejuk global melanda selama beberapa dekad,

dan mengakibatkan kepupusan setiap binatang besar termasuk maanusia.

Boleh dikatakan seluruh genap planet ini mengandungi kesan radioaktif,

tetapi itu tidak penting lagi.

Ini adalah titik di mana manusia pupus.

Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa dapat menikmati pandangan untuk beberapa ketika,

tetapi ia tidak mustahil semburan batu yang tercampak tidak terlanggar Stesen itu.

Manusia bertuah yang duduk di dalam bunker, atau kapal selam yang cukup dalam,

mungkin hidup lebih lama, sehingga bekalan makanan mereka habis,

dan mereka harus keluar dari persembunyian untuk mencari makanan.

Mereka akan lihat Bumi kini sudah hangus, beku dan penuh sisa radioaktif.

Panet itu sendiri tidak peduli.

Selepas beberapa juta tahun, kesan letupan sudah pulih

dan hidupan hidup aman,

mungkin lebih dari zaman manusia.

Jika ada hidupan berakal lahir, mungkin mereka boleh mengagak apa sebenarnya yang terjadi.

Mereka akan menjumpai lapiasn batu yang nipis dan aneh,

menutupi seluruh planet, penuh dengan elemen radioaktif,

dan bahan lain yang mereput,

bercampur dengan bahan logam dan plastik.

Mungkin mereka akan menjadi sangat-sangat keliru.