Kesan-kesan Sampingan Vaksin - Setinggi Manakah Risikonya? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Vaksin sering diraikan atas peranannya melawan penyakit.

Tetapi bagi sesetengah orang

percaya bahawa ia membahayakan kesihatan kita dan bukan melindunginya.

Internet dipenuhi dengan cerita-cerita tentang reaksi alergik,

pelbagai jenis-jenis kecacatan,

dan bahkan kematian selepas temujanji pemvaksinan.

Dan, memang betul vaksin boleh ada kesan sampingan.

Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi, dan sejauh mana bahayanya.

Sistem imun anda adalah sekumpulan tentera kompleks yang terdiri daripada berbilion-bilion sel.

Askar-askar, sel-sel perisikan, dan kilang-kilang senjata.

Setiap hari, anda diserang beberapa kali,

tetapi askar-askar imun anda biasanya boleh melawannya dengan sendiri,

jadi anda tidak akan perasan.

Jika jangkitannya menjadi serius,

Sel-sel perisikan kita mengumpul maklumat tentang penyerang-penyerang tersebut.

dan mengaktifkan kilang-kilang senjata kita.

Anda tentu sudah tahu senjatanya: Antibodi.

Ianya seperti peluru berpandu yang disasarkan khusus untuk melawan penceroboh.

Malangnya, proses ini mengambil beberapa hari untuk siap.

Itu memberikan penceroboh banyak masa untuk melakukan kerosakan.

Bertentangan dengan kepercayaan popular,

Apa yang tidak membunuh anda tidak membuatkan anda lebih kuat.

Badan kita tidak mahu melawan dengan serius berulang-ulang kali.

Jadi sistem imun kita telah membangunkan cara yang bijak

untuk menjadi lebih kuat dalam jangka masa yang panjang.

Jika kita melawan musuh yang cukup berbahaya untuk mencetuskan senjata berat kita,

sistem imun kita menghasilkan sel memori secara automatik.

Sel-sel memori berkekalan dalam badan kita selama bertahun-tahun, dalam mod tidur

Mereka tidak buat apa-apa selain mengingat.

Apabila musuh menyerang buat kali kedua,

sel-sel memori yang tidur akan terjaga,

dan mengarahkan serangan terlaras dan penghasilan antibodi.

Ini sangatlah cepat dan berkesan,

membuatkan kebanyakkan jangkitan yang anda kalahkan sekali tidak akan membuatkan anda jatuh sakit lagi.

Anda mungkin imun terhadapnya buat selama-lamanya.

Ini juga satu sebab kerana kanak-kanak kecil selalu jatuh sakit;

Mereka tidak mempunyai sel memori yang cukup lagi.

Dan mekanisme yang indah ini yang kita bina apabila kita menggunakan vaksin.

Bagaimana Vaksin Berfungsi

Walau sekuat manapun sel ingatan ini,

mendapatkan sel ini melalui jangkitan adalah tidak menyenangkan dan kadang-kadang berbahaya.

Vaksin adalah satu cara untuk menipu badan kita untuk menghasilkan sel memori,

dan menjadi imun terhadap penyakit.

Mereka berpura-pura menjadi jangkitan berbahaya.

Salah satu caranya adalah menyuntik penceroboh yang tidak akan buat apa-apa bahaya.

Contohnya, dengan membunuh mereka, atau dengan memotong mereka kepada cebisan kecil.

Sistem imun kita dapat melawan jenis vaksin-vaksin seperti ini dengan mudah.

Kadang-kadang, ianya penting untuk membuatkan sistem imun kita untuk bekerja lebih keras

untuk menghasilkan lebih banyak sel memori.

Vaksin hidup agak mencabar.

Musuh yang boleh melawan balik adalah lebih mencabar darpada yang mati.

Tetapi ini mungkin idea yang teruk.

Bagaimana jika kuman-kuman tersebut menang?

Untuk mengelakkannya, kita perlu membiakkan jenisnya yang lemah di makmal.

Hanya cukup kuat untuk menggangu sistem imun, dan menghasilkan sel memori yang mencukupi.

Okey, jadi inilah prinsip asas penggunaan vaksin.

