Semua yang perlu anda tahu tentang Planet Bumi. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Planet bumi adalah tempat tinggal bagi setiap kehidupan..

yang kita ketahui dalam alam semesta ini.

Usianya hampir 1/3 daripada usia alam semesta,

dan perlu diakui,

ia planet yang sangat indah.

Bentuk sferanya agak termampat, dengan berteras logam berat,

dan kerak permukaan yang ringan,

ia diselaputi lapisan udara nyaman untuk dihidu,

dengan lautan yang luas,

dataran tanah subur,

gunung-ganang yang megah,

sungai yang segar, denai, tasik dan akuifer,

mengelilingi bintang yang memberikan haba pada kita,

dan memberi kita tenaga.

Tetapi bagaimana tempat tinggal kita ini mula wujud,

dan daripada apakah ia terbentuk?

4.6 billian tahun lampau,

Bumi dibentuk daripada saki-baki bintang mati

yang bergumpal dalam awan debuan gas gergasi.

Awan gas ini menjadi padat di tengahnya,

dan membentuk cakera akresi.

Partikel-partikel kecil mula bergumpal,

lalu membentuk objek yang lebih besar,

sehingga membentuk objek yang kita kenali sebagai “Planet” hari ini.

Proses ini mengambil masa 10 ke 20 juta tahun,

dan ia masih belum difahami dengan lengkap.

Pada masa itu, semasa sistem suria ini masih muda dan bercamuk,

satu objek gergasi, sebesar planet Marikh,

bertembung dengan tempat tinggal kita.

Hentamannya sangatlah kuat,

malah, jika objek itu lebih besar lagi,

ia mampu menghancurkan Bumi.

Serpihan berkecai dari Bumi memasuki lingkaran orbit,

lalu membentuk Bulan,

iaitu satelit terbesar, berbanding saiz planet asalnya, dalam sistem solar ini.

Pada waktu itu, Bumi amatlah panas, bagaikan neraka..

ia sering dihentam asteroid,

dengan lautan dari lahar,

dan atmosfera yang toksik.

Tetapi, keadaan akan mula berubah dengan mendadak.

Bumi mula menyejuk.

Air dari bawah bumi

mengalir ke permukaan dan menghujani Bumi,

kemudian menyejat semula untuk membentuk awan.

Berjuta-juta asteroid membawa banyak lagi air ke planet kita.

Keseluruhan air di Bumi, hanyalah sebanyak ini.. berbanding saiz Bumi.

Hari ini,

permukaan Bumi diliputi 71% air,

dan 29% tanah.

97.5% daripadanya ialah air masin

manakala hanya 2.5% ialah air tawar.

Air Tawar pula terdiri daripada 69% ais dan salji,

30% air bawah tanah,

dan hanya 1% air di permukaan tanah.

Tetapi bahagian sedikit ini pun kebanyakannya terbeku.

Hanya sebahagian kecil sahaja terdiri daripada tasik dan sungai.

dan lebih sedikit lagi terkandung dalam benda-benda hidup.

Jadi, bumi pun makin menyejuk,

dan permukaan membentuk kerak yang nipis.

Tetapi di dalam bumi, batuan panas terus berpusar

menggerakkan kerak dari bawah dan memecahkannya.

Proses ini dinamakan “Plat Tektonik”

dan ia sedang berlaku sekarang.

Kami akan buat video lain tentangnya satu hari nanti.

Buat masa sekarang,

anggaplah kerak Bumi ini terdiri daripada

plat-plat gergasi yang boleh bergerak.

Bila ia berlanggar, ia jadi remuk dan membentuk gunung-ganang tinggi.

ATAU:

menghentam dan terbenam jauh ke dalam Bumi,

membentuk jurang yang dalam.

Begitulah tempat tertinggi di muka Bumi dibentuk, iaitu Gunung Everest,

dan lurah paling dalam, iaitu Jurang Mariana.

Dari pandangan kita,

Gunung-ganang dan jurang Bumi nampaknya memang besar,

namun jika melihat keratan rentasan Bumi,

kamu dapat lihat betapa kecilnya ia sebenarnya.

Bahagian yang kita berdiri sekarang, ialah keraknya.

Ia hanyalah setebal 50km,

namun ada yang berbeza dari 5 hingga 70 kilometer.

Oh ya,

lubang yang paling dalam pernah digerudi manusia..

hanyalah sedalam 12.262 kilometer.

