Parasit Yang Mengerikan - NTD dijelaskan | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Pada tahun 1014, Maharaja Byzantine, Basil II, telah mengalahkan askar Bulgaria dan menangkap 15 ribu tahanan.

Beliau boleh membunuh mereka, namun beliau mendapat idea yang lain

Beliau mahu melemahkan musuhnya untuk berzaman panjangnya.

Jadi beliau mengarahkan 99 daripada 100 tahanan untuk dibutakan.

Tahanan ke-100 dikecualikan dengan satu mata sahaja untuk memandu mereka balik ke tempat asal.

memaksa masyarakat mereka untuk menjaga antara satu sama lain sehingga akhir hayat.

Hari ini, manusia tejebak dengan serangan sinis sama seperti ini dan dipanggil NTD.

Satu daripada tujuh manusia atas planet ini mempunyai satu atau lebih NTD, lebih daripada seluruh populasi Eropah.

Mereka mampu melakukan kerosakan yang tidak dapat dibayangkan dengan melumpuhkan mangsa-mangsa.

mereka menghancurkan berbilion dolar pendapatan setiap tahun, melemahkan masyarakat dan memperlahankan kemajuan.

Apakah raksasa yang seperti keluar daripada wayang mencari, untuk melakukan kerosakan terhadap spesies kita ?

NTD berpunca daripada pelbagai parasit yang berbeza seperti cacing, amoebae, bakteria atau virus

Gejala yang berlaku disebabkan mereka adalah pelbagai dan ianya memang menakutkan

Sesetengah, seperti cacing kerawit, bersaing dengan otak dan badan kanak-kanak untuk nutrisi

membantutkan tumbesaran dan menjejaskan kebijaksanaan.

Sesetengah NTD menyebabkan kebutaan kerana jangkitan mata yang teruk

Parasit yang lain mungkin menyebabkan mangsa berada di hospital berbulan dan merosakkan organ dalaman, selalunya mengurangkan jangka hayat secara drastiknya.

Manakala yang lain menyebabkan kecacatan yang teruk dan membawa kepada stigma sosial, hidup diselubungi rasa malu, dan pengangguran.

Ada juga beberapa yang sangat menyeksakan. Mereka menyebabkan kegatalan berterusan atau kesakitan melampau.

Mari kita mengenali satu daripada mereka, Dracun culiasis

Jika anda minum air yang dijangkiti secara tidak sengaja, kamu tidak akan menyedari apa-apa sehingga setahun.

Sehingga suatu hari, anda ternampak lepuh di kaki anda,

Cacing mengeluarkan dirinya daripada kulit untuk mengeluarkan larva baharu.

Hanya cara untuk membuangnya adalah untuk menariknya secara perlahan daripada kaki, sentimeter demi sentimeter, untuk beberapa minggu,

kerana Dracun culiasis kini sehingga satu meter panjangnya.

Kita boleh setuju bahawa kita patut bunuh parasit tersebut dengan api.

Sebab itu kita isytiharkan peperangan ke atas mereka, berikrar untuk membasmi hampir semua pada tahun 2020 dan kita sedang mencuba dengan sedaya upaya

Pada tahun 1985, terdapat 3.5 juta kes Dracun culiasis seluruh dunia.

Pada tahun 2015, hanya ada 22 kes.

Kita bunuh 99.999% daripada raksasa kecil ini.

Ia akan menjadi parasit pertama yang kita basmi buat selama-lamanya dalam masa terdekat

Jadi, walaupun mereka tidak menghasilkan tajuk utama yang besar seperti Ebola, sebenarnya, perkara menakjubkan telah berlaku bila kita bercakap tentang NTD.

Semua NTD mempunya satu simtom yang sama:

Mereka lebih suka menyerang manusia yang tinggal di tempat yang komuniti yang terpencil dan sesiapa yang kurang keupayaan untuk mempertahankan diri.

Ada perkampungan yang berjarak 500 kilometer dengan pusat kesihatan terdekat dan tidak mempunyai jalan raya.

Jadi, walaupun NTD ada ubat, bagaimana jika ada halangan untuk disampaikan ke pesakit ?

Ini memaksa untuk menyerang menggunakan segala usaha yang ada

Untuk menghapuskan NTD buat selamanya, ini mungkin merupakan program perubatan yang terbesar dalam sejarah manusia telah dilancarkan, tidak dapat ditandingi dalam skala.

Organisasi dari pelbagai bidang sedang bekerjasama sekarang ini, untuk menghapuskan sepuluh daripada NTD tersebut selamanya.

Secara ironiknya, setiap NTD, boleh dielakkan atau disembuhkan.

Tetapi kebanyakannya hanya mampu dikawal dengan memberi ubat kepada setiap penduduk di kawasan yang berisiko tinggi.

Itu maknanya, berjuta-juta dos ubat untuk beberapa jenis NTD pada satu masa, sepanjang beberapa tahun, dalam negara yang kurang infrastruktur.

Kerajaan dan organisasi kesihatan tidak mampu melaksanakannya dengan seorang diri.

Di sini, manusia mendapat peluang untuk menunjuk kehebatan kemodenan pengeluaran industri perubatan

Industri farmasi berkoperasi untuk mengeluarkan ubatan penting secara percuma dan berjanji untuk melaksanakannya sehingga sepuluh penyakit tersebut pupus.

Pada tahun 2020, hampir 18 bilion dollar ubatan akan diedarkan, satu dermaan ubatan yang terbesar di seluruh dunia.

Mereka juga membantu untuk memastikan ubatan dapat sampai kepada yang memerlukannya.

Pada tahun 2015 sahaja, rawatan tersebut mencecah lebih 850 juta orang, mengatasi jumlah penduduk Eropah dan Amerika.

Perkara buruk berlaku dijadikan berita utama.

Beratus juta orang mengatasi penyakit yang amat menakutkan, tidak dapat liputan berita.

Cerita sebegini tidak selalu diceritakan.

Perkara baik berlaku setiap masa, kemajuan kemanusiaan hampir kepada masa depan tanpa penyakit.

Jadi, jika anda atau salah seorang daripada rakan anda memerlukan berita baik, kongsikan video ini bersama mereka.

Kita, sebagai spesies, mampu melakukan pelbagai perkara hebat dengan motivasi hanya untuk membantu sesama sendiri.

Ia adalah bagus untuk diingati dari masa ke semasa.

Video ini dapat dihasilkan dengan kerjasama Bill & Melinda Gates Foundation, dan sokongan anda di Patreon.com

Jika anda mahu bantu kami membuat banyak video, anda boleh membantu di sini.

Jika anda kecewa dengan kekurangan fakta yang membimbangkan dalam video ini, ini ialah playlist tentang pengakhiran dunia.