Bolehkah Anda mempercayai video-video Kurzgesagt? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Bolehkah anda percayakan video-video Kurzgesagt?

Untuk menjawab soalan ini, kami akan menerangkan terlebih dahulu bagaimana kami menyelidik

dan kemudian bercakap sedikit mengenai video-video lepas,

dan apa yang kami mahu capai dengan saluran ini.

Membuat video Kurzgesagt sentiasa bermula dengan soalan atau isu.

Contohnya, selepas video daging kami,

ramai penonton bertanya tentang kesan kesihatan daging pada manusia.

Kami tidak tahu, dan kami juga ingin tahu.

jadi kami hanya memutuskan untuk melaksanakannya.

Langkah pertama ialah ulang kaji.

Kami bermula dengan mencari buku dan kertas-kertas saintifik untuk mendapatkan gambaran keseluruhan,

dan banyak membaca.

Rancangannya adalah untuk mencari cerita yang berbaloi untuk diceritakan.

Adakah terdapat sesuatu yang mengejutkan untuk belajar?

Adakah terdapat konteks yang lebih besar atau perspektif baru,

atau adakah ia sebuah gambaran atau pengenalan?

Sebaik sahaja kita mempunyai maklumat yang dicukupi,

kami meminta pakar atau saintis,

untuk memeriksa fakta dan membuat pembetulan.

Sering kali, mereka terjumpa satu kesalahan

atau menunjuk kami ke arah penyelidikan yang bercanggah.

jika begitu, banyak skrip-skrip ditolak.

Sekiranya idea kami terus meningkat, kami teruskan untuk melaksanakannya.

Proses ini boleh mengambil beberapa minggu atau berbulan-bulan.

Sebagai contoh, skrip video Kesunyian mengambil masa setahun setengah untuk siap.

Bahagian yang paling sukar adalah membuatkan video cukup ringkas, dan tidak terlalu ringkas.

Ia lebih mudah untuk tulis skrip yang panjang daripada yang pendek.

Akhirnya, apabila sudah siap,

kita melakukan satu lagi ulang kaji dan tunjukkan skrip kepada pakar-pakar sekali lagi,

yang berbeza daripada yang kita sudah berkenalan,

pada permulaan proses.

Apabila kami menyatakan pendapat, kami menandakannya.

Itu tidak mengatakan bahawa kita tidak membuat kesimpulan dari penyelidikan.

Homeopati tidak berkesan, dan daging memang teruk untuk planet ini.

Perubahan iklim memang berlaku, tetapi makanan organik bukan cara yang baik untuk menyelesaikannya.

Jika fakta-fakta itu jelas menyokong kesimpulan, ia tidak mengapa untuk membentangkannya seperti itu.

Sudah tentu, kita tak boleh sentiasa membuat semua orang gembira.

Orang yang tahu banyak mengenai sesuatu topik kadang-kadang menjadi marah

jika kita tidak menyebut aspek yang mereka fikir adalah penting,

atau apabila kita abaikan istilah teknikal.

Ini, lebih kurang, tidak dapat diselesaikan kerana sifat video kami.

Skrip mempunyai kira-kira 1,300 perkataan,

jadi selalu ada sedikit penyederhanaan.

Anda akan sentiasa mencari senarai penyelidikan dan sumber-sumber kami

dan bahan bacaan lanjut dalam penerangan video.

Hanya menyebut sumber sahaja tidak membuat kerja anda tepat atau penyelidikan anda tidak cukup baik.

jadi kami menggalakkan anda untuk menggunakan dokumen sumber kami sebagai titik permulaan

untuk melihat topik itu sendiri dan belajar lebih lanjut.

Tetapi, ia akan menjadi tidak jujur ​​untuk dikatakan bahawa kita selalu bekerja dengan cara ini.

Sesetengah video-video lama tidak mengikut kepada piawai yang kita tetapkan hari ini.

Antara yang paling menganggu kita adalah video-video Pelarian dan Ketagihan.

Dalam kedua-dua video tersebut, kami tidak cuba untuk membentangkan perspektif yang seimbang,

tetapi sebaliknya memilih untuk ambil dan abaikan perkara-perkara penting

Video Pelarian dibuat dengan perasaan yang mendalam kekecewaan marah tentang dunia

pada titik tinggi krisis pelarian 2015.

Walaupun kami berhujah diatas kuota, kami menerima banyak kritikan.

