Video
Transkripsi
Soalan yang senang adalah yang paling sukar untuk dijawab
Apa itu benda?
Kenapa benda berlaku?
Dan kenapakah mereka berlaku dengan cara mereka lakukan?
Mari kita mendekatinya langkah demi langkah
Anda diperbuat daripada apa?
Anda ialah jirim
yang terdiri daripada molekul
yang terdiri daripada atom
dan terdiri daripada zarah asas
Tapi, zarah asas ialah benda terkecil yang wujud
Mereka terdiri daripada apa?
Untuk menjawab soalan mudah, mari mulakan dengan mudah
Kita ‘bersihkan’ alam semesta ini
Bersama jirim,antijirim, sinaran, zarah, apa-apa pun
Lihat ’tiada apa-apa langsung’ secara dekat
Apakah itu ruang kosong?
Adakah ia vakum?
Tiada atom,jirim, tiada apa-apa pun
Adakah ia sebenarnya kosong sahaja?
Ketiadaan apa-apa memberi blok binaan untuk segala-galanya
Erti yang lainnya, ruang kosong adalah seperti lautan yang tenang dan luas
Apabila air tenang apabila tiada apa berlaku
angin kencang boleh mencipta ombak yang serius
Alam semesta kita berkerja seperti ini
Terdapat lautan seperti ini di mana-mana
Ahli fizik memanggilnya ‘medan’
Ini mungkin aneh dan baru
tetapi fikirkan tentang sinaran contohnya
Menariknya, apa yang dipanggil medan elektromagnet ini, terjadilah sedikit pintalan
zarah ini dipanggil foton
Zarah yang membawa sinaran, kita melihatnya sebagai cahaya
Ini tidak unik kepada cahaya, setiap zarah dalam alam semesta ini dijadikan seperti ini
Terdapat medan untuk setiap zarah jirim dengan peraturan sendiri
Contohnya, dengan medan elektromagnet, terdapat medan elektron di mana-mana di alam semesta
dan sedikit pintalan dalam medan ialah elektron
Semua sekali, medan dalam alam semesta boleh mengeluarkan 17 zarah yang boleh dibahagi 3 kategori
Lepton, kuark dan boson
Lepton terdiri daripada elektron, dan juga ‘sepupunya’ : muon dan tau
Setiap satunya ada satu neutrino yang berkaitan
Kemudian, terdapat kuark
Kuark ialah sama keluarga nuklear dengan zarah
Mereka selalu ditemui diikat bersama dalam kumpulan dan pasangan
dan membentuk proton dan neutron, yang mebentuk nukleus atom
Lepton dan kuark ialah zarah jirim
Mereka membentuk semua benda yang anda lihat
Udara yang anda bernafas, matahari yang menghangatkan anda
komputer yang anda guna sekarang yang menjauhkan anda daripada melakukan benda yang sepatutnya dilakukan
Tetapi, benda bukan sahaja wujud tetapi melakukan sesuatu
Daripada sudut falsafah, ciri-ciri benda ialah sebahagian daripada kewujudannya sendiri
Di sinilah di mana boson dan medan yang membuat mereka masuk untuk bermain-main
Sementara kuark dan lepton dicipta oleh medan jirim
boson dicipta oleh medan daya
Kita memanggilnya sebagai aturan daya alam semesta
Setakat ini, 4 daya asas telah ditemui
Keelektromagnetan, graviti, dan daya nuklear yang kuat dan lemah
Daya-daya ini ialah buku peraturan permainan yang mana bahagiannya ialah zarah dan permainannya ialah alam semesta
Mereka memberitahu zarah apa dan cara yang boleh mereka lakukan
Biskop bergerak secara menyerong
Zarah tidak berjisim bergerak dengan kelajuan cahaya
Satria boleh melompat
graviti menarik
Daya-daya ini ialah aturan untuk interaksi zarah-zarah
Yang mana membuat peraturan iaitu bagaimana zarah ‘berhimpun’ untuk menjadi benda yang besar dalam alam semesta
Graviti bukan sahaja peraturan untuk putaran di sekeliling matahari atau jatuhnya epal dari pokok
Sebagai aturan, dikatakan jirim menarik, yang membina planet dan bintang
Keelektromagnetan bukan sahaja aturan untuk tarikan atau tolakan magnet ataupun aliran elektrik dalam mentol cahaya
Ia menyelia semua ikatan atom, membina setiap molekul
Bersama-sama, daya dan zarah seperti kewujudan Tinkertoy
Boson adalah seperti pembawa mesej. Dihantar antara, boleh dikatakan menghubung zarah jirim
Yang memberitahu antara satu sama lain bagaimana untuk bergerak
Setiap zarah menggunakan set daya tertentu untuk berinteraksi dengan zarah lain
Kuark, contohnya, boleh berinteraksi dengan satu sama lain dengan keelektromagnetan dan daya nuklear yang kuat
tetapi elektron tidak menggunakan daya yang kuat, hanya keelektromagnetan
Kuark ini bertukar-tukar daya kuat boson, menghubungkan daya nuklear yang kuat antara satu sama lain
sementara proton menukar zarah keelektromagnetan, foton dengan elektron
Jadi, kuark berakhir dengan ‘penguncian’ dalam nukleus
sementara elektron ‘melekat’ dengan tarikan elektron, membina atom
Walaupun alam semesta ini mempunyai banyak fenomena yang besar dan serabut seperti hidup, supernova dan komputer
yang kelihatan kompleks pada permukaan
Jika anda zum ke dalam apa-apa, anda hanya dapat 17 zarah muncul dari medan tersembunyi
Bermain dengan 4 peraturan
Sebagai ringkasan, dalam bentuk asas yang diketahui, ini ialah benda sebenarnya
Teori inilah yang dipanggil ahli fizik sebagai Standard Model of Particle Physics (Model Zarah Fizik Piawai)
Anda hanyalah ’tiada apa-apa’ kecuali lebih daripada gangguan
pada lautan yang diterujakan oleh tenaga, dipandu daya yang membuat peraturan alam semesta
Tapi kenapa? Dan apakah itu daya?
Kita akan menjelajah beberapa soalan mudah ini untuk mencapai ‘dasarnya’
Kami membuat ‘wallpaper’ daripada grafik video ini. Dapatkan di patreon.com
Jika ingin membantu kami membuat lebih banyak video, anda boleh berbuat demikian di sana
Kami menghargai sokongan anda
Sementara anda membuat keputusan, ini merupakan sebahagian video yang kami buat
Subtitles by the Amara.org community