Apa jadinya jika ada lubang hitam dalam poket anda? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Apakah kesan jika sebiji lohong hitam sebesar duit syiling

tiba-tiba muncul di sebelah anda?

Jawapan pendek: Anda akan mati.

Jawapan panjang: ia bergantung.

Adakah lohong hitam itu seberat syiling

atau ia sebesar syiling?

Bayangkan nikel AS dengan jisim sebanyak 5 gram

secara ajaib menjadi lohong hitam.

Lohong hitam ini akan ada jejari dengan panjang 10 kuasa -30 meter.

Sebagai perbandingan, jejari atom hidrogen adalah lebih kurang 10 kuasa -11 meter.

Oleh itu, lohong hitam itu dibandingkan dengan atom adalah sekecil

atom berbanding dengan Matahari.

Memang teramat kecilnya!

Lohong hitam kecil juga mempunyai jangka hidup yang sangat pendek

untuk diluput oleh radiasi Hawking

Ia boleh meradiasikan jisim yang kecil itu dalam masa 10 kuasa -23 saat.

Jisim 5 gram itu akan bertukar kepada tenaga sebanyak 450 terajoule

yang akan meyebabkan letupan 3 kali lebih besar daripada

gabungan letupan bom atom Hiroshima dan Nagasaki.

Dalam hal ini, anda akan mati.

Selain itu, anda kehilangan syiling itu.

Sekiranya lohong hitam itu sebesar syiling

maka ia memang lebih berat.

Selain itu, lohong hitam bersaiz syiling

akan menjadi sedikit lebih berat daripada Bumi.

Ia akan mempunyai graviti sebillion billion lebih banyak

daripada graviti pada planet kita.

Kuasanya pada anda adalah teramat kuat

ia akan pisahkan sel-sel anda secara individu.

Lohong hitam itu akan memakan anda sebelum anda sedar apa yang terjadi.

Walaupun undang-undang graviti masih sama,

fenomena graviti yang anda rasakan mungkin sangat berlainan

berdekatan objak yang amat padat.

Keluasan tarikan graviti

ada sehingga ke seluruh alam semesta,

dengan graviti lebih lemah apabila anda lebih jauh dari sesuatu.

Di Bumi pada sekarang, kepala dan jari kaki anda lebih kurang sama jarak

dari titik tengah planet kita.

Namun, apabila anda berdiri pada lohong hitam saiz

nikel, kaki anda boleh beratus-ratus kali lebih dekat

dari tengahnya, dan kuasa graviti mungkin berpuluh ribu lebih hebat

daripada kuasa pada muka anda dan koyakkan kamu kepada sebillion keping.

Namun, lohong hitam itu takkan berhenti pada kamu.

Sekarang, lohong hitam menjadi pusat utama graviti

untuk sistem Bumi-Bulan-Lohong-Hitam-Pembunuh.

Awak mungkin berfikir lohong hitam itu tenggelam ke titik tengah planet

dan memakannya dari dalam.

Di samping itu, Bumi juga pergi ke lohong hitam itu dan mula brgerak-gerak

bagai ia mengorbit lohong hitam itu

sambil memakan banyak jisim dengan setiap putaran

yang memang menakutkan.

Semasa Bumi dimakan dari dalam,

ia hancur menjadi piring batu-batu yang panas

megelilingi lohong hitam dalam orbit yang sempit.

Jisim lohong hitam akan menjadi dua kali ganda selepas ia selesai.

Orbit Bulan sekarang berbentuk bujur.

Kesannya kepada Sistem Suria adalah hebat-

dalam istilah Kitab bagi hebat, yang bermaksud menakutkan.

Kuasanya boleh megacau asteroid berdekatan Bumi,

dan mungkin sebahagian daripada lingkaran asteroid,

meyebabkan batu berlegar-legar sepanjang Sistem Suria.

Letupan dan perlanggaran akan menjadi biasa

dalam beberapa juta tahun akan datang.

Planet-planet sedikit dikacau, tetapi masih dalam orbit yang sama.

Lohong hitam yang sebelumnya dipanggil Bumi akan

terus mengorbit Matahari pada tempat Bumi.

Dalam kes ini, anda juga mati.

Video bonus ini boleh dilakukan atas penghargaan anda di Patreon.

Terima kasih untuk sokongan anda!

Topik ini ialah berdasarkan soalan dalam subreddit AskScience

dan jawapan daripada Matt [Caplin?], yang juga bertugas untuk video ini.

Lihatlah blognya, Quarks and Coffee, untuk melihat perkara seperti ini!

Sekiranya ingin berbincang, kita mempunyai subreddit kita sendiri.

Untuk belajar tentang lohong hitam atau bintang neutron, klik di sini.

Subtitles by the Amara.org community