Mereka mencetuskan satu tindak balas semulajadi dalam badan kita

yang membuatkan kita menjadi imun terhadap penyakit yang sangat berbahaya.

sesetengah virus seperti virus selsema, selalu bermutasi

sehingga kita perlukan vaksin yang baru setiap tahun,

tetapi kebanyakkan vaksin melindungi kita selama bertahun-tahun, atau bahkan seumur hidup.

Tetapi, ada syaratnya.

Seperti benda lain dalam kehidupan kita, vaksin juga mempunyai sisi yang lain:

Kesan sampingan.

Apa sebenarnya kesan sampingan tersebut, dan apa yang berlaku jika anak anda menghidapinya?

Risiko-Risiko Vaksin

Ianya rumit untuk membandingkan terus kesan sampingan vaksin dengan kesan-kesan penyakit.

Contohnya,

Beratus-ratus juta orang diberi vaksin untuk melawan penyakit campak di Barat.

Tetapi hanya terdapat 83,000 kes di Eropah pada tahun 2018.

Jadi, dengan kuantiti yang begitu berbeza, kesan sampingan yang ringan pun boleh menjadi menakutkan

berbanding dengan kesan sampingan yang buruk yang kita jarang lihat sekarang.

Sebelum vaksin campak dicipta pada tahun 1963,

hampir setiap kanak-kanak di Bumi dijangkiti penyakit campak pada satu ketika.

Dianggarkan sebanyak 135 juta kes berlaku pada tahun 1950-an.

Tapi adakah penyakit campak masih berbahaya pada tahun 2019?

Dengan bidang penjagaan kesihatan kita yang moden dan teknologi-teknologi baharu,

adakah ia berbaloi untuk merisikokan diri dengan kesan sampingan vaksin?

Mari kita lakukan eksperiman pemikiran berdasarkan nombor-nombor sebenar.

Bayangkan sebuah negara maju di dalam dunia selari.

Ia mempunyai penjagaan kesihatan yang baik tetapi penduduknya berhenti mendapatkan vaksin.

Dalam senario ini, mari katakan sepuluh juta kanak-kanak mengidap penyakit campak.

Apa yang akan berlaku?

Sembilan juta lapan ratus ribu, atau 98% akan mendapat demam panas dan ruam yang sangat tidak selesa.

Sehingga 800,000 daripadanya, atau 8% akan menghidap cirit-birit yang berbahaya.

700,000, atau 7%, akan menghidap jangkitan telinga, yang mungkin akan mengakibatkan hilang pendengaran secara kekal.

600,000 kanak-kanak, atau 6%, akan mengidap pneumonia – kesan penyakit campak yang paling bahaya.

Ia sendiri akan membunuh 12,000 kanak-kanak.

10,000 kanak-kanak, atau 0.1%, akan mengidap radang selaput otak.

2500 kanak-kanak, atau 0.025%, akan dijangkiti SSPE,

Sebuah penyakit di mana virus campak kekal dalam otak mereka

dan membunuh mereka beberapa tahun kemudian.

Secara keseluruhannya,

sekitar 2.5 juta kanak-kanak akan mengidap kesan-kesan yang agak serius dari penyakit campak.

Dan, kira-kira 20,000 kanak-kanak akan mati oleh penyakit campak.

Ia tak berhenti di sini.

Kanak-kanak yang terselamat dari penyakit campak akan mempunyai sistem imun yang rosak

yang memerlukan masa yang panjang untuk pulih semula.

Masa untuk penyakit lain boleh melakukan kerosakanselanjutnya.

Selain itu, apa yang pasti adalah

anak-anak anda akan menderita selama dua minggu.

Okey, tapi bagaimana pula dengan vaksin?

Tidak adil jika kita tidak melihat risiko-risiko vaksin juga.

Jadi, mari kita ulangi eksperimen pemikiran kita.

Tapi kali ini, kita vaksinkan sepuluh juta kanak-kanak dengan MMR.

Apa yang akan berlaku secara teorinya?

Selepas diberi vaksin,

daripada 10 juta kanak-kanak, sekitar sepuluh peratus mendapat demam.

500,000 atau 5%, akan mendapat ruam ringan.

100, atau 0.001%,

mungkin mempunyai reaksi alergi yang serius dan perlu diberikan rawatan.

10 budak lelaki, atau 0.0001%,

mungkin terkena keradangan pada kelamin.

Dan sejumlah sepuluh kanak-kanak, atau 0.0001%,

Mungkin mendapat kesan sampingan yang paling serius: ensefalitis.

