Perang Dunia Semut - Semut Tentera | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Ada kumpulan yang tidak dapat hidup bersama.

Setiap hari, berbilion askar berperang tanpa belas kasihan

pada beribu-ribu pertembungan, dan ia telah berlangsung selama lebih 100 juta tahun.

Perang Dunia Semut.

Semut adalah makhluk purba yang wujud sekitar 160 juta tahun yang lalu,

dan mempunyai pelbagai kepakaran ekologi yang khusus sehingga berjaya

menjadi salah satu daripada makhluk yang dominan di bumi.

Hari ini, terdapat lebih daripada 16,000 spesis berbeza

dengan lebih daripada 10 ribu trilion ekor semut.

Secara kolektif, semut sahaja membentuk 20%

daripada keseluruhan biojisim haiwan daratan.

Sama seperti manusia, resipi kejayaan mereka adalah bekerjasama.

Seekor semut agak tidak berguna,

bersama-sama, mereka dapat mencapai pencapaian menakjubkan.

Mereka membina koloni kompleks,

menjaga ternakan,

bercucuk tanam,

atau mempunyai hubungan simbiotik kompleks.

Dan, sudah tentu, semut juga berperang.

Malah di kalangan spesis yang sama, keadaan konflik yang berterusan agak normal.

Pertempuran, serbuan, dan serangan

berlaku setiap hari, menyebabkan berjuta-juta semut terkorban.

Mari kita lihat jenis-jenis semut yang menarik dalam beberapa siri video.

Dalam siri ini, semut tentera - kumpulan semut yang dijadikan untuk berperang.

Kumpulan semut tentera terdiri daripada kira-kira 200 spesis berbeza.

Semut tentera tidak membina sarang, mereka hidup berpindah randah

dengan kumpulan jutaan ekor.

Jika memburu, beberapa spesis membentuk tiang besar sehingga 100 meter panjang,

membunuh dan memakan setiap serangga atau haiwan kecil yang mereka jumpa.

Kumpulan memburu yang besar boleh membunuh sehingga 500,000 haiwan setiap hari.

Sesetengah semut tentera pakar dalam memburu dan memakan serangga sosial lain

seperti anai-anai, tebuan, dan terutamanya semut lain.

Tebuan agak ganas, dan mungkin kelihatan kebal,

tetapi jika sekumpulan semut tentera menyerang koloni mereka,

mereka tidak berpeluang langsung.

Tebuan yang lebih besar dan lebih kuat akan membunuh beberapa ekor semut,

tetapi mereka akan cepat dihurung.

Walaupun ratu mereka terselamat dari serangan,

semut tentera akan mencuri larva koloni, dan dengan cepat memakannya.

Tidak akan ada pemulihan dari itu.

Apabila semut tentera menemui satu lagi koloni semut, mereka akan segera menyerang.

Anda mungkin rasa ini akan menyebabkan lebih banyak pertempuran, tetapi tidak.

Kerana semut tentera bertindak sebagai unit sosial,

mereka sangat berbahaya dan efektif.

Kebanyakan semut tentera tidak begitu mengagumkan secara berasingan,

tetapi mereka boleh mengatasi mangsa mereka dengan menghurung secara banyak

sebelum koloni mangsa boleh mewujudkan pertahanan berkesan

Dan selalunya, pencerobohan cenderung dimenangi oleh penyerang

dan koloni mangsa rosak dengan teruk,

atau musnah.

Menariknya, semut tentera tidak melawan semut tentera lain.

Apabila dua kumpulan bertembung antara satu sama lain di dalam hutan,

mereka melepasi satu sama lain, atau langsung mengabaikan kumpulan yang lain,

atau kedua-dua koloni hanya berpindah ke tempat baru.

Ianya masuk akal dari segi evolusi.

Semut tentera yang melawan semut tentera lain

mungkin telah menghapuskan diri mereka sendiri berjuta-juta tahun dahulu.

Malah, mereka begitu berbahaya, spesis semut lain terpaksa berevolusi

untuk dapat mengatasi serangan mereka.

Banyak spesis menjadi panik dan berpindah sarang

apabila mereka mengesan kedatangan peninjau semut tentera

dengan membawa sebanyak larva yang mereka mampu,

untuk kembali membina semula koloni selepas serangan.

Spesis lain telah mencipta kubu, kerana pertempuran tidak akan menyebelahi mereka.

Mereka mempunyai kelas-kelas pekerja yang mempunyai kepala besar berbentuk segi.

Apabila semut tentera muncul,

mereka menggunakan kepala itu untuk menyekat pintu masuk ke sarang mereka,

jadi penyerang akan mengalah setelah sekian lama mencuba.

Tetapi, tidak semua takut kepada semut tentera.

Semut Leafcutter membentuk sebahagian daripada

kumpulan semut terbesar dan paling kompleks

berbanding haiwan lain selain daripada manusia.

Mereka hidup di dalam sarang besar, beberapa meter dalam dan lebar,

melindungi berjuta-juta semut dengan satu bahagian semut pekerja yang sangat canggih.

