Siapa yang bertanggungjawab terhadap perubahan iklim? - Siapa yang perlu memperbaikinya? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Sejak dari zaman revolusi perindustrian, manusia telah melepaskan

1.5 trilion tan karbon dioksida atau CO₂, ke atmosfera bumi.

Pada tahun 2019, kita masih melepaskan sekitar 37 bilion lagi.

Jumlah itu hampir 50 peratus lebih banyak berbanding tahun 2000 dan 3 kali ganda daripada 50 tahun lepas.

Dan ia bukan sahaja CO₂,

Kita juga melepaskan sejumlah besar gas rumah hijau lain seperti metana dan nitrous oksida.

Gabungkan semua gas rumah hijau, kita melepaskan kira-kira 51 bilion tan karbon dioksida setahun.

Dan pelepasan ini terus meningkat.

Namun ia perlu diturunkan kepada sifar.

Tahun-tahun yang lalu, kesannya telah menjadi semakin serius dan jelas.

Hampir setiap tahun, beberapa rekod teruk telah dipecahkan.

Kita telah mengalami gelombang haba, pencairan glasier terbanyak, dan jumlah terendah ais yang pernah direkodkan di Kutub Utara.

Dalam masa 22 tahun lalu, 20 antaranya telah direkodkan sebagai tahun terpanas.

Satu-satu caranya untuk menghadkan perubahan iklim dengan pantas adalah dengan mengurangkan pelepasan gas terkumpul dengan cepat.

Walaupun semua negara bersetuju dengan matlamat ini,

Mereka masih tidak bersetuju dengan siapa yang harus bertanggungjawab atau siapa yang perlu memikul beban berat ini.

Negara-negara maju mempamerkan usaha mereka untuk mengurangkan pelepasan gas

dan fakta bahawa negara membangun yang besar dan berkembang,terutama China,

kini sedang melepaskan lebih banyak CO₂.

Selain itu, negara membangun berhujah yang pelepasan gas daripada Barat adalah disebabkan gaya hidup

sementara untuk negara membangun ianya adalah untuk meneruskan kelansungan hidup.

Ramai memanggil negara kaya hipokrit kerana telah berjaya menjadi kaya-raya dengan mencemarkan alam tanpa had

dan kini berharap supaya negara lain untuk tidak meneruskan perindustrian dan kekal menjadi miskin.

Jadi, siapa yang seharusnya bertanggungjawab kepada perubahan iklim dan pelepasan gas CO2?

Dan tanpa mengira masa lalu, siapa yang perlu bertindak paling banyak hari ini?

Dalam video ini, kita akan bincangkan secara eksklusif tentang negara-bangsa.

Kita akan lihat industri bahan bakar fosil dalam video yang lain.

Soalan 1 daripada 3 : Negara manakah yang melepaskan paling banyak gas karbon dioksida hari ini?

Pada 2017, manusia telah melepaskan kira-kira 36 billion tan CO2.

Lebih daripada 50% datangnya daripada Asia. Amerika Utara dan Eropah mengikuti dengan 18% dan 17%.

Sementara Afrika, Amerika Selatan, dan benua Ocenia jika digabungkan hanya menyumbang sebanyak 8%.

Setakat ini, China merupakan negara yang paling banyak melepaskan gas dengan jumlah 10 billion tan CO2 setiap tahun,

atau 27% daripada pelepasan gas dunia.

Ia diikuti oleh Amerika dengan 15% dan Kesatuan Eropah dengan kira-kira 10%.

Jika digabungkan, jumlah ini lebih separuh daripada pelepasan gas dunia.

Jadi, jelas bahawa tanpa kesanggupan dan tindakan daripada tiga blok besar perindustrian ini,

manusia tidak akan mampu untuk bebas daripada karbon dan mencegah perubahan iklim yang teruk.

Seterusnya India, pada kadar 7%, Rusia pada 5%, Jepun pada 3%,

dan Iran, Arab Saudi, Korea Selatan, dan Kanada semuanya kurang daripada 2%.

Jika digabungkan dengan 3 negara pertama, 10 teratas bertanggungjawab kepada 75% daripada pelepasan gas dunia.

