Bolehkah telefon anda menyakiti anda? Pencemaran elektromagnetik. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Elektrik ada di sekeliling kita sepanjang masa.

Ia menjadikan kehidupan kita lebih mudah, lebih selamat, lebih seronok,

dan kebanyakan daripada kita tidak memikirkan tentangnya.

Tetapi adakah keadaan di mana terlalu banyak elektrik?

Bolehkah perkara yang merupakan asas kepada dunia moden

perlahan-lahan menjadi pembunuh kita?

Sebelum kita menyelam lebih dalam,

mari kita cuba fahami apa itu elektrik,

dan bagaimana ia memberi kesan kepada kita.

Elektrik adalah pergerakan caj elektrik.

Gerakan ini menjana Medan Elektrik dan Magnetik

yang tersebar melalui ruang dan membawa tenaga.

Kita panggil fenomena ini: Radiasi Elektromagnet.

Radiasi adalah satu perkataan yang membuatkan orang menjadi khuatir.

Tetapi, radiasi hanya bermaksud, “mengeluarkan”.

Seperti apabila pemanas di rumah anda mengeluarkan haba

dalam bentuk sinaran inframerah.

Bahagian yang berlainan di spektrum elektromagnet

bertindak balas dengan jenis sinaran yang berbeza.

Dan, kebanyakannya adalah tidak berbahaya.

Tetapi sesetengah daripadanya boleh menjadi berbahaya.

Radiasi dengan jarak gelombang singkat

seperti Cahaya UV, Sinaran X, dan Sinaran Gamma

cukup kuat untuk merobek elektron daripada atomnya,

yang boleh menyebabkan luka terbakar dan kerosakan genetik.

Inilah apa yang ramai orang fikirkan apabila mereka mendengar istilah “radiasi”.

Spektrum selebihnya meliputi pelbagai jenis jarak gelombang

dari cahaya yang boleh dilihat, Infra Merah,

Gelombang Mikro, hingga ke Gelombang Radio.

Inilah jenis radiasi yang yang dipancarkan oleh pelbagai teknologi manusia.

Telefon bimbit, penghala Wi-Fi,

kabel elektrik, dan perkakas rumah.

Radiasi ini tidak mengganggu molekul dalam badan kita.

Walau bagaimanapun, sesetengah jenis radiasi boleh merangsang otot dan saraf

dan juga boleh membuat rambut di badan anda bergetar,

yang kadang-kadang boleh menyebabkan rasa meremang

jika ia mencapai nilai-nilai tertentu.

Jenis lain pula berguna untuk memasak makan malam.

Ketuhar gelombang mikro membuat molekul air dalam makanan anda bergetar

yang membuat ia menjadi panas.

Ini berlaku kepada kita sepanjang masa.

Sebagai contoh, rasa hangat yang anda rasa di pantai

adalah kulit anda menjadi panas kerana terdedah

ke radiasi inframerah elektromagnet dari matahari.

Kita dikelilingi oleh sumber semula jadi, dan secara umumnya tidak berbahaya,

sumber radiasi elektromagnet pada setiap masa

dan sejak dari dulu.

Tetapi, sejak Revolusi Perindustrian,

kita telah menambah lebih banyak kepada persekitaran kita.

Persoalan sama ada ia sebenarnya berbahaya

mula-mula mendapat perhatian ramai apabila kajian pada tahun 1979

mengaitkan leukemia dengan mereka yang tinggal berhampiran talian elektrik.

Tetapi, kajian tersebut telah pun diragui.

Kaitan keduanya tidak dapat dijelaskan

dan tidak ada hubungan secara langsung dapat disahkan.

Tetapi apabila ia telah dibangkitkan, idea ini kekal.

Dan beribu-ribu kajian mengenai kemungkinan bahaya

menggambarkan bahawa ia masih dilihat sebagai ancaman sebenar.

Ramai orang mendakwa yang mereka menjadi sensitif kepada radiasi yang

datang dari perkakas kita dan telefon bimbit.

Mereka melaporkan simptom seperti sakit kepala,

loya, tindak balas kulit,

sakit mata, atau keletihan.

Tetapi itu hanyalah kesan yang dilaporkan secara harian.

Beberapa kajian lain telah mendapati keputusan yang membimbangkan.

Seperti, kemungkinan kaitan di antara sisi otak,

yang biasa digunakan orang apabila mereka menggunakan telefon,

dan kemunculan tumor otak.

Persoalan yang sains cuba untuk menjawab,

bukannya tentang kesan-kesan mendadak dari radiasi.

Kita tahu, sebagai contoh,

sinaran X menyebabkan kerosakan serta-merta kepada DNA dalam sel anda

tetapi itu tidak berlaku dengan gelombang radio.

Soalannya yang sebenar:

Apakah sinaran elektromagnet lemah yang selalu ada di sekeliling kita

berbahaya dalam jangka masa panjang

akibat daripada beberapa mekanisme yang belum diketahui?

