Video
Transkripsi
Terdapat 3 sebab mengapa kita perlu meneruskan penggunaan tenaga nuklear
Pertama : Tenaga nuklear menyelamatkan nyawa
Pada 2013, sebuah kajian yang dilakukan NASA menemui bahawa tenaga nuklear mencegah
kira-kira 1.8 juta kematian
Jika anda memasukkan angka kematian daripada tragedi Chernobyl dan Fukushima
tenaga nuklear berada di tempat terakhir untuk kematian per unit tenaga dihasilkan
Sisa nuklear amat bertoksik dan disimpan di sesetengah tempat
sementara itu, hasil sampingan bahan api fosil dipam ke udara
yang kita bernafas hari-hari
Jadi dengan mengurangkan jumlah pembakaran bahan api fosil, banyak kes kanser
atau penyakit peparu dan kemalangan di lombong arang batu dapat dielakkan
dan jika kita pilih antara pelbagai bahan berbahaya yang ditanam di dalam lubang yang dalam
dan pelbagai bahan berbahaya yang dipam ke udara
yang pertama kedengaran lebih logik
Tenaga nuklear masih berbahaya juga
Sebuah peristiwa buruk membakar ingatan kita tetapi arang batu dan minyak membunuh dengan senyap
Seperti kadar kematian disebabkan memandu dengan penerbangan
Dalam senario terbaik, ia mengambil sekurang-kurangnya 40 tahun untuk menukar
kepada 100 peratus tenaga boleh diperbaharui
Jadi selagi kita terus menggunakan bahan api fosil, tenaga nuklear dapat
menyelamatkan banyak nyawa lebih daripada kemusnahan
Kedua : Tenaga nuklear merendahkan kadar pembebasan karbon dioksida
Tenaga nuklear boleh dikatakan kurang berbahaya kepada alam sekitar
dalam kes perubahan iklim berbanding dengan bahan api fosil, sumber tenaga utama kita
Sejak 1976, kira-kira 64 gigatan pembebasan gas rumah hijau
tidak dipam ke luar kerana tenaga nuklear
Dan pada pertengahan abad ke-21, jumlahnya boleh ditambah dengan 80-240 gigatan
Penggunaan tenaga oleh manusia meningkat dengan tetap
Menurut unjuran daripada pentadbiran AS, China sahaja akan menambahnya bersamaan dengan
sebuah stesen janakuasa arang batu yang menjana 600 megawatt dibina pada setiap 10 hari untuk 10 tahun akan datang
China telah membakar 4 bilion arang batu pada setiap tahun
Arang batu adalah murah, bekalannya sangat banyak dan mudah didapati
Jadi, tidak mungkin manusia akan berhenti menggunakannya
Tenaga nuklear mungkin sebuah cara untuk melembapkan kesan perubahan iklim
dan mencegah bencana buatan manusia seperti pemanasan global
Berbanding dengan setiap perkara yang dilakukan, tenaga nuklear sangatlah bersih
Jadi, walaupun ia merupakan idea yang baik untuk menghentikan tenaga nuklear dalam jangka masa yang panjang
ia mungkin penyelesaian yang baik untuk ratusan tahun akan datang
berbanding dengan alternatif lain
Ketiga : Teknologi baharu
Mungkin teknologi akan menyelesaikan masalah sisa nuklear dan kuasa bahaya
Reaktor nuklear yang digunakan adalah ketinggalan zaman
kerana inovasi nuklear dihentikan pada 1970-an
Terdapat pelbagai model seperti reaktor thorium
yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah
Thorium boleh didapati dengan mudah dan sukar untuk dijadikan senjata nuklear
dan peringkat magnitud untuk pencemaran adalah lebih rendah daripada reaktor nuklear sekarang
Sisanya mungkin berbahaya untuk beberapa ratus tahun
berbanding sehingga beberapa ribu tahun
1 tan thorium dianggarkan boleh membekalkan tenaga yang sama dengan
200 tan uranium dan 3.5 juta tan arang batu
Kami tidak tahu dengan lebih lagi jika alternatif teknologi nuklear
mampu mengotakan janjinya, patutnya kita menjalankan lebih banyak penyelidikkan
sebelum kita terlepas sebuah peluang untuk menyelesaikan pelbagai masalah manusia?
Ia bukanlah cabaran yang mudah tetapi tidak memberhentikan kita
Jadi, patutkah kita menggunakan tenaga nuklear?
Terdapat pelbagai risiko yang diharungi sewaktu manusia berusaha keras
dan kita perlu membuat keputusan yang tepat daripada bergantung kepada gerak hati
Jika ingin mendengar perdebatan dari sudut lain
atau pengenalan ringkas berkaitan tenaga nuklear, klik di sini