Sejarah Baru untuk Kemanusiaan - Era Manusia | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Manusia telah wujud sejak berjuta-juta tahun, sebagai sebahagian daripada alam .

Kemudian, sesuatu berubah. Dalam masa yang amat singkat

kita mengubah planet ini dan merekanya untuk memenuhi keperluan kita.

Setakat yang kita tahu, kita makhluk pertama yang bangunkan dan mengambil alih sebuah planet.

Peralihan dari memburu dan mengumpul, ke pertanian dan bangunan, begitu cepat hingga kebanyakan cara kita berfikir tentang dunia tiada guna lagi.

Salah satu idea kita yang paling kolot ialah kalendar yang paling biasa digunakan di dunia menegaskan bahawa kita hidup pada tahun 2016.

Ini memesongkan pandangan kita terhadap sejarah sendiri, dan jadikannya sukar untuk faham spesies kita

dan sejauh mana kita telah datang dalam masa yang amat singkat.

Jadi, mungkin tiba masanya untuk memilih Tahun Sifar untuk umat manusia.

Tahun Sifar yang benar-benar mewakili kita sebagai satu spesies dan merangkumi semua budaya.

Tahun Sifar yang menandakan masa kita mula membina dunia baharu di atas dunia lama.

[Permulaan Kurzgesagt]

Dua belas ribu tahun yang lalu beratus-ratus manusia datang ke bukit-bukau selatan Anatolia.

Mereka ialah pemburu dan pengumpul tanpa pengetahuan pertanian atau kerja logam.

Apa yang mereka ada hanyalah alat yang diperbuat daripada batu dan kayu,

tetapi mereka telah membina projek pembinaan besar pertama manusia

tujuh ribu tahun sebelum piramid dibina di Mesir.

Terbentang lebih 300 meter, nenek moyang kita mendirikan bulatan tiang batuan yang begitu besar

setiap satu setinggi 6 meter dan seberat 40 tan.

Dihias dengan seni untuk piktogram dan ukiran batu haiwan dan makhluk mitos.

Kita langsung tidak tahu bagaimana mereka lakukannya.

Ia mungkin suatu projek berskala epik bagi Zaman Batu, memerlukan tahap pengurusan yang kita tidak tahu

manusia awal mampu lakukan sehingga kita temui tapak ini.

Jadi, mengapa mereka membinanya?

Teori paling popular adalah ini kuil umat manusia pertama khusus untuk Tuhan-tuhan yang dilupakan.

Kita hanya tahu projek pembinaan ini, yang pertama seumpamanya menandakan permulaan era baharu.

Dalam bidang ini, pada masa itu, barulah manusia benar-benar mula membina dunia mereka sendiri.

Yang akan jadikannya satu pencapaian yang padan dengan sejarah kita, bagi permulaan kalendar kita.

Masa ini begitu berbeza, sehingga saintis Cesare Emiliani mencadangkan bahawa umat manusia

wajar beralih kepada kalendar Holocene, dengan menambah sepuluh ribu tahun ke kalendar Gregorian.

Kita tidak perlu mengubah hari dan bulan kita yang sedia ada,

dan kalendar agama masih kekal sama.

Tetapi bagi semua tujuan rasmi, tahun semasa kita akan menjadi tahun era manusia 12,016.

Ini secara drastik akan mengubah cara kita berfikir tentang sejarah dan bagaimana rasanya.

Mari lihat secara ringkas, dan bergerak menerusi sejarah baharu kita, bermula dengan Tahun Sifar.

12,000 tahun lalu menyaksikan permulaan projek pembinaan pertama, yang memulakan sejarah kita.

Ia berguna selama kira-kira 2,000 tahun.

Hampir satu abad lamanya sehingga Jericho, yang mungkin bandar pertama di Bumi,

telah diasaskan pada tahun 1000 selepas permulaan era manusia.

Kemajuan masih sangat perlahan pada saat ini. Beberapa ribu tahun kemudian semakin banyak

penempatan tetap muncul di seluruh dunia,

dan semakin banyak pokok dan haiwan menjadi domestik bagi tujuan pertanian.

Bukti perdagangan melebihi beribu-ribu kilometer telah ditemui dalam tempoh ini.

