Iraq Dijelaskan - ISIS, Syria dan Perang. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Aduhai… Anda sangkakan masalah di Iraq telah diselesaikan

kerana anda tak mendengar tentangnya setelah sekian lama,

semuanya kembali kepada huru-hara dan keganasan yang ngeri.

Apa yang berlaku?

Pada 2003, AS menyerang Iraq kerana dakwaan adanya pertalian dengan keganasan

dan senjata pemusnah besar-besaran.

Ketika itu, Saddam Hussein, diktator yang kejam, memerintah negara itu.

Dia merupakan sebahagian daripada puak minoriti Sunnah

dan menindas puak majoriti Syiah.

Iraq telah ditawan dengan cepat,

tetapi AS tiada rancangan untuk negara itu.

Majoriti puak Syiah yang terus ditindas telah mengambil alih kuasa

dan mula menindas puak Syiah

kerana menindas kepercayaan lain terbukti sebagai suatu idea yang baik.

Tidak hairanlah, pemberontakan puak Sunnah bermula

dan kumpulan pengganas seperti al-Qaeda, memasuki Iraq

dan kuasa-kuasa tempatan, biasanya bekas tentera Sunnah

mula melawan tentera AS dan negara Iraq yang baru dibentuk,

mencapai kemuncaknya ketika Perang Saudara yang ngeri pada tahun 2006.

Sejak itu, rakyat di Iraq telah diasingkan mengikut agama.

Jadi, dalam ironi sejarah yang tragik, pencerobohan AS membawa kepada pembentukan

pengganas yang AS mahu hapuskan sejak dulu lagi,

kerana Iraq kini menjadi tapak latihan yang sempurna untuk keganasan.

Untuk memahami kemelut yang rumit ini dengan lebih baik, kita perlu faham

hubungan antara kedua-dua cabang utama kepercayaan orang Islam:

Islam Syiah dan Sunnah.

Puak Sunnah membentuk kira-kira 80% daripada dunia Muslim dan puak Syiah kira-kira 20%.

Pelampau agama dari kedua-dua belah pihak tidak begitu suka antara satu sama lain.

Arab Saudi dan Iran adalah dua pesaing paling kuat dalam permainan agama ini.

Kedua-duanya tidak mempunyai pemisahan pentadbiran dan agama, masalah dalam negeri, dan

duit minyak yang banyak.

Mereka menyokong kumpulan yang melawan aliran agama yang berlainan.

Salah satu organisasi pengganas yang pernah disokong oleh Arab Saudi

ialah Islamic State di Iraq, atau I.S.I ringkasnya.

Pada 2010, berlakunya Kebangkitan Arab

dan mengubah seluruh situasi di Timur Tengah.

Di Syria, diktator Bashar al-Assad tidak mahu meletakkan jawatan

dan memulakan perang saudara yang zalim terhadap rakyatnya sendiri.

Semakin lama peperangan tercetus, semakin ramai kumpulan asing menyertai sengketa ini

kebanyakannya atas sebab-sebab agama

dan dengan matlamat untuk membina Negara Islam di rantau ini.

Salah satunya ialah I.S.I yang terkenal, yang kini menjadi

Islamic State in Iraq and Syria, atau I.S.I.S.

Mereka berjuang bertahun-tahun di Iraq, dan mempunyai

beribu-ribu askar fanatik yang terlatih.

Mereka sudah seakan-akan mengawal sebahagian utara Iraq

dan sangat bertekad untuk membina negara keagamaan mereka.

Mereka mengubah permainan di Syria tanpa siapa sangka.

ISIS tanpa disangka begitu kejam dan radikal sehingga

berperang dengan hampir semua puak tentera pemberontak Syria.

Mereka menyerang dan membunuh anggota kumpulan pengganas Islam yang lain.

Di wilayah-wilayah yang mereka kawal, mereka telah membina sebuah negara Islam

dengan peraturan begitu ketat sehingga pelampau al-Qaeda dan Arab Saudi

terkejut dan menarik balik sokongan mereka.

ISIS telah dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai orang awam,

serangan berani mati yang tidak terkira, kaum wanita dan kanak-kanak dijadikan tebusan,

hukuman bunuh dan pancung terhadap tahanan mereka.

Semua jenis kengerian lampau yang kami tak mahu gambarkan.

Perhimpunan segerombolan manusia ini akhirnya putuskan sudah tiba masanya untuk

menawan banyak lagi wilayah di Iraq.

Sejak AS meninggalkan Iraq, Perdana Menteri Syiah, Nouri al-Maliki,

telah memonopoli kuasa dan mendiskriminasi puak Sunnah selagi boleh.

Kerajaan Iraq secara amnya dianggap sebagai pecah amanah, tidak berupaya,

dan sememangnya dibenci oleh sebahagian besar rakyatnya sendiri.

Tentera Iraq, yang terdiri daripada kira-kira 300,000 askar,

telah ditubuhkan dengan 25 bilion dolar wang cukai AS

tetapi mereka tidak setia dengan kerajaan mereka dan

telah berundur atau dibubarkan sepenuhnya, melepaskan bandar demi bandar.

Kerana ISIS telah mengumumkan bahawa semua orang yang menentang mereka akan dibunuh,

mereka telah membuktikan yang mereka serius.

Menjelang Jun 2014, mereka telah menawan sebahagian besar Iraq,

termasuk Mosul, bandar kedua terbesar di Iraq.

Mereka telah mencuri beratus-ratus juta wang daripada bank yang telah ditawan,

menjadikan mereka organisasi pengganas yang paling kaya di dunia.

Mereka sentiasa berusaha untuk menubuhkan

negara keagamaan zaman lampau.

Iran dan AS juga mempertimbangkan pakatan bersama dalam melawan mereka.

Jelas betapa mengerikan situasi kini.

Kejadian di Iraq menunjukkan lagi bahawa mengeksploitasi orang yang dikalahkan dalam perang,

menafikan kuasa, kehidupan, dan kepentingan mereka dalam pembinaan semula negara itu

hanya akan menyemai benih-benih kekejaman seterusnya.

Oleh itu, kita perlu pecahkan kitaran ini.