Masa: Sejarah & Masa Depan Semua - 'Remastered' | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Dalam bentuk kecil-kecilan, masa mudah difahami.

Tetapi apabila dilihat dalam jangka yang sangat panjang, hampir mustahil untuk kita memahaminya.

Oleh itu, mari kita mula dengan minit, jam dan hari.

Anda mungkin menghabiskan 24 jam lalu tidur dan bekerja, dan sebahagian besar dibazirkan

semalam melayari Internet.

Hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan dan akhirnya setahun berlalu.

Mari kita tengok tahun 2017.

Perancis mula melatih helang untuk memburu dron pengganas,

loji tenaga nuklear Czech mengadakan pertandingan bikini untuk memilih pelatih baru,

dan netizen membuat cabaran memakan peluntur. Alah, macam biasa.

Jom lihat tahun tahun sebelumnya…

Seorang anak yang lahir pada tahun pertama abad ke-21 sudah berumur 18 tahun sekarang.

Tetapi abad ini masih muda, walaupun anda tidak.

Sebahagian besarnya terjejas dengan serangan 9/11, menyebabkan perang Afghanistan dan pencerobohan Iraq.

Pada Mac 2011 perang saudara Syria bermula dan masih berterusan selepas tujuh tahun.

Kebanyakan kita lahir pada abad ke-20

yang mempunyai dua perang paling dahsyat dalam sejarah manusia dan Perang Dingin.

Buat pertama kalinya, kita boleh memusnahkan diri kita dengan senjata nuklear, dan kita hampir melakukannya.

Tetapi kita juga ada perlumbaan angkasa dan meninggalkan bumi buat pertama kali

Internet juga dicipta yang membawa kepada meme, tetapi juga Facebook dan Twitter.

Jadi keseluruhannya kami tidak pasti ini adalah perkembangan yang baik.

Purata hayat manusia adalah kira-kira 79 tahun, meliputi sebahagian besar sejarah terkini.

Orang tertua yang masih hidup kini ialah Celino Jaramillo, yang dilahirkan pada tahun 1896.

Ini bermakna kelahirannya lebih dekat dengan Napoleon memerintah Eropah daripada hari ini.

Hanya 250 tahun lalu Revolusi Perindustrian

memesatkan kemajuan dunia. Para petani menjadi pekerja dan ilmu lebih mudah diedarkan.

Pada masa inilah kemajuan kita menyebabkan perubahan iklim hari ini.

Baru-baru ni je sebenarnya.

Teori evolusi mengubah cara kita melihat diri dan dunia kita.

Newton telah menulis teori graviti. Kita menemui bintang yang jauh, dan bakteria yang sangat dekat.

Abad ke-15 adalah sangat penting.

Penemuan Amerika oleh Columbus dan kejatuhan Constantinople menandakan berakhirnya Zaman Pertengahan.

Peperangan adalah lazim di Zaman Pertengahan.

Tetapi pembunuh nombor satu adalah penyakit. Wabak Hitam telah bunuh 1/3 orang Eropah dalam 6 tahun. Sekitar 2,000 tahun lalu, kita tetapkan tahun satu pada kalendar yang digunakan sekarang.

Tetapi mengikut orang Rom, dunia sudah lama tua.

Piramid telah dibina

4,500 tahun lalu. Oleh itu, kepada orang Rom, piramid adalah lebih tua kepada mereka daripada kita hari ini.

Sangat lama sehinggakan gajah Mammoth masih lagi wujud pada ketika itu.

Malah, banyak peristiwa sejarah berlaku sebelum itu, sekitar 7,000 tahun lalu manusia mula merekod sejarah.

Sekitar 12,000 tahun lalu tamadun-tamadun manusia berkembang pesat.

Kita bina kuil pertama dan di seluruh dunia umat manusia mula bertani,

membolehkan kebangkitan komuniti yang lebih besar. Penguasaan kita terhadap Bumi benar-benar bermula di sini.

Homo sapiens sapiens, manusia moden, berevolusi sekurang-kurangnya 200,000 tahun lalu.

50,000 tahun lalu revolusi kognitif meluaskan minda dan inovasi kita

Pada masa itu, kita berkongsi bumi dengan sekurang-kurangnya 5 spesies manusia lain yang sama ada pupus atau dibunuh oleh kita.

Lebih 2 juta tahun yang lalu, nenek moyang kita sudah boleh mengawal api dan membuat alatan kayu dan batu.

Dan 6 juta tahun lalu, nenek moyang yang sama bagi cimpanzi dan manusia wujud.

Jadi graf ini adalah semua sejarah manusia.

Saudara dekat kita, Homo erectus, hidup 10 kali lebih lama dari kita.

Bahagian kecil ini adalah zaman manusia. Kita perlu zum banyak untuk melihat masa hayat anda.

