Video
Transkripsi
"Matawang" yang penting dalam semesta ini
adalah tenaga
Ia membantu menerangi rumah kita,
mewujudkan sumber makanan
hidupkan komputer kita
Ada banyak cara untuk dapatkan tenaga:
guna bahan api fosil (petrol,NGV, dll.)
peleraian atom (nuklear)
atau gunakan fotovoltaik (solar)
Akan tetapi setiap benda ada kekurangannya
Bahan api fossil sangat bertoksik
Sisa nuklear pula ..“sisa” la kan??
dan bateri sedia ada tak cukup untuk
simpan tenaga matahari untuk cuaca mendung
Namun, matahari mempunyai tenaga yang
tidak terhad
Ada tak cara² untuk buat Matahari di Bumi?
boleh ke kita “letak bintang dalam botol”?
[Selesai Mukaddimah]
Matahari bersinar disebabkan proses pelakuran nukleus (Fizik Form 5 )
secara ringkasnya, pelakuran ialah satu proses termonuklear
maknanya “bahan” nya mesti panas
Sangat panas sehinggakan atom
terpisah dari elektronnya
Jadi terciptalah plasma dimana
nukeus dan elektron bergerak dengan bebas
Memandangkan semua nukleus bercas positif
Mereka menolak satu sama lain
Untuk melawan daya tolakan ini
partikel² ini perlu bergerak pantas
Dalam konteks ini
Lebih pantas = lebih panas
sehingga jutaan darjah
Bintang ada strategi untuk mencapai suhu sedemikian
Ia sangat besar sehinggakan tekanan
pada terasnya menghasilkan haba
untuk memampatkan nukleus² ini
hingga nukleus² itu bergabung (pelakuran)
Sekaligus menghasilkan nuklei² yang lebih berat dan menghasilkan tenaga
Tenaga inilah yang saintis² ingin dapatkan
Melalui penciptaan loji tenaga baharu
reaktor pelakuran (fusion reaktor)
Di Bumi sudah tentulah kaedah² ini tak sesuai langsung untuk dapatkan tenaga itu
Jadi jika kita ingin bina reaktor pelakuran
Kita mesti jadi bijak..
Kini,para saintis telah menemui 2 cara
untuk memanaskan plasma ke tahap pelakuran
Reaktor yang pertama menggunakan
medan magnet untuk mampat plasma
dalam ruang berbentuk donut (kuih keria??)
dimana tindak balas itu berlaku
reaktor berteraskan magnetik ini
seperti I.T.E.R di Perancis
menggunakan ‘superconducting electromaget"
disejukkan dengan cecair helium sehingga hampir mencecah suhu sifar mutlak
Ini bermakna ia adalah antara perbezaan suhu terbesar di alam semesta ini
Kedua pula ialah “inertial confinement”
menggunakan ‘pulse’ dari laser berkuasa tinggi
untuk memanaskan permukaan pellet bahan api
meledakkan ia dan menjadikan bahan api itu
panas dan padat untuk melakur (fuse)
Tambahan pula,laser² berkuasa di dunia
salah satunya digunakan untuk eksperimen ini
di National Ignition Facility, AS
Akan tetapi, eksperimen² ini masih lagi
eksperiment sehingga ke hari ini
Saintis² masih cuba untuk bangunkan teknologi ini
Walaupun pelakuran boleh dijalankan,
Perbelanjaan untuk eksperimen masih
lebih tinggi berbanding nilai hasilnya
Perjalanan untuk menjadikan teknologi ini boleh diguna pakai masih jauh
Ataupun mungkin ia takkan berlaku :(
Barangkali ia agak mustahil untuk mengkomersialkan benda ini di bumi
Tapi andai kata ia boleh, hasil tenaga yang diperoleh sangat efisien
sehinggakan segelas air laut boleh menjana
tenaga bersamaan dengan satu tong minyak
tanpa sisa-sisa
Hal ini kerana reaktor pelakuran gunakan hidrogen atau helium sebagai bahan api
dan air laut, kaya dengan hidrogen
Tapi bukan sebarang-sebarang hidrogen
Isotop tertentu (bilangan neutron yang ber beza)
Dinamakan deuterium (²H) dan tritium (³H)
diperlukan untuk tindak balas yang sempurna
Deuterium sangat stabil dan banyak boleh didapati dalam air laut
Namun Tritium ni lain cerita….
Ia bersifat radioaktif
Dan mungkin hanya ada 20kg sahaja di Bumi ini
kebanyakannya ada pada senjata nuklear
Sekaligus menjadikannya sangat-sangat mahal
Jadi kita perlu cari “pasangan” lain untuk Deuterium selain Tritium
Helium-3, isotop kepada Helium mungkin boleh jadi pengganti yang bagus
Malangnya, isotop itu juga sangat sukar ditemui :(
Tapi, mungkin bulan ada jawapannya
Setelah berbilion-bilion tahun
angin suria mungkin menyebabkan terhasilnya
Helium-3 di bulan
Daripada membuat Helium-3, kita boleh membuat perlombongan
Jika kita mampu menapis debu-debu bulan untuk mendapatkan Helium,
Kita akan mempunyai sumber yang cukup untuk menjana seluruh dunia selama ribuan tahun
Satu lagi hujah untuk membina “moon base”
Jika kamu belum yakin lagi ¯_(ツ)_/¯,
Ok,mungkin kamu fikir membina ‘matahari mini’
bunyinya macam bahaya…
Tapi hakikatnya ia lebih selamat berbanding loji-loji yang lain
loji pelakuran (fusion reactor) tidak seperti loji nuklear
dimana kemalangan nuklear (meltdown) boleh berlaku dengan dahsyat
andai kata alat ini gagal berfungsi, plasma akan kembang dan menyejuk
dan tindak balas tersebut berhenti
Pendek kata, ini bukannya bom
Pembebasan bahan api radioaktif - tritium
boleh menjejaskan alam sekitar
Tritium boleh bergabung dengan Oksigen menghasilkan air radioaktif
yang amat berbahaya jika bercampur dalam alam sekitar
Nasib baiklah, bilangan Tritium yang digunakan hanya beberapa gram sahaja
dalam sesuatu masa, jadi sisa kebocoran itu mencair dengan cepat
Kami baru sahaja maklumkan bahawa wujudnya tenaga yang tiada had
dan tidak memberi kesan pada alam sekitar
didalam sesuatu yang ringkas seperti air
jadi, apa kekangannya??
Kos, kita tak pasti sama ada tenaga pelakuran ini
boleh dikomersialkan atau tidak
Walaupun ia boleh berfungsi, ia mungkin sangat mahal untuk dijayakan
Keburukan utama ialah, ia adalah teknologi yang belum dibuktikan
Ia pertaruhan sebanyak 10 billion USD (est.= RM44 billion)
dan duit sebanyak itu mungkin lebih elok dibelanjakan untuk tenaga hijau yang lain
yang sememangnya telah terbukti
Mungkin kita perlu tarik diri (dari terus rugi)
atau mungkin, bila kita dapat pulangannya (tenaga hijau untuk semua)
Mungkin berbaloi ^_^
TAMAT
Sari kata oleh komuniti Amara.org