Video
Transkripsi
Setiap saat dalam hidup kita menghadapi ancaman.
Berjuta-juta bakteria, virus dan kulat sedang mencuba menjangkiti tubuh anda.
Oleh itu, tubuh kita telah membentuk angkatan tentera yang sangat kompleks
berintikan ahli pertahanan, askar, perisik, pembekal peluru,
dan system komunikasi untuk melindungi anda dari… putus hayat.
Untuk video ini, kami akan menganggap sistem imun hanya ada 12 tugasan.
Contohnya, membunuh musuh, berkomunikasi, dan sebagainya…
Serta mempunyai 21 jenis sel dan dua angkatan protein.
Sel-sel ini mempunyai setakat empat tugasan sahaja.
Jika ditetapkan,
Hubungan antara sel adalah seperti berikut:
Seterusnya, informasi ini diubahsuai supaya mudah difahami.
Pertama, kita akan menambah warna untuk setiap tugasan.
Kedua, sel-sel juga diillustrasi
Warna di tengah sel menunjukkan tugasan utama sel berikut,
manakala warna di sekeliling sel merupakan tugasan tambahannya.
Kini, sistem imun kelihatan sebegini.
Dan hubungan antara sel-sel.
Tidakkah kerumitan ini mengujakan?
=P
Untuk video ini, kami hanya berbincang tentang sel-sel ini. Yang lain diabaikan.
Justeru apakah yang berlaku jika berlaku jangkitan?
“Kurzgesagt” : “Secara Ringkas”
Alangkah indahnya hari, namun tiba-tiba anda cedera akibat sebutir paku berkarat.
Pertahanan pertama sistem imun anda telah ditembusi: kulit anda.
Bakteria berdekatan merampas peluang dan memasuki bahagian luka
ianya mula menggunakan sumber nutrien dalam tubuh kita
mengakibatkan bilangannya berganda lebih kurang setiap 20 minit.
Pada mulanya, mereka tidak dikesan,
tetapi bilangannya mencapai suatu tahap di mana tingkah lakunya berubah
dan mereka mula merosakkan tubuh dengan mengubah-suai persekitaran mereka
Sistem imun perlu langkas menghentikan aktiviti mereka.
Pertamanya, sel pertahanan (makrofaj) akan mencampur tangan
Mereka adalah sel besar yang melindungi setiap sudut sempadan badan
Kebanyakkan situasi, mereka bersendirian boleh menghentikan serangan
oleh kerana kebolehan setiap sel ini menelan sekitar 100 penyerang sekaligus
Mereka menelan secara menyeluruh dan menangkap penyerang dalam membran
Bakteria seterusnya dicerna enzim dan dihapuskan sekaligus
Tambahan pula, mereka merupakan punca keradangan
akibat pesanan kepada salur darah untuk melepaskan air
untuk memudahkan pertahanan menyerang.
Anda dapat lihat ini sebagai bengkak pada tubuh.
Apabila makrofaj telah lama berperang, mereka memanggil pasukan sandaran
secara melepaskan protin komunikasi berintikan info lokasi dan kecemasan
(Neutrophiles) meninggalkan laluan rondaan salur darah dan memasuki medan perang
(Neutrophiles) ini berperang secara begitu bersungguh sungguh sehinggakan
sel sel sihat juga turut dibunuh sekali
Tambahan juga, dinding pertahanan dibentuk yang dapat menangkap dan membunuh bakteria
Justeru mereka begitu membawa maut hingga mereka akan membunuh diri
selepas lima hari untuk menghalang terlebih melakukan kerosakan.
Jika ini masih tidak mencukupi untuk menghentikan serangan,
pihak perisikan sistem imun bertindak.
Sel (Dendritic) diaktifkan
Mereka bertindak-balas mengikut isyarat tentera lain
dan mula mengumpul sampel dari pihak musuh
yang dijadikan cebisan yang kecil dan dipaparkan pada lapisan luarnya
Kini sel (Dendritic) membuat sebuah keputusan yang penting:
Adakah mereka memanggil pihak anti-virus untuk menghapuskan sel yang dijangkiti?
Ataupun pihak pembunuh bakteria?
Untuk situasi berikut, pasukan pembunuh bakteria diperlukan.
Mereka menuju ke nod limfa terdekat dalam masa sekitar sehari.
