3 Hujahan Mengapa Dadah Ganja Perlu Dikekalkan Sebagai Haram: Ulasan | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Di seluruh dunia,

ganja mula dibenarkan di sisi undang-undang.

Tapi adakah ini idea yang baik?

Berdasarkan perdebatan dalam talian

keburukannya sering dipandang remeh.

Jadi mari kita lihat tiga hujah yang paling kuat

menentang ganja dibenarkan di sisi undang-undang.

Hujah pertama:

Dalam beberapa dekad yang lalu,

Ganja telah diubah suai untuk menjadi dadah yang lebih kuat.

Hari ini, ganja ialah dadah yang sangat kuat

ganja merupakan dadah kuat yang boleh menyebabkan psikosis.

Bahan aktif utama ganja ialah THC,

dan ada bukti yang kuat bahawa THC berkaitan dengan psikosis

tanpa mengambil kira faktor lain.

Ganja juga mengandungi CBD

yang mengatasi kesan THC.

CBD sedang diuji untuk dijadikan rawatan untuk psikosis dan penyakit gangguan kebimbangan (anxiety).

Tapi CBD tidak menyebabkan seseorang menjadi khayal

jadi penanam ganja telah mengurangkan kandungan CBD

dalam ganja sejak beberapa dekad yang lalu,

tetapi meningkatkan kandungan THC.

Ujian sampel menunjukkan bahawa kandungan THC telah meningkat daripada 4% semasa tahun 1990an

kepada 12% pada 2014,

menukar nisbah CBD:THC daripada 1:14 pada 1995

kepada 1:80 pada 2014.

Namun, ketepatan ujian-ujian tersebut adalah kurang jelas.

Secara keseluruhan, penemuan terkini menunjukkan bahawa lebih banyak ganja diambil

dan lebih kuat ganja tersebut,

risiko psikosis adalah lebih tinggi.

Namun, berapa tinggi risiko psikosis untuk populasi umum?

Sebuah kajian dari Britain menemui bahawa

walaupan penggunaan ganja telah meningkat antara 1996 dan 2005,

jumlah kes skizofrenia

(sejenis penyakit psikosis) - kekal stabil.

Risiko psikosis disebabkan oleh ganja

kekal sebagai risiko tertinggi untuk orang-orang

yang memang mempunyai risiko tinggi untuk mengalami psikosis.

Bagi mereka, kelihatan lebih berkemungkinan bahawa

ganja mempercepatkan keadaan mereka yang sedia ada

dan bukan menyebabkannya, sejauh yang kita tahu sekarang.

Jadi hujahnya,

jika kurang orang mempunyai akses kepada ganja,

maka kurang juga risiko psikosis disebabkan ganja.

Tapi sebenarnya, kita juga boleh berhujah bahawa

kerana ganja diharamkan,

lebih ramai orang akan mengalami psikosis.

Pengharaman menyebabkan dadah haram dijadikan lebih kuat

kerana dengan cara ini, lebih banyak dadah dapat dipindahkan dalam ruangan yang kecil

dan dijual dengan untung yang lebih.

Inilah apa yang berlaku semasa pengharaman alkohol di US,

minuman keras menjadi kebiasaan.

Perkara yang sama sedang berlaku dengan ganja sekarang.

Bayangkan sebuah dunia yang minuman keras merupakan satu-satunya alkohol yang boleh didapati.

Anda mempunyai pilihan sama ada untuk tidak minum alkohol sama sekali

atau menjadi lebih mabuk daripada yang anda mahu.

Ini situasi bagi kebanyakan penghisap ganja hari ini.

Orang tidak berhenti minum arak semasa pengharaman alkohol,

hasil kajian menunjukkan bahawa undang-undang tidak akan mencegah orang daripada menggunakan ganja.

Kita tidak dapat membuat ganja hilang selama-lamanya

tapi kita boleh menjadikannya lebih selamat.

