Video
Transkripsi
Bagaimana kalau alam semesta kita
ada butang untuk membinasakan
dirinya sendiri
dengan bersih dan efisien,
menghentikan kewujudan semua
objek fizikal
dan kehidupan menjadi mustahil
buat selama-lamanya.
Bencana Ekologi Muktamad
Pereputan Vakum
(Lagu tema)
Untuk menjelaskan bagaimana alam semesta kita
boleh memusnahkan dirinya sendiri,
kita perlu faham dua prinsip:
- Aras tenaga.
Idea teras fizik adalah
semua benda mempunyai aras tenaga.
Lagi tinggi aras tersebut, lagi banyak tenaga dalam sistem itu.
Kayu, contohnya, mempunyai aras tinggi.
Ia boleh dibakar, satu proses
membebaskan tenaga kimia yang disimpan di dalam ikatan molekulnya,
dan menukarkannya kepada haba.
Abu yang ditinggalkan berada pada
aras lebih rendah daripada kayu asal.
- Kestabilan.
Semua benda di alam ini cuba bergerak
ke arah ground state, keadaan paling stabil
dan mempunyai tenaga serendah mungkin.
Contohnya, bola di atas bukit adalah tidak stabil
dan ada banyak tenaga potensi.
Bila diganggu, ia akan bergolek ke lurah
dan hilang tenaga potensinya dalam proses tersebut.
Bola kini dalam keadaan ground state dan stabil.
Ia akan kekal begini.
Semua benda di alam semesta kita
tertakluk kepada dua prinsip ini.
Jika sesuatu objek ada banyak tenaga,
ia tidak stabil dan mahu lepaskan tenaga itu
untuk menjadi stabil.
dan mencapai kedudukan ground state.
Ini sahih untuk semua sistem,
walaupun di dunia pelik
mekanik kuantum.
Jika apa yang kita faham tentang fizik adalah benar, maka dunia kita
memperoleh sifatnya daripada medan kuantum.
Kami jelaskan secara terperinci
di dalam video lain.
Dalam video ini, bayangkan ia
sebagai peraturan semesta.
Mereka arahkan zarah cara
bertindak dan bergaul.
Seperti yang lain di alam ini,
ia mahu berada di aras tenaga serendah mungkin,
iaitu keadaan vakum.
Ini tiada kena mengena dengan
vakum di angkasa.
Ia dipanggil begini
kerana para saintis tak pandai bagi nama.
Semua medan akhirnya mencapai
keadaan vakumnya, kecuali mungkin satu.
Ada kemungkinan Medan Higgs
tidak stabil tetapi meta-stabil, iaitu
cara menarik untuk mengatakan
ia berpura-pura stabil tetapi sebenarnya tidak.
Inilah vakum palsu.
Medan Higgs bertanggungjawab untuk
memberi jisim kepada zarah,
yang menguasai cara semuanya
bertindak balas di alam semesta.
Apa akan berlaku jika Medan Higgs ialah vakum palsu?
Ingat balik bola kita di lurah tadi:
bola itu ialah Medan Higgs.
Lurah itu mungkin bukan keadaan aras terendah bagi Medan Higgs.
Mungkin ada lurah lebih dalam yang mahu dituju.
Ini bermakna Medan Higgs mempunyai banyak tenaga potensi,
menunggu untuk dibebaskan.
Medan Higgs bagaikan sebatang kayu
basah dengan minyak petrol,
menunggu untuk membakar alam semesta.
Nyalaan rawak seperti terowong kuantum
boleh membebaskan tenaga potensi
Medan Higgs.
Situasi ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja,
dan tanpa amaran.
Jika pada satu-satu masa di angkasa
pereputan vakum ini bermula,
ia tidak dapat diundur.
Pada saat Medan Higgs menjunam ke
keadaan tenaga rendah,
ia membebaskan tenaga potensi
yang sangat besar.
Tenaga ini menolak ruang sekelilingnya
melepasi sempadan, membebaskan
lebih banyak tenaga potensi.
Sfera Medan Higgs yang baru dan stabil,
ataupun vakum benar, membesar pada
kelajuan cahaya ke semua arah.
Bayangkan seperti menyalakan lautan petrol,
sebesar alam semesta.
Sfera ini dilingkungi oleh
cengkerang tenaga yang menelan
semua benda yang bersentuh dengannya.
Apa-apa yang disentuhnya
akan lenyap daripada kewujudan.
Buih ini terus membesar selama-lamanya,
memadamkan seluruh dunia.
Tiada cara untuk memberi amaran,
memandangkan ia terlalu pantas.
Tiada apa-apa yang kita boleh buat pun.
Kemusnahan kita berlaku dengan pantas,
tak sampai sesaat,
Bumi akan lenyap.
Tetapi ia boleh jadi lebih teruk.
Jika aras tenaga
Medan Higgs berubah,
ia mengubah keseluruhan fizik.
Di dalam vakum benar sfera,
model piawai menjadi tidak berguna,
diganti oleh fizik lain
yang kita tidak tahu.
Bagaimana kelakuan zarah asasi,
bagaimana atom terikat,
bagaimana bahan kimia bertindak balas.
Pereputan vakum bukan sahaja hancurkan kehidupan,
ia akan binasakan ilmu kimia,
menyebabkan kehidupan yang kita tahu menjadi mustahil.
Kita langsung tak tahu
bagaimana keadaan di dalamnya.
Mungkin ia bayang dunia kini,
atau tidak.
Kita tidak tahu.
Jika pereputan vakum berlaku,
gambarannya memang amat seram.
Jika anda berasa agak risau,
tak perlulah.
Buat masa ini, vakum palsu cuma spekulasi
berdasarkan pemahaman semasa kita
terhadap fizik partikel, yang mungkin salah.
Ia seperti gunakan pembaris
untuk mengukur benua.
(Tiga tahun kemudian)
Ya, anda boleh lakukannya, tetapi anda mungkin
silap sedikit.
Sekarang, tiada sesiapa boleh kata pereputan vakum
betul-betul akan berlaku,
atau cuma idea seram.
Tapi jika ada satu atau banyak
sfera maut telah mula berkembang sekarang,
alam semesta kita sangat besar,
ia mungkin tidak sampai ke sini
untuk berbilion-bilion tahun.
Jika ia cukup jauh,
mungkin ia tidak akan sampai selamanya
kerana pengembangan alam semesta.
Kelajuan cahaya tidaklah laju sangat
dalam skala alam semesta.
Sementara pereputan vakum
menakutkan kita secara takjub,
kini ada benda lain yang
kita perlu lebih takut.
Kontras kepada pereputan vakum,
kita ada kekuatan untuk bersedia
bagi perkara-perkara lain.
Video-video seperti ini
mengambil masa beratus-ratus jam untuk dihasilkan
jadi sokonglah kami di Patreon
jika anda mahu tahu lagi tentang
kemusnahan semuanya.
Ia memang membantu kami.
Kami cuba hancurkan alam semesta
paling kurang sekali setiap beberapa bulan.
Beritahulah dalam komen,
jika anda ada senario hari Kiamat
yang anda mahu kami sampaikan.
Sari kata oleh komuniti Amara.org