Measles Dijelaskan - Vaksin atau Tidak? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Kebelakangan ini banyak perbincangan timbul tentang demam campak.

Apa akibat demam campak sebenarnya dan patutkah kamu mengambil vaksin untuk campak?

Ataupun adakah ini hanya histeria?

Campak adalah sejenis virus:

Badan daripada protein, RNA,

dan tambahan protein untuk pembiakan.

Ia tak boleh membiak dengan sendiri. Ia perlukan bantuan sel hos.

Untuk memahami virus campak, kita kena memahami sistem imunisasi badan.

Kamu mungkin pernah lihat

sistem visual mudah kami lakarkan di sini.

Sekarang, mari fokus ke bahagian sistem imunisasi yang berkaitan demam campak.

Virus campak memasuki manusia melalui hidung, mulut atau mata.

Jangkitan campak akan bermula di peparu.

Virus ini sangat cekap menjangkiti lapisan pertahanan pertama badan kita:

Sel Makrofaj, sel pengawal kuat yang mempertahankan peparu dari penceroboh.

Mereka memasuki sel dan mengambil alih.

Virus campak memprogram semula sel dan

menukarkan ia menjadi pusat pembiakan virus.

Apabila sel sudah dipenuhi virus ini,

mereka meninggalkan sel terbengkalai ini dan memulakan semula kitaran ini.

Namun sistem imunisasi badan ada senjata kuat menghadapi virus ini:

Sel Pembunuh Semulajadi

Sel-sel ini tugasnya meronda keliling badan dan memeriksa sel lain untuk jangkitan.

Jika mereka menjumpai sel yang dijangkiti, mereka akan arahkan sel itu untuk membunuh diri.

Perlindungan ini sangat berkesan sehinggakan pada 10 hari pertama,

kamu tidak akan sedarpun yang kamu telah dijangkiti campak.

Sekarang, kenapa campak sangat merbahaya.

Selepas beberapa lama berlawan dan mati,

sel makrofaj memberi amaran pada otak sistem imun badan:

sel-sel dendritik.

Tugas sel-sel dendritik ialah mengumpul sampel sel penceroboh,

kemudian pergi ke nodus limfa,

dan mengaktifkan senjata berat

untuk menghapuskan jangkitan secepat mungkin secara berpasukan.

Tetapi virus campak menggunakan taktik kotor.

Ia menjangkiti sel-sel dendritik itu sendiri

dan menggunakan mereka sebagai samaran untuk menembusi lebih jauh ke dalam badan.

Sel yang dijangkiti ini bergerak ke nodus limfa seterusnya

untuk meberi amaran pada sel-sel imun lain.

Apabila ia tiba,

virus campak merebak ke sel-sel dara T dan B

dan menjangkiti mereka.

Ia menyerang sistem yang asalnya direka untuk melawan jangkitan sepertinya.

Sekarang, jangkitan merebak dengan pantas.

Sistem limfa menyebarkan virus ke serata badan

dan ia memasuki saluran darah,

menjangkiti sel lain sambil mengalir.

Campak menjangkiti organ dalaman seperti

limpa, hati, usus dan paling penting, peparu.

Simptom boleh menunjukkan

demam panas tinggi, pening kepala, sakit-sakit, dan ruam badan.

Dalam peparu, sistem imun mulanya agak terkawal.

Namun kini, jutaan virus menyerang pada kali kedua

dan membunuh jutaan sel, melumpuhkan sistem pertahanan.

Dalam fasa ini, setiap kali kamu batuk ia menyebarkan berjuta-juta virus campak.

Pada tahap ini, demam campak sangat mudah berjangkit,

jikalau kamu berjumpa seseorang yang tidak divaksinkan,

ada 90% peluang kamu akan menjangkiti dia.

Tanpa jentera perlindungan di peparu, bakteria atau virus lain yang

selalunya tak berpeluang menjangkit, kini boleh memasuki peparu dan berkembang menjadi

jangkitan serentak merbahaya yang boleh menyebabkan pneumonia,

iaitu cara paling kerap untuk mati akibat demam campak.

Sistem imun badan kamu kini cedera parah.

Pelbagai sistem perlindungan cedera dan terganggu.

Virus merebak ke serata tempat, menjangkiti kulit di seluruh badan.

Ruam-ruam campak yang biasa di kenali kini kelihatan.

Dalam sesetengah kes, virus campak

sampai ke otak dan menyebabkan jangkitan otak.

Jika ini berlaku, peluang untuk mati adalah di antara 20 - 40 peratus,

dan mungkin ada kesan jangka masa panjang.

Namun badan anda masih belum berputus asa di tahap ini,

dan ia melawan balik dengan gigih.

Segelintir sel dendritik bertahan cukup lama untuk mengaktifkan

kuasa pertahanan anti-virus dalam badan.

Sel plasma dalam nodus limfa mula menghasilkan berbillion-bilion antibodi,

protein kecil yang menandakan sel terjangkit bagi penghapusan

ataupun menggumpalkan virus bersama-sama.

Sel pembunuh T membanjiri badan dan membunuh sel-sel terjangkit di mana-mana.

Selepas 2 ke 3 minggu, badan kita selalunya

akan berjaya menewaskan jangkitan.

Tetapi sistem imun badan kini telah lemah,

dan mungkin mengambil masa berminggu atau berbulan, untuk pulih semula

memberi risiko badan terdedah pada penyakit lain.

Tetapi, jika kamu sembuh, kamu kini terimun.

Sistem imunisasi badan akan mengingati virus itu selama-lamanya.

Demam campak bukan main-main.

Walaupun 84% manusia dilindungi vaksinasi daripada demam campak

122,000 orang mati akibat jangkitan pada 2014.

Sesetengah orang tak boleh di beri vaksinasi,

samada kerana mereka terlalu muda, atau kerana kemoterapi atau HIV,

atau kerana mereka alah pada vaksin ini.

Mereka memerlukan kita semua untuk menghentikan penyakit ini bagi pihak mereka.

Vaksinasi campak adalah selamat, murah dan mudah didapati.

Tak ada faedah daripada menghidapi demam campak.

Kamu bukannya menguatkan sistem imun badan dan ia bukanlah “lebih semulajadi”.

Kebanyakan mereka yang tak mahu mengambil vaksin hanya mahukan yang terbaik untuk anak mereka,

ini sesuatu yang mulia.

Tapi tanya dirilah sendiri,

“Adakah saya membahayakan nyawa anak saya dan anak-anak lain dengan

tidak mengambil vaksin demam campak?”

Sedihnya jawapannya ialah ya. Ya, kamu membahayakan mereka.

Mari kita henti salah-menyalahkan satu sama lain.

Mari bekerja sama dan membasmi virus ini.

Bersama-sama, kita mampu menghapuskan makhluk dahsyat ini dan

mengabadikan ia ditempat sepatutnya: dalam rekod sejarah.

Sarikata Bahasa Melayu: Muhammad Khairul