Video
Transkripsi
Lohong hitam adalah salah satu benda aneh yang wujud
Ia seperti tidak masuk akal langsung; dari manakah mereka datang?
Dan apakah akan terjadi jika anda terjatuh dalamnya?
Bintang ialah koleksi yang hebat dan besar yang kebanyakannya terdiri daripada hidrogen
yang runtuh daripada awan gas yang besar di bawah gravitinya
Dalam terasnya, lakuran nuklear menyebabkan atom hidrogen menjadi helium
melepaskan jumlah tenaga yang besar
Tenaga ini, dalam bentuk sinaran, menolak berlawanan dengan graviti
Menyenggara keseimbangan yang lembut antara dua daya
Selagi ada lakuran di dalam teras, bintang akan kekal stabil
Tetapi untuk bintang yang lebih banyak jisim daripada matahari kita sendiri
haba dan tekanan di teras mengizinkannya untuk gabungan elemen yang lebih berat
sehinggalah menjadi besi
Tidak seperti element yang lain, proses lakuran yang mencipta besi
tidak menjana sebarang tenaga
Besi berkumpul di tengah bintang sehinggalah mencapai jumlah kritikal
dan keseimbangan sinaran dan graviti tiba-tiba ‘pecah’
Teras akan runtuh
Tidak sampai sebahagian saat, bintang meletup ke dalam
bergerak dengan kelajuan suku daripada kelajuan cahaya
memberi lebih banyak jisim ke dalam teras
Pada saat ini, semua elemen berat dalam alam semesta
dicipta selepas bintang mati dalam letupan supernova
Ini menghasilkan sama ada bintang neutron atau jika bintang itu cukup besar
keseluruhan jisim teras runtuh ke dalam lohong hitam
Jika anda lihat lohong hitam, kamu akan nampak ufuk peristiwa
Apa-apa benda yang melalui ufuk peristiwa
mestilah bergerak lebih laju daripada cahaya untuk keluar
Erti kata lain, mustahil
Jadi kita hanyalah melihat sfera hitam, tidak memantulkan apa-apa
Jika ufuk peristiwa ialah bahagian ‘hitam’
apakah bahagian ’lohong’ lohong hitam?
Ketunggalannya
Kami tidak pasti apakah ia yang sebenat
Ketunggalan mungkin ketumpatan yang tak terhingga, maksudnya, semua jisim tertumpu
di titik tunggal dalam ruang dengan tiadanya permukaan atau isipadu
Ataupun sesuatu yang lain
Sekarang, kita tidak tahu
Seperti keralatan pembahagian dengan sifar
Apa-apa pun, lohong hitam tidak menyedut benda seperti penyedut hampagas
Jika kita menukarkan matahari dengan lohong hitam yang sama besar
Tiada apa-apa pun yang mengubah bumi
Kecuali kita akan membeku sampai mati, sudah tentu
Apakah akan terjadi kepada anda jika termasuk ke dalam lohong hitam?
Pengalaman masa ialah berbeza di lohong hitam
Dari luar, anda kelihatan perlahan apabila mendekati ufuk peristiwa
jadi masa bergerak lebih perlahan untuk anda
Ada titik yang lainnya, anda kelihatan ‘membeku’ dalam masa
secara perlahan-lahan bertukar merah dan lenyap
Daripada pandangan anda, anda boleh melihat keseluruhan alam semesta
Dalam mara ke hadapan, seperti melihat masa hadapan
Sekarang, kita tidak tahu apa yang berlaku seterusnya
tetapi mungkin boleh berlaku dua perkara
Pertama : kematian pantas
Lohong hitam akan melengkungkan ruang apabila anda melintas ufuk peristiwa
terdapat satu arah sahaja
Boleh diterangkan : dalam ufuk peristiwa
anda boleh melalui dalam satu arah sahaja
Seperti anda berada di lorong yang sempit dan tertutup di belakang anda selepas satu jejak kaki
Jisim lohong hitam terlalu tertumpu
sehinggakan jarak yang kecil, sebahagian sentimeter
bermaksud daya graviti bertindak dengan berjuta-juta kali ganda daya
pada bahagian badan anda yang berlainan
Sel anda terkoyak sementara badan anda direnggang
sehinggalah anda menjadi aliran panas plasma yang seluas satu atom
Dua : kematian yang terlalu pantas
Sebaik sahaja anda melalui ufuk peristiwa, anda akan berlanggar dengan dinding api
dan dimusnahkan dengan sekelip mata
Tiada daripada pilihan ini yang kelihatan menggembirakan
Kecepatan anda mati bergantung kepada jisim lohong hitam itu sendiri
Lohong hitam yang lebih kecil boleh membunuh anda sebelum anda memasuki ufuk horizon
sementara anda mungkin merentasi lohong hitam yang terlalulah besar
dalam seketika
Menurut petua ibu jari, lebih jauh anda a ketunggalan,
Lebih lama anda hidup
Lohong hitam terdiri daripada saiz yang berlainan
Ada lohong hitam yang berjisim-najam dengan beberapa kali ganda jisim matahari
dengan diameter asteroid
Dan ada juga lohong hitan yang terlalulah besar
yang ditemui di jantung setiap galaksi
yang telah ‘memakan’ selama berbillion-billion tahun
Setakat ini, lohong hitam paling besar ialah S5 00+81
40 billion kali ganda jisim matahati kita
Diameternya sepanjang 236. 7 billion kilometer
yang seperti 47 kali ganda jarak matahari dan Pluto
Sekuat manapun lohong hitam, mereka akan menyejat
melalui proses yang dikenali sebagai sinaran Hawking
Untuk mengetahui proses ini, lihatlah ruang kosong
Ruang kosong bukanlah terlalu kosong tetapi terdapat zarah maya
yang ‘pop’ dan memusnahkan satu sama lain
Apabila berlaku tepat-tepat sisi lohong hitam
salah satu zarah maya akan ditarik ke dalam lohong hitam
dan yang lain akan terlepas dan menjadi zarah nyata
Jadi, lohong hitam kehilangan tenaga
Ini berlaku terlalu perlahan pada awalnya
dan menjadi lebih cepat apabila lohong hitam mengecil
Apabila mencapai jisim asteroid besar
Ia menyinar dalam suhu bilik
Apabila mencapai jisim sebuah gunung, ia menyinar haba seperti matahari
Dan saat-saat terakhir, lohong hitam akan menyinar pergi
Dengan tenaga berbillion-billion bom nuklear dalam letupan yang besar
Tetapi proses ini terlalu perlahan
Lohong hitam yang terbesar yang kita tahu mengambil masa googol tahun untuk menyejat
Ini terlalu panjang sehingga apabila lohong hitam terakhir menyinar pergi
Tiada siapa pun yang akan menyaksikannya
Alam semesta sudah lama tidak berpenghuni sebelum itu
Ini bukan kesudahan cerita kita
Banyak lagi fakta menarik tentang lohong hitam
Kita ketahuinya dalam bahagian 2
Terima kasih kepada Fraser Cain atas bantuan untuk video ini
Apa-apa pun, kami telah buat ‘wallpaper’ Kurzesagt dalam 4K
untuk saiz skrin yang berlainan
anda boleh dapatkan di laman Patreon yang mana membantu kami membuat lebih banyak video
Seperti Disember ini, bulan pertama dengan tiga video
Subtitles by the Amara.org community