Bom-bom Kecil di dalam Darah Anda - Sistem Pelengkap | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Setiap makhluk hidup perlu melawan makhluk lain yang mahu memakan mereka.

Jadi sementara hidupan multiselular berevolusi selama berbilion tahun,

ia telah menghasilkan cara-cara untuk mempertahankan diri.

Hari ini, manusia mempunyai rangkaian pertahanan yang canggih,

seperti halangan fizikal, sel-sel pertahanan, dan kilang-kilang senjata.

Tapi salah satu pertahanan yang paling penting di dalam badan kita tidak dikenali ramai:

Sistem Pelengkap

Ia berkembang lebih 700 juta tahun yang lalu dan merupakan sekumpulan daripada 30 protein yang berlainan

yang bekerjasama dalam tarian yang kompleks dan elegan untuk menghalang penceroboh.

Keseluruhannya, kira-kira 15 kuintillion daripadanya berada dalam setiap cecair di dalam badan anda sekarang,

Dipandukan hanya dengan kimia,

protin-protin ini adalah salah satu daripada senjata yang paling berkesan yang kita ada terhadap penceroboh.

Kebanyakan bahagian lain dalam sistem imun hanyalah alat-alat untuk menghidupkan Sistem Pelengkap.

Tetapi ia juga sangat berbahaya.

Bayangkan bertrilion bom kecil dalam darah anda yang boleh meletup pada bila-bila masa.

Jadi sel-sel kita menggunakan banyak mekanisme bagi mengelakkan pelengkap dari menyerang mereka secara tidak sengaja.

Okey, apa sebenarnya yang ia buat dan apa yang membuatnya sangat berbahaya?

Secara ringkasnya, Sistem Pelengkap melakukan tiga perkara:

Ia melumpuhkan musuh, ia menghidupkan sistem imun, dan ia mengoyakkan lubang di penceroboh sampai ia mati.

Tapi, bagaimana?

Lagipun, ia hanya protin-protin yang asas dan melayang secara rawak tanpa kehendak atau arah.

Nah, ini sebenarnya sebahagian daripada strateginya.

Protin-protin pelengkap terapung dalam mod yang pasif.

Mereka tak buat apa-apa, sehingga mereka diaktifkan dan mengubah bentuk mereka.

Dalam dunia protin, bentuk anda menentukan apa yang anda boleh dan tidak boleh buat.

Kerana bentuk menentukan apa yang anda boleh berinteraksi dan dalam cara apa.

Contohnya, dalam bentuk pasif anda mungkin tidak membuat apa-apa.

Namun, dalam bentuk aktif, anda mungkin, contohnya, mengubah bentuk protin lain,

mengaktifkan mereka supaya mereka mengaktifkan yang lain.

Mekanisme seperti ini boleh memulakan reaksi rantai yang tersebar dengan cepat.

Bayangkan protin pelengkap ini seperti berjuta-juta mancis disusun rapat.

Apabila satu dinyalakan, ia menyalakan yang lain di sekelilingnya.

Ia terus menyala lebih banyak dan tiba-tiba anda mempunyai api besar.

Untuk menunjukkan mekanisme sebenar Sistem Pelengkap adalah rumit dan mengelirukan.

Jadi, kami akan permudahkannya di sini.

Sekarang, bayangkan anda melukakan diri sendiri dan sekumpulan bakteria memasuki luka tersebut

dan sampai ke tisu di sekitarnya.

Serangan pelengkap kita bermula dengan C3.

C3 adalah mancis pertama, percikan api yang bakal menyalakan api kita.

Dan untuk melakukannya tersebut, C3 perlu bertukar dari pasif ke aktif.

Bagaimana ini berlaku adalah kompleks, tapi mari katakan ia berlaku secara rawak

melalui protin pelengkap lain yang memerangkap musuh atau melalui antibodi.

Anda hanya perlu tahu yang C3 berpecah kepada dua protin yang lebih kecil,

iaitu C3a dan C3b, yang sudah diaktifkan.

Salah satu bahagian tersebut, iaitu protein C3b, adalah seperti peluru berpandu, khusus memburu bakteria, kulat, dan virus.

Ia hanya ada masa kurang dari satu saat untuk mencari mangsa atau ia akan dineutralkan oleh molekul air.

Sekiranya C3b terjumpa sasaran, ia menambatnya dengan sangat ketat ke permukaannya dan tak akan melepaskannya.

Dengan berbuat demikian, protein mengubah bentuknya lagi.

Dalam bentuk baharunya, ia kini dapat merebut protein lain dan memulakan reaksi rantai kecil,

mengubah bentuknya beberapa kali, menambahkan protin pelengkap lain ke diri sendiri.

Akhir sekali, ia bertukar dirinya sendiri menjadi pelantar perekrut yang dikenali sebagai Penukar C3.

Pelantar ini adalah pakar dalam mengaktifkan lebih banyak protin C3 yang memulakan seluruh kitaran baru.

Kitaran peluasan tercetus.

Tidak lama kemudian, beribu-ribu protin menutupi bakteria.

Bagi bakteria pula, ini keadaan yang teruk.

Ia boleh melumpuhkan bakteria dan membuatkan mereka tidak berdaya, atau melambatkan mereka.

Bayangkan anda diliputi oleh beribu-ribu lalat.

Tapi, ada lagi.

