Video
Transkripsi
Dianggarkan terdapat 10 000 bintang untuk setiap butir pasir di Bumi, di alam semesta yang boleh dilihat
Kita tahu mungkin terdapat bertrilion-trilion planet
Jadi di manakah semua makhluk asing?
Iniah dia Paradoks Fermi
Jika ingin tahu lebih lagi, tonton bahagian pertama
Di sini, kita akan melihat penyelesaian untuk Paradoks Fermi
Jadi adakah kita akan dimusnahkan atau masa hadapan yang gemilang menanti kita?
Penjelajahan angkasa adalah payah. Walaupun boleh, ia merupakan sebuah cabaran untuk menjelajah bintang lain
Jumlah bahan yang banyak diperlukan dan dihantar ke orbit untuk dipasang semula
Sebuah perjalanan yang mungkin mengambil beribu-ribu tahun perlulah mempunyai populasi yang besar
Dan planet tersebut mungkin ‘indah khabar dari rupa’
Ia terlalulah sukar untuk membina kapal angkasa yang mampu melangsungkan kehidupan sewaktu perjalanan itu
Dan penjajahan antara bintang mungkin agak mustahil untuk diambil kira
Dan tentang masa, alam semesta adalah sangat tua
Di Bumi, hidupan muncul sekurang-kurangnya 3.6 bilion tahun
Hidupan manusia pintar muncul kira-kira 250 000 tahun lepas
Tetapi dalam masa satu abad kita mempunyai teknologi berkomunikasi dalam jarak yang jauh
Mungkin terdapat empayar makhluk asing yang agung yang menjangkaui beribu-ribu sistem dan wujud sejak jutaan tahun
dan kita mungkin terlepas mereka
Mungkin terdapat runtuhan yang megah yang dibawa arus di dunia yang jauh
99% daripada semua spesies di Bumi telah pupus
Ini sangatlah mudah untuk berdebat yang takdir kita mungkin selepas ini ataupun lambat lagi
Hidupan bijak mungkin berkembang dan bertebaran di beberapa sistem dan mati berulang-ulang kali
Tetapi tamadun galaktik mungkin tidak bertemu
Jadi, mungkin terdapat pengalaman yang menyatukan hidupan di alam semesta untuk melihat bintang dan memikir “Di mana semua orang?”
Tetapi tidak ada sebab untuk beranggapan bahawa makhluk asing adalah seperti kita
dan logik kita diaplikasikan terhadap mereka
Mungkin cara berkomunikasi kita adalah terlalu lapuk dan ketinggalan zaman
Bayangkan, berada di rumah dengan pemancar Morse, anda kerap menghantar mesej tetapi tiada yang menjawab
dan anda merasakan sunyi, mungkin kita tidak dapat dikesan untuk spesies pintar
dan kita akan kekal demikian sehinggalah kita dapat berkomunikasi dengan betul
Dan jika kita bertemu dengan makhluk asing, kita mungkin terlalu berbeza untuk membolehkan kita untuk memahaminya
Bayangkan tupai yang terpandai
Walaupun anda cuba dengan keras, anda tidak mampu menerangkan masyarakat kita kepadanya
Daripada pandangan tupai, sebatang pokok diperlukan oleh makhluk sofistikated sepertinya untuk hidup
Jadi dia belajar bahawa menebang hutan ialah satu kegilaan tetapi kita menebangnya bukanlah sebab kita membenci tupai
Kita hanyalah menginginkan sumbernya
Harapan dan kelangsungan hidup tupai bukanlah penting untuk kita
Terdapat tiga cara peradaban yang memerlukan sumber yang mungkin mengancam kita dengan cara yang sama
Mereka mungkin hanya menyejatkan lautan-lautan kita untuk mengutip apa-apa benda yang diperlukan dengan mudah
Salah satu makhluk asing mungkin berfikir “Ughh, mereka membina struktur konkrit yang cantik tetapi sudah mati pun”
sebelum melancarkan ‘warp speed’