Jika ganja dibenarkan di sisi undang-undang,

para konsumer akan mempunyai lebih banyak pilihan

dan anggota penguatkuasa boleh, sebagai contoh, menguatkuasakan kandungan CBD yang tinggi.

Seperti ramai orang tidak akan minum vodka selepas penat bekerja,

namun ramai orang dengan senang hati akan minum bir selepas penat bekerja (versi ganja).

Hujah kedua: Ganja ialah dadah permulaan

Jika ganja dibenarkan di sisi undang-undang,

penggunaan dadah-dadah yang lebih berbahaya akan meningkat dengan mendadak.

Kajian pada 2015 menemui bahawa

kira-kira 45% pengguna ganja sepanjang hayat

mengambil dadah lain juga pada suatu ketika.

Semakin ramai orang muda mencuba ganja,

mereka juga mungkin akan guna dadah yang lebih berbahaya.

Namun, dadah permulaan yang sebenar datang lebih awal daripada itu:

rokok.

Satu kajian menunjukkan bahawa

para remaja yang mula merokok sebelum umur 15 tahun

adalah 80% lebih cenderung untuk menggunakan dadah haram berbanding mereka yang tidak merokok.

Dan sebuah kajian pada 2007 menemui bahawa remaja berumur antara 12 dan 17 tahun yang merokok

tiga kali ganda lebih cenderung untuk minum arak secara berlebihan,

tujuh kali ganda lebih cenderung untuk menggunakan dadah seperti heroin atau kokain,

dan tujuh kali ganda lebih cenderung untuk menghisap ganja.

Jika sedemikian, bagaimanakah menjadikan lebih banyak dadah

dibenarkan di sisi undang-undang akan menghentikan penggunaan dadah berbahaya?

Pertama sekali, kita perlu mengakui bahawa

orang tidak menggunakan dadah kerana dibenarkan undang-undang atau tidak.

Jika and ingin membeli apa-apa dadah,

sentiasa ada orang yang akan menjualnya kepada anda

Soalan sebenar adalah mengapakah orang mempunyai

hubungan tidak sihat dengan dadah?

Kajian-kajian menunjukkan bahawa beberapa keadaan

membuatkan orang lebih terdedah kepada dadah dan penagihan.

Zaman kanak-kanak yang sukar,

trauma pada usia muda,

taraf sosial yang rendah,

kemurungan dan faktor genetik.

Jenis dadah yang mereka ketagih adalah mengikut nasib.

Penagih mengambil dadah untuk melarikan diri daripada masalah mereka.

Tetapi dadah tidak menyelesaikan masalah mereka,

sebaliknya menjadi masalah baru.

Namun menghukum orang sebab mengatasi masalah dengan cara tidak sihat

tidak akan mengubah penyebab-penyebab sebenar masalah mereka.

Jadi sesetengah orang berhujah bahawa kita perlu mencari penyelesaian yang berbeza.

Pada tahun 2001,

Portugal mempunyai salah satu masalah dadah yang paling teruk di Eropah.

Jadi mereka sangat terdesak sehingga mencuba sesuatu yang radikal.

Pemilikan dan penggunaan semua dadah haram tidak lagi salah di sisi undang-undang.

Anda tidak akan ditahan pihak berkuasa;

Sebaliknya, pihak berkuasa melancarkan kempen kesihatan besar-besaran.

Orang-orang yang memiliki sejumlah kecil dadah

akan dirujuk kepada perkhidmatan pemulihan

dan akan mendapat rawatan.

Penggunaan dadah dilihat sebagai penyakit kronik dan bukannya jenayah.

Hasilnya amat memberangsangkan:

jumlah orang yang mencuba dadah dan tetap menggunakannya

jatuh daripada 44% kepada 28% menjelang 2012.

Penggunaan dadah berbahaya berkurang,

serta jangkitan HIV dan hepatitis, dan kes-kes dos berlebihan.

Menjadikan dadah tidak salah di sisi undang-undang mungkin akan membantu masyarakat lebih daripada merosakkannya.