Di sini, Berjuta-juta sel bantu-T dan pembunuh-T sedang mennunggu
Apabila sel T dilahirkan, mereka manjalani
proses latihan sukar dan rumit, yang hanya satu suku bilangannya kekal
Sel yang kekal dilengkapi persediaan yang tertentu.
Seterusnya sel (Dendritic) dalam perjalanan
mencari sel bantu-T dengan persediaan yang berkaitan
apa yang dicari ialah sel bantu-T yang berkait dengan bahangan penyerang
serupa dengan cebisan yang dipapar pada sekeliling membran sel Dendritic
Apabila satu dijumpai, sebuah tindakbalas berantai berlaku
Sel bantu-T diaktifkan
dan mula membuat beribu-ribu salinan
Ada di antara mereka menjadi sel ingatan-T yang kekal di dalam nod limfa
dan akan menjadikan anda imun dari penyerang ini
Sebilangan mereka pula begerak ke medan perang untuk membantu
Yang lain berpindah ke pusat limfa
untuk mengaktivasi sebuah kilang senjata berkuasa tinggi.
Serupa dengan sel-T, mereka dilahirkan dengan ciri-ciri tertentu
Apabila sel-B dan sel-T dengan ciri serupa bertemu, huru-hara berlaku:
Sel-B menyalin secara pesat serta mula membuat berjuta-juta senjata kecil
Mereka berusaha begitu keras sehinggakan mereka tamat riwayat dengan cepat.
Di sini, sel bantu-T juga memainkan peranan penting
Mereka merangsang kilang yang bertungkus-lumus dengan berperihal:
“Jangan berputus asa! Kami masih memerlukan anda! Teruskan Berjuang!”
Ini juga memastikan bahawa kilang ini dihapuskan setelah jangkitan tamat
supaya badan tidak membasirkan tenaga atau mencederakan sendiri.
Namun apakah yang dihasilkan oleh sel-B?
Mungkin anda sudah mendengar tentang mereka: antibodi.
Protin-protin kecilan yang dibentuk untuk
mengikat pada permukaan penyerang yang specifik.
Terdapat pelbagai jenis antibodi
yang mempunyai tugasan yang belainan setiap satu.
Sel bantu-T memberitahu sel plasma jenis mana yang diperlukan
untuk serangan ini.
Berjuta-juta antibodi membanjiri saluran darah dan menepukan badan.
Sementara itu, di zon jangkitan, situasi semakin mengerikan.
Penceroboh telah bertambah padu dan mula menyakiti tubuh badan.
Sel pertahanan dan tentera menyerang bertungkus lumus, tetapi juga mati
Sel bantu-T memberi sokongan
dengan menyuruh mereka menjadi lebih agresif, dan untuk hidup lebih lama.
Tetapi tanpa bantuan, mereka tidak dapat mengatasi pasukan bakteria. T_T
Namun kini, pasukan kedua pertahanan telah tiba.
Berjuta-juta antibodi membanjiri medan perang,
menghentikan penceroboh, atau mematikan ahli mereka.
Mereka juga melumpuhkan bakteria, menjadikan mereka sasaran mudah.
Anggota mereka dibina untuk mengikat pada sel pembunuh
supaya mereka mudah berikat dengan penceroboh, dan membunuh mereka.
Makrofaj sangat berkesan untuk melumpuhkan bakteria
yang terikat dengan antibodi tersebut.
Kini kelebihan telah bertukar pihak.
Secara usaha berpasukan, jangkitan ini telah dihapuskan.
Kini, berjuta sel tubuh telah mati
Tidak apa, kehilangan ini mudah dan cepat dialih-ganti.
Kebanyakkan sel imun kini hilang tugasan, dan tanpa isyarat berterusan,
mereka membunuh diri, supaya tidak membazir sumber badan.
Tetapi ada di antara mereka yang kekal: Sel ingatan.
Jika musuh sama bertemu sekali lagi, mereka sudah bersedia
dan kali ini boleh membunuhnya sebelum anda menyedarinya pun.
Ini adalah ringkasan yang sangat dipermudahkan
tentang bahagian dan tindakan sistem imun
Bolehkah kalian bayangkan sekadar mana rumitnya sistem ini?
Walaupun pada tahap ini kami mengabaikan begitu ramai ahli dan semua bahagian kimia
Kehidupan merupakan suatu yang amat merumitkan
Namun jika kita meluangkan masa untuk memahaminya
Kita akan menemui keajaiban dan keindahan yang tidak terhingga… =)
Sari kata oleh komuniti Amara.org