Tetapi jika ada tamadun di sana yang ingin menghancurkan spesies lain
ini mungkin disebabkan budaya dibandingkan dengan ekonomi
Apa-apa pun, ia akan menjadi lebih efektif untuk mengautomasikan proses untuk membina senjata yang sempurna
sebuah prob angkasa yang mereplikasi dirinya dibuat daripada mesin nano
Yang beroperasi pada tahap molekul yang pantas dan membawa maut
dengan kuasa untuk menyerang dan menghapuskan segala-galanya dengan sekelip mata
Anda hanya perlu memberi mereka empat arahan
Pertama, cari sebuah planet dengan kehidupan
Kedua, cerakinkan segala-galanya menjadi bahagian komponen
Ketiga, gunakan sumber-sumbernya untuk membina prob angkasa yang baharu
Keempat, ulang
Mesin kiamat seperti ini mampu menjadikan galaksi untuk kehilangan kehidupan selama beberapa juta tahun
tetapi kenapakah anda perlu berjalan selama bertahun-tahun cahaya untuk mendapatkan pelbagai sumber dan melakukan pembunuhan beramai-ramai
Kelajuan cahaya bukanlah laju sangat
Jika seseorang boleh merentasi dalam kelajuan cahaya, dia masih memerlukan 10 000 tahun untuk merentasi Bima Sakti sekali
dan anda mungkin merentasi lebih perlahan
Mungkin terdapat perkara yang menyeronokkan daripada memusnahkan tamadun dan membina empayar
Sebuah konsep yang menarik seperti ‘Matrioshka Brain’
Sebuah megastruktur mengelilingi sebuah bintang
sebuah komputer yang mengkomputerkan tenaga yang seluruh spesies mampu memuat naik kesedaran mereka dan wujud di simulasi alam semesta
Secara potensinya, seseorang mampu mengalami kegembiraan yang asli tanpa dilahirkan atau sedih selama-lamanya, sebuah kehidupan yang sempurna
Jika dibina di bintang kerdil merah, komputer ini mampu dijana selama 10 trilion tahun
Siapakah yang ingin menakluk galaksi atau berinteraksi dengan hidupan lain jika ini adalah pilihannya
Semua penyelesaian Paradoks Fermi mempunyai satu masalah
Kita tidak tahu sempadan teknologi kita
Kita mungkin berdekatan dengan hadnya atau langsung belum lagi
Dan superteknologi menanti kita
memberikan kita keabadian, membawa kita ke galaksi lain dan menaikkan pangkat kita kepada tahap teragung
Satu benda yang perlu kita tahu ialah kita tidak tahu apa-apa pun
Manusia telah ‘membelanjakan’lebih daripada 90% daripada kewujudannya sebagai pemburu-pengumpul
500 tahun lepas kita ingat bahawa kita berada di tengah-tengah alam semesta
200 tahun lalu kita berhenti menggunakan manusia sebagai sumber tenaga
30 tahun lalu kita mempunyai senjata pemusnah yang mengarah terhadap satu sama lain kerana perselisihan politik
Dalam skala waktu galaktik kita hanyalah embrio
Kita telah jauh tetapi perjalanaan kita masih jauh lagi
Pemikiran yang mengatakan kita berada di tengah-tengah alam semesta masih kuat dipercayai
jadi, ini sangatlah mudah untuk mengandaikan andaian dengan sombongnya tentang kehidupan di alam semesta
Tetapi akhirnya, terdapat satu cara untuk menemuinya, betul tak?
Hei semua, kami sudah ada subreddit sendiri
Dibuat untuk kaji selidik, perbincangan tentang video lain, pertanyaan yang kerap ditanya dan perkara seperti itu
Video ini dihasilkan dengan berjaya atas sokongan anda di Patreon.com
Jika anda menginginkan kami membuat lebih banyak video atau mendapatkan avatar burung sebagai balasannya, pergilah ^^
Subtitles by the Amara.org community