Video
Transkripsi
Kesedaran mungkin adalah soalan yang paling sukar alam semulajadi
Makna utamanya,
kesedaran adalah yang membolehkan kita menyedari persekitaran kita dan juga diri kita sendiri.
Tetapi berfikir tentang kesedaran selalu akan berakhir tanpa apa-apa kesimpulan.
Secara intuitif kita semua tahu apanya kesedaran.
Ianya begini…
Ia adalah apa yang sedang anda alami sekarang di sini.
Tetapi apabila kita cuba menentukan maksud tepatnya, ia meninggalkan kita tanpa apa-apa.
Dan bukan sahaja kita.
Para ahli falsafah dan saintis berjuang untuk memberi definisi kesedaran.
Pelbagai sarjana dan idea yang lain bersaing sesama sendiri
tetapi masih tiada sesiapapun dapat terangkannya.
Ia merisaukan bahawa kita tak faham apa yang menyebabkan kita sedar terhadap kita sendiri dan dunia ini.
Dalam perkara kabur ini, kesedaran dan kecerdasan berkaitan,
walaupun mereka tidak sama.
Kita akan berbincang lebih mendalam tentang pelbagai teori kesedaran dan kecerdasan di video lain.
Seperti kebanyakannya yang membuatkan kita manusia,
kesedaran kita mungkin telah berkembang dari bentuk yang kurang kompleks
sebagai suatu produk evolusi melalui pemilihan semulajadi
Ia mungkin muncul dari langkah mikro
berurutan berjuta-juta tahun yang banyak,
yang bersama-sama membentukkan suatu gradien kepada kesedaran.
Apakah langkah pertama di perjalanan ini daripada tidak sedar
ke kesedaran asas yang akhirnya membawa kepada kesedaran kompleks
yang kita manusia sedang menikmati?
Ambil contohnya sebuah batu.
Konsensusnya adalah batu tidak sedar
tapi, bukan semuanya bersetuju dengan ini juga.
Sesetengah ahli psikik mendakwa bahawa seketul batu mungkin mempunyai kehidupan dalaman.
Bagaimanapun, tiada bukti yang nyata untuk dakwaan sedemikian sejak batu tidak menunjukkan tingkah laku.
Kehidupan dalamannya tidak dapat dibuktikan atau dinafikan.
Pemulaan yang lebih biasa adalah dengan benda hidup.
Suatu makhluk hidup ataupun “diri” adalah sebahagian daripada alam semesta yang bertahan hidup dan membiak
Untuk membuat demikian ia memerlukan tenaga
Dan di sinilah kesedaran terhadap dunia menjadi berguna.
Fungsi asal kesedaran adalah mungkin untuk mengarah
sesuatu “diri” bergerak yang kekurangan tenaga ke sumber makanan yang baru.
Untuk kehidupan berskala lebih kecil, kesedaran tidak diperlukan untuk mecari makanan.
Trichoplax adhaerens - salah satu dari haiwan paling asas bergerak secara sembarangan.
Ia memperlahankan sendiri dengan kehadiran makanan dan mempercepatkan diri jika tiada.
Ini sangat efektif dan membuatkan makhluk kecil ini meluangkan lebih masa
di tempat yang terdapat makanan dari tempat yang tiada.
Tetapi ia tidak pernah bergerak ke arah tertentu kepada sasaran tertentu
dan tiada keperluan untuk ia sedar terhadap persekitarannya.
Langkah pertama besar kepada kesedaran mungkin diambil
ketika “diri” bergerak ini mula menggerakkan sendiri secara berarah.
Bergerak ke arah apa yang baik untuk dirinya, katakan makanan
dan dari arah apa yang kurang baik,
katakan sesiapa yang memikirkan dia sebagai makanan.
Contohnya Dugesia tigrina - sejenis cacing kecil terkenal kerana mukanya yang lucu
Kadangkala cacing ini lapar dan kadang ia tidak.
Ini bermaksud jika ia bergerak,
“diri” cacing ini bukan sahaja menghasilkan respons automatik kepada rangsangan luar
malah aksinya bergantung kepada keadaan fisiologi dalamannya.
Sama ada ia lapar atau kenyang.
Jika ia baru makan, cacing ini kurang lincah,
tapi jika kelaparan sementara ia akan bergerak dirinya ke arah makanan yang lazat.
Ia menggunakan kemoreseptor di kepalanya untuk mencium bau persekitarannya
dan memandu dirinya ke arah mana bau makanannya terkuat.
Selepas mencari dan makan makanan, si cacing ini kembali ke tempat terlindung dan gelap
untuk menghadamnya dengan selamat,
sehingga ia lapar lagi.
Tetapi haiwan yang buta-buta mengikuti rasa baunya tidak mempunyai objektif fizikal yang dapat dilihat.
Mereka masih tidak tahu ke mana mereka menuju.
Jadi, langkah seterusnya di tangga ke kesedaran adalah untuk menambah persepsi dari jauh,
seperti penglihatan.
Penglihatan memberi konteks dan kedalaman kepada dunia kita.
Dengan penglihatan, diikuti perasaan kepada ruangan dimana kita dan makanan kita wujud.