Anda masih ingat satu lagi bahagian C3 - protein C3a?

C3a bertindak seperti lampu suar kecemasan.

Beribu-ribu mereka melayang keluar dari medan tempur menjerit untuk perhatian.

Sel imun pasif akan menyedari keadaan protin C3a tersebut,

dan bangun dari tidur untuk mengikut protein ke kawasan yang terjejas.

Lebih banyak protin penggera yang mereka temui, lebih agresif jadinya mereka.

Dengan cara ini, sel pelengkap telah membimbing bala bantuan tepat ke tempat di mana mereka amat diperlukan.

Setakat ini, sel pelengkap telah melambatkan penceroboh dan meminta bantuan.

Sekarang, ia mula membantu untuk membunuh musuh.

Sel-sel imun pertama yang tiba di medan perang adalah fagosit.

Ia adalah sel-sel yang menelan anda, memerangkap anda dalam penjara kecil, dan kemudian membunuh anda dengan asid.

Tapi, untuk menelan musuh, mereka perlu menangkapnya terlebih dahulu.

Tapi ia bukan senang kerana bakteria tak suka ditangkap dan ia licin.

Tapi sekarang, pelengkap yang telah menambat pada bakteria,

bertindak seperti gam yang memudahkan sel imun menangkap mangsanya.

Tapi ia menjadi lebih baik.

Bayangkan diliputi dengan lalat lagi.

Sekarang, bayangkan mereka bertukar menjadi tebuan.

Satu lagi reaksi rantai akan bermula.

Pada permukaan bakteria, pelantar perekrut C3 mengubah bentuknya lagi

dan mula untuk merekrut protin baru.

Bersama-sama mereka memulakan pembinaan struktur yang lebih besar: Kompleks Serangan Membran.

Sekeping demi sekeping, protein baru yang berbentuk seperti tombak panjang, mencucuk dalam ke dalam membran bakteria,

sehingga mereka mengoyakkan lubang yang tidak boleh ditutup lagi.

Cecair memasuki bakteria dan dalaman mereka melimpah keluar.

Mereka berdarah sampai mati.

Bakteria yang lain yang tercedera dan diganggu oleh pelengkap,

dan dihapuskan dengan cepat oleh sel-sel imun yang tiba.

Pencerobohan itu telah dihentikan sebelum ia berpeluang untuk menjadi berbahaya.

Anda mungkin tidak perasan.

Tapi sementara bakteria tidak gembira dengan pelengkap,

musuh-musuh yang mungkin menjadi yang paling berguna terhadapnya, sebenarnya adalah virus.

Virus ada satu masalah: mereka perlu bergerak dari sel ke sel.

Di luar sel, mereka berharap bertembung dengan sel secara rawak untuk menjangkitinya.

Di sini, mereka benar-benar terdedah.

Dan di sini, pelengkap dapat memintas dan melumpuhkan mereka,

jadi mereka menjadi tidak berbahaya dan membawa mereka ke sistem imun untuk menelan mereka.

Tanpa pelengkap, jangkitan virus boleh menjadi sangat berbahaya.

Tapi tunggu, jika kita ada sebuah senjata yang efektif, kenapa kita masih jatuh sakit?

Masalahnya adalah dalam peperangan, kedua belah pihak menyesuaikan diri.

Contohnya, apabila virus Vaccinia menjangkiti sel,

ia memaksa sel tersebut untuk menghasilkan protin yang mematikan pengaktifan pelengkap.

Dengan cara ini, virus mewujudkan zon selamat di sekitar sel yang dijangkiti.

Apabila ia membunuh dan cuba untuk menjangkiti banyak lagi, peluangnya lebih tinggi untuk berjaya.

Atau sesetengah bakteria, contohnya, boleh mengamb molekul tertentu dari darah yang membuat sistem pelengkap kekal pasif,

dan menjadikan mereka halimunan.

Jadi walaupun sistem pelengkap adalah sangat penting,

ia hanyalah salah satu bahagian dalam organisasi sistem imun kita yang kompleks dan indah.

Satu contoh yang indah tentang benda-benda biasa yang banyak boleh melakukan perkara yang bijak bersama-sama.

Video ini ditaja oleh anda.

Tanpa sokongan anda, saluran ini tidak akan wujud.

Dan memang sukar untuk menyatakan betapa bersyukurnya kami untuk itu.

Pada tahun 2019, satu video Kurzgesagt biasa mengambil sekurang-kurangnya 1200 jam untuk dihasilkan.

Kami memerlukan beberapa bulan untuk menyelidik dan menulis skrip kami, merujuk dengan pakar,

mengilustrasi dan membuat animasi setiap adegan dari awal, dan menggubah musik asli.

Ini hanya boleh dicapai melalui kombinasi penajaan,

sokongan anda di Patreon, dan penjualan barang niaga

seperti poster dan poskad yang kami buat mengenai Sistem Pelengkap.

Jika anda sendiri mahu menyokong kami,

anda boleh melakukannya dengan menonton, menjadi penaung, dan mungkin membeli burung peribadi.

Atau, dengan mendapatkan salah satu kalendar atau poster kami.

Matlamat Kurzgesagt adalah untuk menghasilkan video terbaik

dan menjadikan sains lebih mudah didekati.

Terima kasih kerana membuat ini menjadi kenyataan.