Video
Transkripsi
Suatu hari nanti, bintang yang terakhir akan mati, dan alam semesta akan menjadi gelap buat selama-lamanya
Ia mungkin menjadi bintang kerdil merah, sebuah bintang yang kecil
yang merupakan juga salah satu taruhan terbaik kita untuk mencari kehidupan makhluk asing
dan mungkin menjadi rumah terakhir untuk kemanusiaan sebelum alam semesta tidak boleh dihuni
jadi apakah yang kita tahu tentangnya, dan mengapakah bintang-bintang tersebut ialah harapan terakhir kita?
Sekurang-kurangnya 70% daripada bintang-bintang ialah bintang kerdil merah
yang merupakan bintang terkecil yang beratnya kira-kira 7 hingga 50% daripada jisim matahari kita
yang lebih besar sedikit daripada Musytari, masih besar juga
Bintang tersebut sangatlah malap
Terlalulah mustahil untuk melihatnya dengan mata kasar
Anda tidak dapat menyaksikannya pada langit malam
Walaupun dengan teknologi kita
kita hanya dapat memerhatikan bintang-bintang kerdil merah dalam kawasan terdekat
Lebih kurang 20 daripada 30 bintang-bintang yang dekat dengan Bumi ialah bintang kerdil merah
Seperti semua bintang, bintang kerdil merah melakurkan hidrogen menjadi helium
tetapi sementara bintang yang besar mengumpulkan helium yang dilakur di terasnya
bintang kerdil merah kekal berolak, yang bermakna, helium dan hidrogen bercampur- aduk secara malar
jadi mereka menggunakan bahan api dengan sangat perlahan sebelum terpadam
Bintang kerdil merah menyala dengan sangat perlahan
yang purata jangka hayatnya adalah antara satu hingga sepuluh trilion tahun
berbanding dengan Matahari yang bertahan selama 5 bilion tahun yang mendatang
Kerana alam semesta berusia 13.75 bilion tahun
tidak ada satu bintang kerdil merah yang mencapai tahap perkembangan yang selanjutnya
Setiap daripada satu trilion yang wujud masih bayi
Berkata tentang bayi, bintang terkecil dalam alam semesta
ialah bintang kerdil merah juga kerana bintang kerdil merah berada dalam ambang untuk menjadi bintang
hanya lebih sedikit hidrogen, dan mereka tidak lebih daripada bintang perang
bintang-bintang yang gagal yang tidak mampu mengekalkan tindak balas pelakuran untuk masa yang panjang
jadi bagaimanakah dengan makhluk asing dan rumah baru untuk kemanusiaan?
Oleh kerana matahari akan mati pada satu hari nanti, kita perlulah mencari rumah baharu
dan di mana ada planet yang boleh dihuni, di situlah kemungkinan ada makhluk asing
Balai Cerap Kepler menemui bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada bintang kerdil merah
menempatkan planet berbatu antara setengah dan empat kali ganda daripada jisim Bumi
Kebanyakan daripada mereka berada di zon boleh dihuni, di kawasan di sekeliling bintang di mana air dalam keadaan cecair
tetapi kerana bintang kerdil merah menyala dengan suhu yang secara relatifnya, dingin
sesebuah planet perlulah berada dalam jarak dekat untuk dihuni
barangkali, dekat seperti Utarid dengan matahari atau lebih dekat lagi
yang membawa pelbagai masalah
Contohnya, planet yang dekat dengan bintang mungkin akan mengalami ‘penguncian pasang surut’ (penguncian putaran)
yang bermakna hanya bahagian yang sama selalu menghadapi bintang itu
Ada bahagian yang terlalulah panas sementara bahagian yang gelap membeku
yang menyebabkan kehidupan berkembang dengan sukar
walaupun, sesebuah planet yang mempunyai lautan yang besar yang mungkin mampu untuk menyebarkan tenaga bintang