Seperti tentera besar - 100 kali ganda lebih besar daripada semut pekerja.

Tugas mereka hanya untuk mempertahankan koloni mereka melawan semut tentera.

Tetapi, mereka masih mempunyai musuh.

Diet tentera semut spesis Nomamyrmex esenbekii

terdiri daripada larva semut lain.

Berbanding semut tentera lain, mereka mempunyai rangka yang lebih tahan lasak.

Setakat ini, hanya spesis mereka yang diketahui

boleh menyerang koloni Leafcutter yang matang.

Apabila mereka menjumpai koloni Leafcutter,

beratus-ratus ribu menyerang dalam bentuk tiang panjang.

Sebaik saja semut Leafcutter mengesan serangan semut tentera,

mereka pergi ke dalam mod krisis

dan segera memberi isyarat kepada tentera mereka,

yang dengan cepat meluru ke medan serangan.

Barisan hadapan boleh terdiri daripada beberapa meter lebar,

sehingga satu meter dalam.

Tentera Leafcutter terus berdepan dengan semut tentera,

bertarung satu sama satu, dan cuba untuk memotong kepala semut tentera.

Pekerja Leafcutter yang lebih kecil membantu dengan menangkap musuh.

Pasukan kecil melancarkan serangan di belakang barisan hadapan,

di mana mereka mencerai-beraikan musuh-musuhnya,

dengan mencabut kaki mereka dari badan.

Sementara itu, penyerang cuba untuk menghurung mangsa,

dan menyengat mereka sehingga mati.

Walaupun dengan pertahanan yang kuat, dan tindak balas cepat,

semut tentera masih unggul dalam jumlah yang lebih banyak.

Jadi, tanpa mengetahui jika pertempuran itu boleh dimenangi,

semut Leafcutter bersedia untuk keadaan paling teruk.

Pekerja dengan segera membuat benteng,

dan menutup kebanyakan pintu masuk ke sarang mereka

untuk melindungi telur mereka.

Jika semut Leafcutter tidak dapat menangkis serangan penceroboh,

atau sekurang-kurangnya menutup semua pintu masuk mereka,

semut tentera berjaya menghurung keseluruhan sarang,

dan mengalahkan setiap pertahanan.

Mereka dapat masuk ke dalam kamar tersembunyi,

dan mencuri puluhan ribu telur semut Leafcutter untuk dijadikan makanan.

Walaupun jika koloni Leafcutter terselamat, kesannya agak berat.

Tidak kira siapa yang menang, beribu-ribu terkorban di medan perang.

Apabila semut tentera menyerang, kematian mengikuti mereka.

Tetapi, terdapat spesis lain yang lebih berbahaya semut tentera.

Spesis yang membentuk koloni super, yang meliputi beribu-ribu kilometer persegi

meliputi pelbagai benua, terlibat dalam peperangan berkilometer lebarnya.

Mereka akan ada siri video mereka sendiri.

Tidak kira berapa besarnya, perang adalah sebahagian daripada kehidupan semut,

sama ada antara kumpulan besar atau kecil yang cuba untuk menghalang sebuah serangan.

Di hutan hujan tropika, tetapi ada juga dalam retakan konkrit

di mana kita berjalan setiap hari.

Manusia telah memutuskan perang bukan lagi satu perkara yang mereka mahu lakukan lagi.

Untuk semut, semut lain akan terus menjadi seteru.

Tidak, ada kumpulan yang tidak akan hidup bersama.

Jika anda masih ingin tahu lebih banyak tentang semut,

kami sedang menghasilkan Bahagian 2 Siri Semut

sekarang dengan sokongan CuriosityStream.

CuriosityStream adalah perkhidmatan langganan strim

dengan beribu-ribu dokumentari,

dan kisah bukan fiksyen.

Penonton kurzgesagt boleh melawat: Curiositystream.com/kurzgesagt

untuk mendapatkan tempoh percubaan percuma 31 hari

untuk menonton filem-filem seperti, " Dunia Besar Dalam Taman Kecil",

dokumentari yang melihat dengan lebih dekat dunia serangga di sekitar kita.

Atau dokumentari lain oleh individu seperti Stephen Hawking, David Attenborough,

dan ramai lagi, semua boleh ditonton secara luar talian.

Setelah tempoh percubaan berakhir, langganan hanya $2.99 setiap bulan.

CuriosityStream diasaskan oleh orang yang sama yang memulakan Discovery Channel

dengan dokumentari yang merangkumi sains, alam semula jadi,

sejarah, teknologi, dan gaya hidup.

Ia satu cara yang baik untuk melayari video-video yang menarik sambil belajar.

Terima kasih banyak kepada rakan-rakan kami di CuriosityStream

kerana menyokong obsesi semut kami,

dan membuat projek bercita-cita tinggi seperti ini menjadi kenyataan.

Tunggu untuk Siri Kedua,

dan layari curiositystream.com/kurzgesagt untuk percubaan percuma anda.