Namun begitu, semua sejarah manusia tidak begitu lama.

65 juta tahun lalu zaman dinosaur berakhir dengan letupan besar.

Dinosaur menguasai bumi lebih dari 165 juta tahun,

27 kali lagi lama daripada manusia.

Ini bermakna T-rex yang hidup pada 65 juta tahun lalu adalah lebih dekat kepada kita hari ini

daripada kepada Stegosaurus.

Dinosaur dalam bentuk ayam perkasa masih ada sekarang.

Kehidupan haiwan di planet ini bermula 600 juta tahun dahulu.

Haiwan terawal adalah ikan dan makhluk laut kecil lain. .Kemudian datang serangga, kemudian reptilia,

dan akhirnya, kira-kira 200 juta tahun yang lalu, mamalia menyertai kelompok ini.

Kehidupan sendiri bermula jauh lebih kuno. Terdapat bukti bahawa ia mungkin muncul 4.1 bilion tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 3.5 bilion tahun, kehidupan hanya terdiri daripada organisma bersel tunggal.

4.5 bilion tahun yang lalu, Matahari lahir dari awan gas gergasi. 60 juta tahun kemudian, bumi terbentuk.

Pada tahun-tahun awal itu, pengeboman kerap oleh komet dan asteroid membekalkan bumi dengan lautan besar.

Tetapi dibandingkan dengan seluruh alam semesta, sistem suria kita ini agak baru.

13.75 bilion tahun lalu, alam semesta diwujudkan.

Dan sekitar setengah bilion tahun kemudian, galaksi kita sendiri terbentuk dari berbilion bintang.

Tetapi apa yang berlaku sebelum Big Bang? Sebenarnya kita tidak tahu dan mungkin kita tidak akan tahu.

Dan itulah: Masa lalu.

Sekarang mari kita lihat apa yang kita tahu tentang masa depan.

Dalam kira-kira 1 bilion tahun, Matahari akan menjadi sangat panas kehidupan di Bumi menjadi mustahil. Kematian Matahari 4 bilion tahun kemudian

menandakan berakhirnya kehidupan di dalam sistem suria.

Jika kita mahu mendapat peluang untuk bertahan, kita perlu meneroka bintang-bintang lain. Dan apa yang berlaku selepas itu?

Dalam 100 bilion tahun akan datang, kebanyakan bintang terbesar akan mati. Alam semesta menjadi semakin malap

diterangi hanya oleh bintang kerdil merah dan putih yang lebih kecil.

Tetapi mereka juga akan terbakar dan satu hari nanti, bintang terakhir di alam semesta akan padam.

Alam semesta akan menjadi gelap dan pada suatu ketika, lubang hitam akan menguap dan lenyap.

Apabila itu berlaku, alam semesta kita akan mencapai peringkat akhir: Ajal haba (Heat Death).

Tiada perubahan lagi; alam semesta sudah binasa

Selama-lamanya.

Sekarang, anda mula rasa perasaan yang pelik, kan? Kami juga. Ia hanyalah semulajadi.

Berita baiknya adalah ini semua amat jauh lagi.

Satu-satunya masa yang paling penting ialah sekarang.

Gadis cantik atau budak lelaki yang anda suka, ajaklah mereka keluar! Masa itu emas.

Gunakannya sebaik mungkin.

Salah satu soalan yang kami dapati paling banyak ialah bagaimana kita membuat video animasi

Jawapan ringkasnya ialah dengan Adobe After Effects dan latihan bertahun-tahun

Tetapi jika anda ingin lihat, kami kini mempunyai sesuatu untuk anda

Kami membuat tutorial Skillshare menerangkan dengan terperinci bagaimana kami menghidupkan latar dari video kami

Sekiranya anda tidak biasa dengannya, Skillshare adalah komuniti pembelajaran dalam talian dengan lebih daripada 18,000 kelas dalam perkara seperti menulis,

animasi, dan pengeditan video

Keahlian premium mereka memberikan anda akses yang tidak terhad kepada kelas berkualiti tinggi dari profesional yang bekerja di bidang mereka supaya anda boleh meningkatkan kemahiran anda,

membuka peluang baru, dan lakukan kerja yang anda nikmati

Ia juga sangat berpatutan. Langganan tahunan kurang daripada sepuluh dolar sebulan

1,000 orang pertama mendaftar untuk mendapatkan dua bulan pertama mereka hanya 99 sen

Jadi jika anda ingin belajar perkara baru dan menyokong Kurz Gesagt, cuba mencuba

Bagaimana anda suka pembuatan semula ini? Kami berfikir tentang membuat semula beberapa video lama kami dalam satu atau dua tahun akan datang

Mana-mana video yang ingin anda lihat semula?