Tapi jika kita hanya lihat kepada situasi hari ini, kita tidak dapat melihat gambaran penuh.

Soalan 2 daripada 3: Negara manakah yang telah banyak melepaskan jumlah gas yang paling banyak?

Jika kita lihat kepada sejarah pelepasan gas hinggalah ke hari ini, realitinya berubah secara drastik.

Amerika dan Kesatuan Eropah kedua-duanya mengalahkan China daripada tempat pertama.

Amerika bertanggungjawab kepada 25% daripada pelepasan gas dunia dalam sejarah, dengan jumlah pelepasan sebanyak 400 billion tan,

kebanyakkannya pada abad ke-20.

Di tempat kedua ialah Kesatuan Eropah dengan 22%.

China di tempat ketiga dengan hanya kurang daripada 13%, sekitar separuh daripada jumlah Amerika.

Jumlah gas India mengucup kepada 3% bersama dengan seluruh Afrika dan Amerika Selatan.

UK pula bertanggungjawab kepada 1% daripada pelepasan gas tahunan dunia

tetapi bertanggungjawab kepada 5% sejarah pelepasan gas dunia.

Jerman, kini melepaskan 2% pada setiap tahun, dan menyumbang sebanyak 6%,

sebanyak jumlah keseluruhan sumbangan gas daripada Afrika dan Amerika Selatan jika digabungkan.

Jadi, naratif bahawa perubahan iklim berlaku dengan pantas disebabkan oleh negara membangun,

sangat susah untuk dipertahankan jika anda menilai dengan fakta.

Tetapi ini bukanlah gambaran penuh situasi ini, kerana negara mempunyai dua faktor:

bilangan populasi dan jumlah pelepasan gas.

Jika sesebuah negara secara general mempunyai lebih ramai orang, pelepasan gasnya sudah tentu lebih tinggi.

Situasi berubah jika dilihat kepada individu seperti anda, wahai penonton.

Soalan 3 daripada 3: Negara manakah melepaskan jumlah karbon dioksida terbanyak bagi setiap individu?

Manusia biasa bertanggungjawab kepada sekitar 5 tan CO2 setiap tahun, tetapi purata boleh mengelirukan.

Negara dengan pelepasan CO2 terbesar per penduduk merupakan antara pengeluar minyak dan gas terbesar dunia.

Pada 2017, Qatar merekodkan pelepasan tertinggi gas pada kadar 49 tan per penduduk,

diikuti dengan Trinidad dan Tobago, Kuwait, Kesatuan Arab Emeriyah, Brunei, Bahrain dan Arab Saudi.

Tetapi itu merupakan kes-kes terpencil.

Orang Australia mempunyai antara jejak karbon tertinggi bagi setiap orang: 17 tan setahun.

Bilangan itu tiga kali ganda jumlah purata dunia.

dan lebih sedikit daripada purata orang Amerika dan Kanada pada 16 tan.

Orang Jerman sedikit lebih baik dengan 10 tan, tetapi masih 2 kali ganda purata dunia.

China mungkin ialah negara yang paling banyak melepaskan gas,

tetapi ia juga merupakan negara yang paling banyak penduduk dengan lebih daripada 1.4 billion orang,

18.5% daripada populasi dunia.

Per penduduk, ia melepasi purata pada 7 tan.

Dalam sejarah, CO2 berkait rapat dengan taraf kehidupan yang tinggi.

Kekayaan adalah satu indikator penting jejak karbon kita, kerana ketika kita beralih dari miskin ke kaya,

kita mendapat akses kepada elektrik, pemanasan, penyaman udara, pencahayaan, masakan moden,

kereta atau pesawat, telefon pintar, komputer, dan berinteraksi dengan orang di seluruh dunia dalam talian.

Peningkatan besar pelepasan CO₂ oleh China harus dilihat berdua dengan pengurangan kemiskinan terbesar dalam sejarah.

Jika disusun pelepasan CO2 mengikut pendapatan,

kita lihat bahawa yang separuh negara terkaya bertanggungjawab kepada 86% pelepasan gas dunia

dan separuh terbawah bertanggungjawab kepada hanya 14%.