Hujah ketiga:

Ganja boleh menyebabkan ketagihan dan tidak sihat.

Ganja harus tetap diharamkan untuk mengekalkan bahaya pada tahap minimum.

Walaupun ketagihan ganja adalah lebih kepada secara psikologi berbanding secara fizikal,

ia masih sebuah masalah.

Tuntutan untuk rawatan ketagihan ganja

telah meningkat lebih dua kali ganda dalam dekad yang yang lalu sahaja.

Secara keseluruhan, kira-kira 10% orang yang mencuba ganja akan ketagih.

Perkara ini juga berkaitan dengan kandungan THC yang lebih tinggi.

Sebuah kajian yang dikeluarkan pada 2017

menyelidik kekuatan ganja and kedai-kedai ganja di Belanda

sepanjang tempoh 16 tahun.

Bagi setiap peningkatan 1% kandungan THC,

60 lagi orang mendapatkan rawatan di seluruh negara.

Dari segi kesan-kesan kesihatan negatif,

beberapa kajian mengaitkan penggunaan ganja dengan tekanan darah tinggi dan masalah paru-paru,

manakala sebuah kajian pada 2016 menemui bahawa penggunaan ganja tiada kaitan dengan

masalah kesihatan fizikal, kecuali risiko lebih tinggi untuk penyakit gusi.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa penggunaan ganja mengubah otak-otak remaja,

dan mengurangkan kecerdasan mereka;

tapi apabila kajian-kajian terkini mengambil kira minum arak dan merokok

hasilnya tidak berkesimpulan.

Secara keseluruhan, kajian menunjukkan bahawa

pengambilan apa-apa dadah semasa otak masih berkembang tidak baik untuk anda.

Sebenarnya, kita belum tahu lagi betapa banyak keburukan ganja.

Kita memerlukan lebih banyak dana untuk kajian,

yang sukar untuk didapati semasa ganja diharamkan.

Kita boleh meletakkan apa yang kita tahu menurut perspektif.

16% orang yang minum arak menjadi ketagih arak,

32% orang yang mencuba merokok ketagih merokok,

Kita tahu bahawa alkohol memberi kesan terhadap otak,

merosakkan hati kita dan menyebabkan kanser;

manakala tembakau menyumbat arteri kita,

merosakkan paru-paru kita dan menyebabkan kanser.

3.3 juta orang mati akibat penyalahgunaan alkohol setiap tahun,

manakala merokok membunuh lebih daripada 6 juta orang.

Tiada siapa kata tembakau dan alkohol tidak berbahaya hanya kerana dibenarkan di sisi undang-undang.

Dan tiada siapa mencadangkan untuk melarangnya walaupun kedua-duanya sangat berbahaya.

Membenarkannya di sisi undang-undang merupakan satu cara untuk mengawal mereka,

terutamanya untuk melindungi orang muda.

Kebiasaannya, lebih sukar untuk remaja membeli dadah yang sah menurut undang-undang berbanding membeli yang haram.

Penjual berlesen boleh dikenakan denda besar

dan kehilangan lesen mereka jika mereka menjual kepada kanak-kanak bawah umur.

Insentif-insentif wujud yang tidak boleh dieksploitasi pengedar dadah.

Jadi membenarkan ganja di sisi undang-undang tidak bermaksud menggalakkannya.

Ia bermakna bertanggungjawab terhadap risiko-risikonya.

Ia juga boleh membuka pintu untuk banyak penyelidikan

yang akan menunjukkan kepada kita betapa bahayanya, dan kepada siapa.

Kesimpulannya:

Ganja merupakan sebuah dadah,

dan seperti mana-mana ubat lain, ia mempunyai kesan negatif

untuk sebahagian besar orang yang menggunakannya.

Ia bukan tidak berbahaya.

Cara terbaik untuk melindungi masyarakat daripada kesan negatifnya

merupakan pengesahan di sisi undang-undang dan penguatkuasaan.