Jadi, kita sudah memberi vaksin kepada 10 juta kanak-kanak.

Hasilnya, sekitar seratus dua puluh kanak-kanak mempunyai kesan sampingan yang agak serius.

Dengan rawatan perubatan yang baik di kawasan maju, hampir kebanyakan daripada mereka akan selamat.

Bagaimana pula dengan autisme?

Hubungan di antara autisme dengan vaksin berasal dari satu sumber

yang telah banyak kali dibuktikan salah.

Kami akan sediakan bacaan lanjut dan video-video pada keterangan di bawah.

Tapi, pada tahun 2019, selamat untuk dikatakan yang vaksin tidak menyebabkan autisme.

Baiklah, tapi bagaimana pula dengan kematian?

Ia sangat sukar untuk dikatakan jika salah seorang daripada 10 juta kanak-kanak yang diberi vaksin akan mati.

Kami benar-benar membacanya dengan teliti dan berbincang dengan ramai pakar.

Jika kami mengabaikan laporan yang dibuat sendiri,

kami hanya menemui sebilangan kecil kes yang didokumenkan

dari semua ratusan juta kanak-kanak yang menerima vaksin MMR sejak 1971.

Campak adalah beribu-ribu kali lebih berbahaya untuk anak anda

berbanding kes-kes kesan sampingan vaksin yang paling teruk.

Anda terpaksa mencari kesan sampingan vaksin yang membawa maut dengan sangat teliti

dan, walaupun dengan itu, ia sangat sukar untuk mencari kes-kes yang disahkan.

Sementara kematian daripada penyakit campak adalah benar dan sangat mudah untuk dicari.

Pada tahun 2017 sahaja, 110,000 orang mati akibat penyakit campak di seluruh dunia.

Secara statistiknya, hari ini, 300 kanak-kanak akan mati akibat penyakit campak.

Satu sejak video ini bermula.

Anda boleh bandingkan vaksin dengan tali pinggang keledar

Adakah terdapat kemalangan aneh di mana seseorang terbunuh oleh tali pinggang keledar mereka?

Ya, memang ada.

Tapi, adakah anda berasa selamat jika anda tidak memakaikan tali pinggang keledar pada anak anda?

Tunggu sekejap!

Bagaimana kalau anak anda sebenarnya mempunyai alahan?

Bagaimana jika tidak ada benda yang kami sebut tadi tidak sepadan dengan situasi khusus anda?

Kalau begitu, anda perlu menjadi promoter vaksin yang terhebat.

Kerana jika anak anda tidak boleh diberi vaksin, hanya kanak-kanak lain boleh melindungi mereka.

Ini dikenali sebagai keimunan kelompok,

dan inilah sahaja yang boleh melindungi anak anda yang tidak diberi vaksin.

Keimunan kelompok bermakna jika cukup ramai orang yang imun terhadap penyakit,

penyakit itu tidak akan merebak, dan mati sebelum ia mencapai mangsa lain.

tetapi untuk mencapai matlamat ini untuk penyakit campak sahaja,

95% daripada orang di sekeliling anda perlu diberi vaksin.

Kesimpulannya,

Masalah dengan pendebatan vaksin adalah ia tidak dihujahkan dengan adil.

Sementara sisi pro-vaksin berhujah dengan kajian dan statistik,

Hujah-hujah melawan mereka biasanya tercampur dengan rasa gerak hati,

anekdot, dan maklumat yang salah.

Dan perasaan sering kebal terhadap fakta.

Kita tidak akan meyakinkan sesiapa dengan menjerit kepada mereka.

Tapi kita tidak boleh menafikan kesan daripada konspirasi anti-vaksin.

Mereka menyebabkan bayi yang terlalu muda untuk diberi vaksin menjadi korban.

Mereka menyebabkan kanak-kanak sihat yang kurang bernasib baik terkorban.

Mereka membawa penyakit serius kembali dari kepupusan.

Dan, kesan sampingan yang terbesar vaksin adalah jumlah kematian kanak-kanak yang lebih sedikit.

Vaksin adalah salah satu alat yang paling berkesan yang kita ada

untuk membasmi raksasa-raksasa yang kebanyakkan dari kita sudah melupakannya.

Janganlah bawa raksasa tersebut kembali!