Video
Transkripsi
Jirim seperti yang kita tahu
Atom-atom, bintang-bintang dan galaksi-galaksi, planet-planet serta pokok-pokok, batu-batan dan kita
Jumlah jirim ini adalah kurang daripada 5% daripada alam semesta yang diketahui
Lebih kurang 25% ialah jirim gelap dan 70% selebihnya ialah tenaga gelap
Kedua-duanya adalah lutsinar
Ini sangatlah ganjil kerana semua yang kita alami ialah
hanya sebahagian pecahan kecil realiti
Tetapi ia semakin teruk
Kita tidak tahu apakah itu jirim gelap dan tenaga gelap dan bagaimanakah mereka bertindak
Kami agak yakin yang ianya adalah wujud
Jadi, apakah yang kita tahu?
Jirim gelap ialah bahan yang membuatkan galaksi boleh wujud
Apabila kita berfikir kenapa alam semesta ini dibentuk seperti ini
dengan cepatnya, ia menjadi jelas kerana jirim yang normal tidaklah mencukupi
Graviti ialah jirim tampak yang mana tidaklah kuat untuk membentuk
galaksi-galaksi dan struktur yang kompleks
Bintang-bintang akan berselerakan di seluruh tempat dan tidak akan membentuk galaksi-galaksi
Jadi, kita tahu yang ada sesuatu yang berada di dalam dan sekelilingnya
Sesuatu yang tidak memancarkan dan memantulkan cahaya
Sesuatu yang gelap…
Tetapi selain boleh mengetahui kewujudan jirim gelap
Kita boleh lihat…bolehlah
Tempat-tempat yang mempunyai ketumpatan jirim gelap yang tinggi membengkokkan cahaya yang melaluinya
Jadi kita tahu yang ada sesuatu yang berinteraksi dengan graviti
Sekarang, kita ada banyak idea tentang apa itu tenaga gelap, tidak, jadi apakah ia yang sebenar?
Kita tahu yang jirim gelap bukanlah awan jirim normal tanpa bintang
kerana ia akan memancarkan zarah-zarah yang boleh dikesan
Jirim gelap bukanlah anti-jirim
kerana anti-jirim akan menghasilkan sinar gamma yang akan bertindak balas dengan jirim normal
Jirim gelap bukanlah terdiri daripada lohong hitam
yang memadatkan objek yang memberi kesan yang buruk kepada sekelilingnya
sementara itu jirim gelap kelihatan sepertinya bertebaran di merata-rata tempat
Secara asasnya, terdapat 3 benda yang kita tahu
-
Ada sesuatu di luar sana
-
Ia berinteraksi dengan graviti
-
Jumlah yang banyak
Jirim gelap mungkin terdiri daripada zarah yang rumit dan eksotik
yang tidak berinteraksi dengan cahaya dan jirim seperti yang disangka
tetapi sekarang, kita hanya tidak tahu
Tenaga gelap adalah lebih aneh dan misteri
Kita tidak boleh mengesannya, mengukurnya dan merasainya
Tetapi kita boleh melihat kesannya dengan jelas
Pada 1929, Edward Hubble memerhatikan bagaimanakah panjang gelombang cahaya
yang dipancarkan galaksi-galaksi yang jauh, beranjak ke penghujung merah
spektrum elektromagnet sementara ia merambat di angkasa
Beliau menemui bahawa semakin kelam dan jauh sesuatu galaksi, ia menunjukkan sebuah darjah anjakan merah yang besar
galaksi-galaksi yang dekat, tidaklah terlalu banyak
Hubble menentukan yang ini terjadi kerana pengembangan alam semesta
Anjakan merah berlaku kerana panjang gelombang cahaya
direnggang apabila alam semesta mengembang
Penemuan yang terbaharu menunjukkan pengembangan alam semesta sedang memecut
Sebelum itu, ia disangkakan yang tarikan graviti yang menyebabkan pengembangan
sama ada berkurang ataupun menarik balik dan runtuh ke dalam di sebahagian titik
Angkasa lepas tidak mengubahkan ciri-cirinya apabila mengembang, ada banyak lagi
Angkasa yang baharu dicipta secara malar di setiap tempat
galaksi-galaksi ialah kelompo yang mengikat bahan-bahan bersama-sama dengan ‘ketat’ melalui graviti
jadi kita tidak mengalami perluasan ini dalam kehidupan seharian
Tetapi kita melihatnya di sekeliling kita
Apabila terdapat ruang kosong di alam semesta, lebih banyak akan terhasil setiap saat
Jadi, tenaga gelap sepertinya sejenis tenaga yang wujud untuk ruang kosong
Tenaga yang lebih kuat lebih apa yang kita tahu
dan semakin kuat apabila waktu berjalan
Ruang kosong mempunyai lebih banyak tenaga lebih daripada semua benda di alam semesta digabungkan
Kita ada pelbagai idea apakah tenaga gelap
Salah satunya, tenaga gelap bukanlah sesuatu benda tetapi ciri-ciri angkasa lepas
Ruang kosong bukanlah kosong semata-mata, ia mempunyai tenaga sendiri
Ia boleh menjana lebih ruang dan agak aktif
Jadi, apabila alam semesta mengembang, ia boleh bermaksud, lebih banyak ruang
yang muncul untuk mengisi celahan dan membawa kepada pengembangan alam semesta dengan pantas
Idea ini menghampiri apa yang Einstein katakan pada 1917
tentang konsep pemalar kosmologi
satu daya yang berlawanan dengn daya graviti
Masalahnya, apabila kita cuba untuk menghitung jumlah tenaga ini
hasilnya sangtlah salah dan pelik yang membawa kepada kekeliruan
Lagi satu ialah ruang kosong sebenarnya dipenuhi dengan
zarah-zarah sementara dan maya yang dengan serentak dan berterusan
membentuk daripada tiada dan hilang menjadi tiada semula
Tenaga daripada zarah-zarah tersebut mungkin ialah tenaga gelap
ataupun tenaga gelap ialah bendalir tenaga atau medan dinamik yang tidak diketahui
yang meresap ke seluruh alam semesta yang mempunyai kesan yang berlawanan
terhadap alam semesta daripada tenaga dan jirim normal
Tetapi jika wujud, kita tidak tahu bagaimana dan di mana atau cara untuk mengesannya
Jadi lebih banyak soalan daripada jawapan
Teori kami tentang jirim dan tenaga gelap hanyalah
teori
Ini seperti mengecewakan tetapi pada sudut lainnya, inilah sempadan sains
yang membuatkannya teruja
Ini menunjukkan bahawa sebanyak mana kita rasa yang kita di atas
kita hanyalah seperti beruk dengan telefon pintar, di
pulau rapuh dan kecil di angkasa yang melihat ke langit dan memikirkan bagaimanakah alam semesta bertindak
Terlalu banyak lagi untuk dipelajari dan ini sangatlah menyeronokkan
Video ini disokong oleh Akademi Sains Australia (Australian Academy of Science)
yang mempromosikan dan menyokong kecemerlangan sains
Pelajari lebih lagi topik ini dan perkara lain-lain di nova.org.au.
Terlalulah sukacita untuk bekerja dengan mereka jadi lepaklah di laman mereka
Video-video kami dihasilkan sebab sokongan anda di patreon.com
Jika ingin menyokong kami dan menjadi sebahagian daripada Tentera Burung Kurzgesagt
singgahlah ‘page’ patreon kami ^^
Subtitles by the Amara.org community