Untuk menjawab soalan ini adalah jauh lebih sukar

daripada yang mula-mula kita fikirkan.

Terdapat beribu-ribu sumber utama,

laporan dan kenyataan yang dilaporkan oleh organisasi yang berbeza-beza.

Jadi, kami membaca banyak sumber untuk video ini.

Anda boleh merujuk kajian kami dalam keterangan video.

Apa yang kita dapati adalah perdebatan ini ialah contoh yang baik

bagaimana sains harus disampaikan atau tidak.

Banyak kajian yang dilaporkan yang menimbulkan panik

mengenai radiasi elektromagnet

adalah sangat kontroversi.

Sebagai contoh,

satu siri kajian populasi berdasarkan tinjauan dan laporan sendiri.

Ini bermakna, sebagai contoh,

meminta pesakit tumor otak berapa banyak penggunaan telefon mereka

dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Masalahnya ialah ingatan orang tidak boleh dipercayai.

Kita cenderung untuk terlupa atau boleh dipengaruhi dengan mudah.

Selain itu,

kajian atau laporan media

mungkin memilih penemuan yang paling sesuai dengan pendapat mereka

atau untuk tajuk yang paling menarik perhatian.

Sebagai contoh,

kajian terhadap kanser pada tikus besar dan tikus kecil dari radiasi telefon bimbit.

Keputusan seolah-olah menunjukkan ada kaitan.

Tetapi, atas sebab tertentu, hanya dalam tikus besar jantan.

Dan, tiada langsung pada tikus kecil.

Tetapi ia dilaporkan seolah-olah kajian ini membuktikan

yang radiasi telefon bimbit menyebabkan kanser.

Malangnya, ini adalah kes untuk kajian

dengan kedua-dua penemuan positif dan negatif mengenai isu tersebut.

Satu lagi aspek, WHO sendiri mengklasifikasikan secara rasmi

medan frekuensi radio sebagai berkemungkinan karsinogenik.

Tetapi apa maksud ia yang sebenarnya

adalah terdapat beberapa petunjuk yang ia mungkin menyebabkan kanser,

tetapi kita tidak boleh membuktikannya, dan kita akan terus mengawasi.

Jadi, jika kita zum keluar sedikit, apakah gambaran besar?

Pada keseluruhannya,

tidak ada bukti yang konsisten dalam kajian manusia

yang radiasi elektromagnet di bawah had nilai pendedahan

boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Terdapat beberapa hubungan statistik

tetapi ia kebanyakannya lemah dan tidak konsisten.

Jika terdapat apa-apa hubungan kesan yang jelas

kita akan tahu sekarang daripada semua data yang kita ada.

Jadi, berdasarkan sains pada keadaan sekarang,

patutkah anda bimbang tentang radiasi daripada komputer riba anda,

atau telefon bimbit, atau TV?

Jawapannya tidak.

Anda tidak perlu risau.

Tetapi bagaimana pula dengan orang-orang

yang mengatakan ia memberi kesan kepada diri mereka?

Kajian menunjukkan mereka mungkin mengalami apa yang dikenali sebagai Kesan Nocebo.

Jika anda sakit kepala dan tiba-tiba berasa lebih baik

apabila anda mematikan komputer riba anda,

anda mungkin melihat hubungan antara kedua-dua perkara tersebut.

Setelah anda membuat anggapan ini,

idea tentang radiasi yang lemah boleh membawa kemudaratan kepada anda

boleh menjadi perkara yang sama dapat memudaratkan anda.

Mudah untuk memperkecilkan orang-orang seperti ini;

Sebahagian besar daripada mereka berasa mereka tidak dipandang serius,

yang menjadikan keadaan lebih buruk bagi mereka.

Mereka perlu diberikan sokongan.

Tetapi, ia penting untuk sedar, setakat ini,

kami tidak mempunyai bukti kukuh

yang elektrik di bawah had selamat memberikan kesan negatif kepada manusia.

Dalam ekonomi berdasarkan pemerhatian dalam kehidupan kita sekarang,

bercakap tentang bahaya yang tiada bukti kukuh

boleh membuatkan kita mengabaikan perkara lain yang boleh memudaratkan kita.

Sebagai contohnya:

Pencemaran udara luar dikaitkan dengan 4.2 juta kematian pramatang setiap tahun,

dan pastinya sesuatu yang boleh memberi kesan yang nyata pada kita hari ini.

Namun, untuk membuat masyarakat berasa selamat, dan hanya untuk kepastian,

terdapat beberapa kajian jangka panjang yang sedang dijalankan.

Sebagai contoh, kajian Cosmos yang akan melihat

kesan kesihatan dari penggunaan telefon bimbit

dengan mengukur kekerapan dan tempoh panggilan telefon dengan tepat.

Tetapi sementara kita menunggu untuk kajian jangka panjang ini berakhir,

terdapat banyak lagi masalah mendesak untuk diberikan tumpuan.