Ia menambahkan suatu dimensi yang baru kepada kesedaran,
dan ini adalah langkah yang besar kepada kesedaran yang lebih kita biasa,
Radas penglihatan, seperti mata, membenarkan kita untuk menggambarkan objektif kita
dan menjejakinya.
Walaupun di peringkat ini, “diri” ini hanya dapat memburu makanannya selagi ia melihatnya.
Jadi, langkah seterusnya yang logik harus berlaku dari dalamnya.
Untuk menggambarkan makanan jika tiada, contohnya,
“diri” ini perlu mewujudkan sesuatu perlambangan dalaman kepada dunianya.
Sekarang, sesuatu haiwan boleh terus memburu makanannya,
walaupun makanan tiada lagi dalam kawasan derianya.
Disebabkan perlambangan dalamannya kepada apa yang relevan di dunia,
ia dapat kekal tumpuannya kepada makanannya dan keinginan dirinya untuk mendapatkannya.
“Diri” ini sekarang berada di suatu dunia yang dia dapat biasakan diri dengannya.
Kebolehan untuk mengingat mula muncul.
Kerana ingatan, haiwan-haiwan boleh diganggu dari objektifnya sementara waktu,
tapi kembali teruskannya kemudian.
Fenomena yang berkaitan dengan ini dipanggil ‘kekekalan objek’.
Ini menerangkan kesedaran kita bahawa barang terus wujud walaupun kita tidak dapat melihatnya.
Kemahiran kognitif ini dinikmati oleh sesetengah mamalia dan burung,
dan mungkin juga haiwan yang lain.
Bayi manusia selalunya mula menubuhkan keupayaan ini sekitar usianya lapan bulan,
manakala anak ayam menunjukkan keupayaan ini sekitar sehari atau dua selepas dilahir.
Keupayaan untuk mengingati sesuatu jika tiadanya mencadangkan
sekurang-kurangnya kesedaran asas terhadap masa.
Kesedaran terhadap masa adalah salah satu langkah besar daripada tangga ke kesedaran
Ia juga mungkin membenarkan seorang “diri” untuk menyangka dari masa sekarang
dan menjangka masa depan.
Ayam dewasa, contohnya, boleh menahan dirinya dari memakan makanan
jika mereka jangka akan dapat makanan yang lebih sebagai hadiah menahan diri sementara.
Kepuasan tertunda seperti ini bermaksud kewujudan kebolehan untuk menggambarkan
sesuatu ganjaran yang hanya wujud di masa depan,
ini mungkin mencabarkan walaupun untuk manusia dewasa.
Western scrub jay pakar dalam kepuasan tertunda.
Mereka menunjukkan kesedaran yang lebih teliti terhadap masa depan bila menyorok makanan
untuk mengambilnya pada masa akan datang.
Scrub jay juga akan menyorokkan lagi makanannya jika mereka sedar kepada pencuri yang memerhati mereka.
Ini bermaksud mereka tahu tentang kewujudan “diri” lain yang lapar
yang juga sedar dan mengalami dunia dari perspektif diri mereka yang beza.
Scrub jay yang licik boleh seperti membaca minda sesama sendiri.
Kebolehan memahami fikiran seseorang lain ini amat penting untuk kesedaran peringkat kompleks.
Dengan meletakkan diri di situasi seorang lain, anda dapat mengakali pesaing yang kaya,
atau berempati dengan kawan yang lapar.
Bahasa membawa kebolehan untuk membaca fikiran
dan melambangkan sesuatu yang tak hadir ke tahap yang baru
Perkataan membolehkan kita untuk membina hipotesis tentang dunia,
membuat rancangan yang terperinci, dan kongsikannya kepada yang lain.
Perkataan membolehkan kita berfikir tentang diri kita dan tempat kita dalam alam semesta,
dan juga tentang kesedaran kita sendiri, kami akan lakukan ini di video yang akan datang.
Jadi, apakah asal usul kesedaran kita?
Ia mungkin bermula dari pergerakan berpanduan seorang “diri” yang lapar kepada sumber makanan.
Dengan manfaat kehidupan, ini membolehkannya bersaing sama pesaing
yang bergerak secara rawak ataupun tidak bergerak.
Ia mungkin bermula dari keperluan untuk makanan yang lebih.
Oleh itu, walaupun dengan kesedaran canggih kita yang membolehkan kita bermimpi tentang angkasa,
membina pencakar langit, ataupun obses dengan novel,
tidaklah menghairankan jika kita selalu memikirkan mana kita akan makan seterusnya.
Secara kolektif, kita telah meluangkan begitu banyak fikiran dan kebijaksanaan kepada mendapat makanan,
kini kita boleh hanya pesan makanan untuk datang kepada kita dengan senang.
Video ini adalah bahagian pertama daripada siri video berbahagian 3 berkaitan
persoalan hebat tentang kehidupan dan alam semesta,
direalisasikan dari sumbangan oleh Templeton World Charity Foundation
Anda boleh cari sumber penyelidikan kami dan bacaan lanjut di dalam diskripsi,
ataupun dapatkan buku tentang kesadaran dari Rupert Glasgow dengan percuma - link di bawah.
Jika anda mahu tolong kami mencipta lebih video, boleh membuat demikian di patreon.com
Ataupun mendapatkan salah satu poster kami dari kedai online kami.