dan mencipta keseimbangan yang tertentu
Daya graviti bintang kerdil merah mampu menekan planet itu
dan memanaskannya sehingga kehilangan air
Planet-planet tersebut boleh menjadi seperti Zuhrah yang sepanas neraka
Masalah yang lain adalah kerana banyak bintang kerdil merah mempunyai tenaga output yang berbeza
Mereka boleh diselimuti oleh bintik bintang yang menutupi cahaya yang dipancar sehingga 40% ke atas, berbulan-bulan lamanya
yang menyebabkan lautan-lautan di planet tersebut untuk membeku
pada masa lainnya, bintang-bintang tersebut boleh memancarkan suar suria
letusan maha hebat yang memancarkan tenaga yang menakjubkan
Bintang-bintang kerdil merah mampu menggandakan kercerahan dalam masa beberapa minit
yang mampu mencabut sebahagian besar atmosfera planet dan membakarnya
menjadikannya steril
di sisi lainnya, jangka hayat yang terlalulah panjang ialah satu kelebihan
Sebuah bintang kerdil merah dengan tahap aktiviti yang sederhana
mampu menjadi tempat yang bagus untuk planet yang menampung kehidupan
Kehidupan di Bumi telah wujud kira-kira empat bilion tahun yang lalu
dan kita mempunyai satu bilion lagi sebelum matahari menjadi sangatlah panas
dan kehidupan di Bumi menjadi sangatlah mustahil
Kita akan mati ataupun meninggalkan Bumi untuk mencari rumah baharu
Kita mampu membina peradaban yang berpotensi untuk kekal selama bertrilion-trilion tahun
di sekeliling sebuah bintang kerdil merah dengan ciri-ciri yang menepati
Terdapat 5% daripada bintang kerdil merah di Bima Sakti yang mungkin boleh didiami, secara kasarnya, planet-planet bersaiz Bumi
Itu boleh melebihi empat bilion jumlahnya
tetapi kehidupan tidak memerlukan sebuah planet seperti Bumi
Calon untuk kehidupan di sekeliling bintang kerdil merah mungkin bulan-bulan di gergasi gas
yang dipanggil Super Bumi, planet-planet berbatu yang sangatlah besar
Dianggarkan terdapat 60 bilion planet yang berpotensi untuk didiami
di sekitar bintang kerdil merah, dan di Bima Sakti sahaja (belum yang lain)
jadi bintang kerdil merah mungkin menjadi sangatlah penting untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan
tetapi semua benda akan mati termasuklah bintang kerdil merah
Setelah bertrilion-trilion tahun, hayat bintang kerdil merah yang terakhir di alam semesta akan berakhir
ia bukanlah peristiwa yang menakjubkan
Apabila kehabisan hidrogen, ia mengecut sehingga menjadi sebuah bintang kerdil biru, terbakar sepenuhnya
Setelah bahan apinya habis, ia menjadi sebuah bintang kerdil putih
sebuah objek yang sebesar Bumi, dipadatkan sepadat-padatnya
yang terdiri daripada gas-gas yang merosot, kebanyakannya ialah nukleus-nukleus Helium-4
Apabila ketiadaan sumber tenaga, ia akan sejuk dengan sangat perlahan
selama bertrilion-trilion tahun sehingga menjadi keadaan terakhir, sebuah bintang kerdil hitam yang sejuk
Bintang kerdil putih dan kerdil hitam sangatlah menakjubkan sehingga layak mempunyai video sendiri
Apa-apa pun, ia mengambil masa yang lama sebelum bintang yang terakhir di alam semesta lenyap
Ini boleh dikatakan sangat seronok untuk mengetahui jika kemanusiaan berjaya meneroka angkasa raya
kita mempunyai masa sebelum alam semesta ’terpadam’
Video kami berjaya dihasilkan, terima kasih atas sokongan anda di Patreon.com
Jika anda ingin membantu kami membuat lebih banyak lagi, kami menghargai sokongan anda
Subtitles by the Amara.org community