Kelebihan penduduk - Ledakan manusia dijelaskan. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Tidak pernah lagi dalam sejarah, terdapat begitu ramai orang di Bumi seperti hari ini.

Bilangan kita telah mencanak naik, dari 1 bilion pada tahun 1800, ke 2.3 bilion pada tahun 1940, 3.7 bilion pada tahun 1970, dan 7.4 bilion pada tahun 2016.

Populasi dunia bertambah empat kali ganda seabad yang lalu, apa boleh dijangka bagi abad seterusnya?

Apa ertinya pertumbuhan populasi kepada masa depan kita?

Mungkinkah berlakunya penghijrahan beramai-ramai?

Kawasan setinggan yang terlalu padat dan bandar gergasi melitupi benua-benua?

Penyakit dan pencemaran?

Huru-hara dan sengketa bagi dapatkan tenaga, air, dan makanan?

Spesies manusia bertekad untuk kepentingan sendiri sahaja?

Adakah pertumbuhan populasi akan memusnahkan cara hidup kita?

Atau adakah ramalan ini hanya panik tanpa asas?

Pada 1960-an pertumbuhan populasi mencecah kadar tidak terjangka.

Yang membawa kepada ramalan kemusnahan.

Yang miskin akan beranak-pinak dan berasak-asak masuk ke negara-negara maju.

Lahirnya legenda ’lebihan populasi'.

Namun, kadar kelahiran tinggi dan letusan populasi tidak kekal bagi sesetengah budaya atau negara.

Tetapi sebahagian daripada proses empat langkah yang dlalui di seluruh dunia.

Perubahan Demografik.

Kebanyakan negara maju telahpun melalui perubahan tersebut, sementara negara-negara lain sedang melaluinya sekarang.

Mari ke abad ke-18, apabila seluruh dunia termasuk Eropah di peringkat pertama perubahan demografik.

Menurut piawaian hari ini, Eropah lebih teruk daripada kawasan membangun, merana akibat kekotoran, makanan dan perubatan yang teruk.

Ramai yang lahir, tetapi yang mati juga sama ramai, maka populasi tidak bertumbuh.

Wanita ada antara 4 hingga 6 orang anak, tetapi hanya 2 orang yang dapat jadi dewasa.

Kemudian, Revolusi Industri bermula di UK dan membawa perubahan terbesar dalam kualiti hidup manusia semenjak Revolusi Pertanian.

Penduduk berubah daripada menjadi petani kepada pekerja.

Barangan dihasilkan dalam jumlah besar dan mudah didapati.

Sains berkembang dan meningkatkan pengangkutan, komunikasi dan perubatan.

Peranan wanita dalam masyarakat berubah, dan mewujudkan suasana yang membebaskan mereka.

Secara perlahan perkembangan ekonomi ini tidak hanya hasilkan kelas pertengahan, tapi juga meningkatkan taraf hidup dan kesihatan bagi populasi pekerja miskin.

Peringkat kedua perubahan bermula.

Bekalan makanan, kebersihan, dan perubatan yang lebih baik, bererti kurangnya kematian sepanjang masa, terutamanya pada usia muda.

Hasilnya ialah letusan populasi.

Menggandakan populasi UK antara 1750 dan 1850.

Sebab utama keluarga terdahulu ada ramai anak adalah kerana hanya sedikit yang akan hidup.

Itu telah berubah, lalu peringkat ketiga perubahan mengambil alih.

Makin sedikit bayi dilahirkan, dan pertumbuhan populasi menjadi perlahan.

Akhirnya keseimbangan tercapai, kurang kematian dan kurang bayi dilahirkan, maka kadar kematian dan kelahiran menjadi stabil.

Britain telah memasuki peringkat keempat Perubahan Demografik.

Perkara ini tidak hanya berlaku di UK, makin banyak negara sedang melalui empat peringkat tersebut.

Pertama, banyak kelahiran dan kematian akibat suasana kehidupan yang teruk.

Kedua, suasana kehidupan lebih baik meyebabkan kurang kematian dan letusan populasi.

Ketiga, kurang kematian menyebabkan kurang kelahiran, dan pertumbuhan populasi berakhir.

Tapi jika kadar kelahiran telah jatuh sebegitu, mengapakah populasi masih berkembang pesat?

Kanak-kanak yang lahir pada letusan populasi 70-an dan 80-an kini mempunyai anak masing-masing.

Membawa kepada kenaikan ketara kepada keseluruhan populasi.

Tetapi mereka memiliki kurang anak secara purata berbanding ibu bapa mereka.

Purata hari ini ialah 2.5 orang, dulunya 5 orang 40 tahun yang lalu.

Ketika generasi ini semakin tua, dan kadar kesuburan jatuh, kadar pertumbuhan populasi terus berkurang.

Ini benar bagi semua negara.

Di Barat, kami cenderung untuk mengabaikan perkembangan di bahagian dunia yang lain.

Sebenarnya kebanyakan negara-negara dunia telah memasuki peringkat keempat.

Lihatlah Bangladesh. Pada 1971, wanita puratanya ada 7 orang anak, tetapi 25% akan mati sebelum usia 5 tahun.

Pada 2015, kadar kematian turun ke 3.8% dan seorang wanita hanya ada 2.2 orang anak secara purata.

Inilah peraturannya, bukan pengecualian. Kami [negara-negara maju] bukanlah istimewa, kami cuma bermula awal.

Negara maju mengambil masa hampir 80 tahun untuk mengurangkan kesuburan daripada lebih dari 6 orang anak, kepada kurang dari 3 orang.

Negara lain sedang mengikut pantas. Malaysia dan Afrika Selatan lakukan dalam hanya 34 tahun, Bangladesh hanya perlu 20 tahun.

Iran dapat lakukannya dalam 10 tahun.

Negara-negara ini tidak perlu bermula dari bawah dan lebih banyak sokongan yang mereka peroleh, lebih cepat mereka mengejarnya.

Sebab inilah program-program yang bantu kurangkan kadar kematian kanak-kanak atau bantu negara miskin membangun adalah amat penting.

Walau apa pun motivasi anda, sama ada anda impi dunia yang semua orang hidup bebas dan kaya, atau anda mahu kurang pelarian masuk ke negara anda.

Kebenaran yang ringkas adalah, ia bermanfaat kepada anda secara peribadi jika penduduk di sebelah sana boleh hidup dengan baik.

Kita menuju ke arah itu, peratusan orang yang hidup miskin melarat tidak pernah serendah hari ini.

Maka, masa hadapan pertumbuhan populasi global bukanlah ramalan kemusnahan, tetapi satu harapan!

Pertumbuhan populasi akan berakhir.

PBB meramalkan bahawa bayi ke-12 bilion tidak akan lahir sama sekali.

Sementara kemajuan dunia berterusan, bilangan orang berpendidikan tinggi akan bertambah 10 kali ganda.

Negara-negara yang pernah memerlukan, akan membantu membawa kemajuan pula.

Lebih ramai orang akan bererti lebih ramai orang untuk memajukan spesies kita.

Video ini hasil kerjasama Max Roser dan ourworldindata, beliau meneroka kemajuan manusia melalui kajian dan pengamatan data.

Jangan lupa melawatnya!

Pada 2016 kami dapat hasilkan kandungan yang lebih banyak dan lebih baik kerana sokongan anda di Patreon.com.

Terima kasih tidak terhingga dan kami akan kembali pada tahun 12,017.