Skrip itu ditulis pada satu petang Ahad,

kemudian membuat ilustrasi dan animasi dalam masa seminggu.

Ia sangat meletihkan, sangat tertekan, dan sangat susah.

Kami masih percaya ia adalah keputusan yang betul untuk negara-negara Eropah untuk membantu,

tetapi ia benar-benar tidak perlu untuk marah mengenainya.

Kami menghina orang, dan menolak kebimbangan mereka mengenai cabaran yang nyata dan mendalam.

Video itu dibias dan beremosi,

pada ketika perdebatan memerlukan gambaran yang tenang dan jelas.

Video Ketagihan hanya berdasarkan satu sumber

yang telah mengumpulkan banyak kritikan selama ini.

Dan, malangnya, kami tidak meminta saintis,

atau melakukan penyelidikan tambahan, pada kertas kerja yang menjadi asas untuk tesis video itu.

Bahawa, ketagihan adalah semata-mata psikologi dan berdasarkan pada keadaan kehidupan individu.

Pendirian ini masih dipegang oleh beberapa pakar ketagihan,

dan kami tidak kata ianya salah,

tetapi banyak yang lain tidak bersetuju,

dan tidak betul untuk membentangkannya sebagai “kebenaran”.

Ketagihan adalah jauh daripada diselesaikan dan video kami sepatutnya mencerminkannya,

dan bukan mengambil satu pihak.

Kami terlalu mempermudahkan idea,

bahawa ia membuat cerita yang menarik, tetapi menjadi berat sebelah.

Kedua-dua video itu dibuat selama dua bulan,

dan mereka adalah dua daripada video paling berjaya kami setakat ini.

Kami telah menemui formula yang benar-benar berfungsi

Tetapi kita tidak pernah membuat apa-apa seperti mereka lagi,

dan telah membincangkan cara untuk berurusan dengannya untuk jangka masa yang lama.

Ia tidak membantu bahawa kedua-dua video ini disukai oleh ramai orang.

Kami mahu bangga dengan kerja kami,

dan kedua-dua video ini tidak membuat kita bangga.

Jadi, pada hari ini, kami memadamkannya.

Ia tidak akan membersihkan mereka dari Internet,

tetapi itu bukan matlamat kami pun.

Jangan ragu untuk memuat naiknya di tempat lain.

Kami sedang merancang video ketagihan baru

bahawa kami akan menekankan pada punca-punca kimia dan psikologi.

Kami akan memerhatikannya dengan penuh teliti, jadi tolonglah bersabar.

Video pelarian tidak lagi relevan, jadi kami tidak akan membaharuinya.

Kami juga akan memeriksa video lama kami untuk menambahkan sumber,

bacaan lanjut, dan komen dalam beberapa bulan akan datang.

Pada masa kini, daripada mempercayai institusi arus perdana,

kami sering melihat pereka-pereka di Internet untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai.

Kami bergantung kepada mereka bahawa mereka adalah seorang yang jujur dan munasabah

dan bukan tamak oleh insentif kewangan.

Dan kami mengharapkan mereka mengakui kesilapan kepada orang ramai, dan berusaha untuk meminimumkannya.

Jadi, inilah yang akan kami lakukan:

Amanah bukanlah perkara yang anda peroleh sekali sahaja dan kemudian menyimpan selama-lamanya.

Anda perlu sentiasa berusaha untuknya.

Jadi bolehkah anda percayakan Kurzgesagt?

Anda boleh percaya bahawa setiap video yang kami hasilkan diselidik dengan teliti dan diluluskan oleh pakar yang berbeza.

Anda boleh mempercayai bahawa kami tahu bahawa kami mempunyai sikap berat sebelah, dan kami cuba mengatasinya.

Kami mahu menggerakkan lagi Kurzgesagt ke arah akhir spektrum yang boleh dipercayai.

Dunia terlalu rumit untuk jawapan mudah, dan kita tidak mahu menjadi orang-orang yang memberikan kepada mereka.

Membuat video-video ini sepanjang enam tahun lepas memang menyeronokkan, dan kami sangat bersyukur kepadanya.

Kami berharap anda akan bersama kami untuk beberapa tahun akan datang juga.

Dan sertailah kami dalam perjalanan kami untuk mengetahui tentang kehidupan-kehidupan di alam semesta ini.

Terima kasih kerana menonton.