Orang Jerman biasa melepaskan lebih daripada 5 kali ganda orang India biasa.

Hanya dalam 2.3hari, orang Amerika biasa melepaskan sama banyak gas dengan orang Nigeria biasa dalam masa setahun.

Dan bukan hanya itu, realitinya ialah

negara yang menyumbang paling sedikit kepada perubahan iklim yang paling terkesan daripadanya.

Negara membangun akan terkesan paling teruk.

Akibatnya ialah kekurangan makanan, masalah ketidaktentuan sumber

bencana alam yang lebih teruk, dan pergerakkan besar pelarian berikutan daripada iklim.

Soalan 4… daripada 3: Jadi siapa yang sepatutnya mengambil tanggungjawab?

Kebanyakkan negara kaya pada hari ini berada dalam posisi selesa.

Mereka sudah menjadi kaya selepas berabad membakar bahan bakar fosil dan pengeluaran industri.

Mereka telah meninggalkan jejak besar dalam sejarah, dan kekayaan mereka bermakna mereka masih melepaskan banyak gas per penduduk.

Tetapi, pelepasan gas tahunan negara mereka sekarang sangat kecil jika dibandingkan dengan negara lain,

kerana negara gergasi seperti China akhirnya telah mengejar, dan negara gergasi lain seperti India sedang mengikuti.

Banyak orang Jerman, contohnya, tertanya-tanya bagaimana jika Jerman hanya menyumbang dua peratus pelepasan tahunan,

ia dapat memberi kesan yang bermakna dalam mengurangkan pelepasan.

Jawapannya mudah.

Pertama, negara-negara terkaya mempunyai sumber, tenaga kerja yang sangat berpendidikan, dan teknologi

untuk mengembangkan solusi yang murah, rendah karbon dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Jika kita tidak mahukan negara yang lebih miskin bergantung kepada bahan bakar fosil seperti kita,

kita perlukan teknologi rendah karbon yang murah dan mudah didapati.

Dan kita hampir ke tahap itu.

Harga tenaga semulajadi jatuh dengan pantas dan pelbagai solusi lain tersedia kepada banyak sektor berbeza.

Tapi ia perlu berlaku dengan lebih pantas.

Jika negara kaya di Barat putuskan untuk tangani perubahan iklim dengan komited,

negara lain di dunia akan pasti ikut, kerana tiada pilihan lain.

Sama seperti ketika Kesatuan Eropah menguatkuasakan standard kecekapan tenaga untuk teknologi,

seluruh dunia juga menguatkuasakannya, kerana mereka ingin terus berdagang dengan blok tersebut.

Namun, ini tidak menidakkan tanggungjawab orang lain.

China adalah pengeluar CO₂ terbesar hari ini, dan menjadi tanggungjawab China untuk berkembang

dengan cara yang memungkinkan untuk beralih ke dunia sifar-karbon.

Negara lain bertindak secara tidak wajar dalam sejarah bukanlah alasan untuk kita mengulanginya hari ini.

Perubahan iklim ialah masalah dunia, dan tiada satu negara dapat menyelesaikannya secara sendiri.

Mencari siapa yang bertanggungjawab bukannya senang seperti yang disangka, secara tidak langsung, ia soalan yang tidak jelas,

tetapi ia telah menghantui politik antarabangsa selama beberapa dekad.

Akhirnya, ia tidaklah sukar.

Semua pihak harus melakukan yang terbaik, kerana sekarang ini kita tidak melakukannya.

Tapi, kita boleh mula dengan hari ini.

Video ini adalah sebahagian daripada siri tentang perubahan iklim, disokong oleh Breakthrough Energy,

sebuah gabungan yang diasas oleh Bill Gates yang berusaha untuk mengembangkan pelaburan dalam tenaga bersih

dan menyokong inovasi yang akan membawa dunia ke arah sifar pelepasan karbon.

Ribuan terima kasih kepada pasukan Our World in Data kerana membantu kami dengan data dan penyelidikkan.

[Muzik outro yang tenang]