Di bawah kerak pula adalah mantel.

Ia adalah suatu cengkerang batuan silikat

yang setebal 2,900 kilometer.

Mantel pula terdiri daripada lapisan mantel atas dan mantel bawah.

Mantel atas terdiri daripada beberapa kawasan.

Bahagian atas yang likat dan menampung lapisan kerak

dinamakan “Litosfera.”

Di bawahnya pula ialah lapisan “Astenosfera”

yang kurang likat dan kebanyakannya berunsur pejal.

Mantel bawah menjunam terus ke teras luar Bumi.

Teras luar Bumi terdiri daripada lapisan cairan besi dan nikel

yang tebalnya 2,266 kilometer.

Suhunya berubah dari 4,000℃ (7,232℉)

ke 5,700℃ (10,292℉).

Di pusatnya ialah teras dalaman.

Ia bersifat pepejal,

bentuk bebola yang terdiri daripada aloi nikel-besi,

yang jejarinya sekitar 1,200 kilometer,

atau 70% daripada saiz bulan,

dan suhunya seperti permukaan matahari.

Ia sedang membesar dengan perlahan

pada kadar sekitar 1mm setahun.

Sekarang, untuk perspektif berbeza,

lihat pada lapisan nipis ini yang terhablur daripada leburan mantel -

inilah tempat tinggal kita.

Sekarang, mari melihat medan magnetik Bumi.

Ia adalah fenomena halimunan

yang menangkis partikel bertenaga tinggi daripada matahari dan sumber-sumber lain,

bagi mewujudkan persekitaran stabil

dengan hentaman radiasi minima pada permukaan bumi

Tapi kenapa ia wujud?

Sebenarnya, kita tak berapa tahu tentang itu.

Kita tahu ia ada kena mengena dengan teras Bumi.

Di dalam sfera besi ini,

arus elektrik kuat mengalir dalam corak kompleks.

Ini menghasilkan medan magnetik

yang kekal stabil mengikut hukum termodinamik.

Keseluruhan sistem ini dinamakan “Dinamo.”

Namun, jangan fikir kita sudah memahami fenomena ini.

Bercakap tentang maklumat yang luas,

bagaimana pula dengan udara di sekeliling kita ini?

Berdasarkan isipadu,

udara kering amnya terdiri daripada Nitrogen,

Oksigen,

Argon,

Karbon,

wap air dengan jumlah berubah,

dan jumlah kecil gas-gas lain.

Manusia amat bergantung kepada lapisan atmosfera paling bawah:

Troposfera - Lapisan yang bercuaca.

Ia amnya setebal 12 kilometer.

Di atasnya ialah Stratosfera,

tempat lapisan Ozon melindungi kita

daripada sinaran matahari yang paling berbahaya.

Di atasnya ialah Mesosfera - tempat paling sejuk di bumi.

dengan suhu purata sekitar -85℃ (-121℉)

Pada sekitar 80 kilometer ke atas, Thermosfera bermula.

Peralihan ke angkasa agak telus, tanpa sebarang sempadan jelas.

namun manusia menetapkan yang angkasa lepas bermula di sini

Pada sekitar 100 kilometer, Bumi tamat, dan angkasa lepas bermula,

Namun atmosfera sebenarnya menjangkau agak jauh sedikit.

Di kawasan ini, kita temui Ionosfera,

alunan aurora borealis,

dan ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa)

dan lapisan paling luar ialah Exosfera,

menjangkau sehingga 10,000 kilometer.

Ia bergabung terus dengan angkasa lepas,

di mana tidak wujud apa-apa atmosfera.

Atom dan molekul di sini sangat terpisah,

ia boleh bergerak beratus-ratus kilometer..

tanpa bertembung antara satu sama lain.

OK.

Manusia, dalam bentuk terkini,

hanya telah wujud selama 200,000 tahun.

  • iaitu selama 0.004% usia Bumi.

Tak lama mana pun,

Dan sekarang, kita menghuni,

di dalam lapisan nipis lembap, di atas batu kecil basah.

Kita panggil batu ini - Bumi.

Ia merupakan hasil kerja terperinci alam semesta,

hasil daripada proses penciptaan dan penghancuran yang berterusan,

terjadi di sekitar alam semesta, pada setiap masa,

diberikan peluang,

hukum alam semesta dan peristiwa-peristiwa rawak,

kita amatlah bertuah.