Sekitar lima juta manusia hidup pada ketika ini menurut sejarah, kurang berbanding penduduk di London hari ini

Teknologi terus berkembang, pada kadar yang perlahan.

Seni tembikar menjadi meluas.

Masyarakat budaya pertama muncul di China, India, dan kawasan Fertile Crescent.

Sekitar tahun 4000, 8000 tahun lalu dari hari ini, manusia mula menggunakan logam buat kali pertama,

belajar mencampur timah dan tembaga dan memulakan Zaman Gangsa sekitar tahun 5000.

Proto-tulisan pertama muncul, dan roda pun dicipta.

Di Amerika Selatan, budaya Chinchorro mula mengawet manusia secara tiruan.

2000 tahun lebih awal berbanding Mesir Purba.

Budaya tinggi pertama mula muncul sekitar tahun 7000.

Tamadun Lembah Indus, Mesir Purba, orang Minoa di Greece, dan Sumeria di Mesopotamia.

Stonehenge dibina di Britain, dan dinasti pertama di China bermula.

Otzi Ice Man hidup pada masa ini.

Apa yang kita panggil sejarah kini bermula dan langkah menjadi pantas, populasi dunia meningkat lebih 30 juta.

Beberapa budaya tinggi baharu muncul di seluruh dunia, ramai menulis legenda mereka.

Semakin banyak bandar diasaskan.

Di Amerika Selatan, budaya Olmec muncul.

Sekitar masa ini, legenda pengepungan Troy sepatutnya berlaku.

Tidak lama selepas itu di timur Mediterranean di Fertile Crescent, zaman tembaga berakhir dengan keganasan.

Setiap kebudayaan Zaman Gangsa, kecuali Mesir, telah dimusnahkan oleh penceroboh misteri.

Penulisan dan kemajuan membeku selama beratus-ratus tahun.

Sekitar tahun 9500, apa yang dianggap sebagai budaya Barat, bermula.

Bandar-negeri Yunani menewaskan pencerobohan Parsi, dan mencetuskan era keemasan mereka,

diakhiri dengan Iskandar Zulkarnain sekitar 9700.

100 tahun kemudian, Rom musnahkan Carthage, dan menjadi kuasa dominan di dunia.

Caesar dibunuh pada tahun 9956, manakala penduduk dunia telah meningkat kepada kira-kira 300 juta orang.

Hanya sekarang sekitar tahun 10,000, kita telah sampai ke tahap kalendar Gregorian

dan kaedah semasa kita menandakan sejarah manusia bermula.

Dua ribu tahun dari sekarang, manusia akan berjalan di bulan.

Jika kita lihat sejarah seperti kini, kita mengetepikan 10,000 tahun kemajuan dan pembangunan manusia.

Merangkumkan semua itu ke dalam kalendar kita menjadikan masa silam kita lebih mengagumkan.

Ia menunjukkan bagaimana kemajuan berkadar langsung dengan masa, dan sertakan semua manusia

dari semua budaya ke dalam kalendar kita.

Tahun Sifar yang baharu untuk sejarah kita boleh merangka semula bagaimana kita lihat diri kita.

Projek bangunan yang bermula 12,000 tahun lalu apabila buat kali pertama,

nenek moyang kita berhimpun bersama bagi mengukir sebuah kuil daripada batuan dasar dengan alatan batu;

tidak mengetahui apa yang mereka akan tetapkan

yang ia akan memandu kita sebagai satu spesies.

Daripada membina kuil pertama, kepada pesawat yang terbang di angkasa.

Kami telah hasilkan kalendar era manusia versi Kurzgesagt

yang anda boleh beli di sini jika mahu.

Ia kalendar untuk tahun 2017, tetapi dengan satu perbezaan penting.

Ia untuk tahun 12,017, tahun yang bagi kami kita perlu berada sekarang.

Jumlahnya sangat terhad, tetapi jika kami dapat menjual secukupnya,

kami akan biasakannya, dan mungkin hasilkan lebih banyak produk cetakan pada masa hadapan.

Kalendar ini bergambar dan kami masukkan beberapa fakta menarik.

Juga seperti biasa, jika anda suka apa yang kami lakukan, silakan menyokong kami di Patreon,

atau beli barangan yang kami buat. Ia benar-benar membantu!

Terima kasih, dan selamat menyambut 12,017!