Membina sebuah Marsbase adalah idea yang mengerikan: Mari kita lakukan! | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Dari padang pasir yang bermusuhan, ke pulau-pulauan sunyi dan gunung-ganang tertinggi,

di mana sahaja terdapat ruang untuk berkembang, manusia juga berbuat demikian.

Jadi, ia tidak menghairankan bahawa kita sudah membuat persiapan

untuk mendarat ke Marikh,

dan membangunkan koloni kekal di luar Bumi –

mungkin juga mengubah planet lain dan menjadikannya rumah biru kedua.

Tapi tunggu dulu,

sebelum kita melihat benda-banda masa depan yang cantik.

kita perlu selesaikan fasa penjajahan kedua terlebih dahulu;

iaitu mewujudkan sebuah pangkalan luar separa kekal

untuk menyediakan tapak bagi kehadiran manusia yang lebih ramai.

Tetapi berbuat demikian akan menjadi mengerikan.

Walaupun untuk spesies pengembangan seperti kita, Marikh adalah ekstrem.

Pada pandangan pertama, Marikh kelihatan biasa -

kutub ais, lembah besar,

air cecair di bawah permukaannya,

dan sehari tidak lebih lama daripada Bumi.

Tempat yang sesuai untuk kita pergi.

Malangnya, Marikh sebenarnya adalah padang pasir radioaktif yang sejuk

di mana tanahnya beracun dan pernafasan adalah mustahil.

Marikh memang teruk.

Anda hampir pasti tidak mahu pergi ke sana.

Perintis melakukan kerja keras di Marikh akan mempunyai kehidupan yang sangat tertekan,

dipenuhi dengan masalah yang sangat mencabar

tidak pernah ditemui sebelum ini.

Tetapi ada banyak orang yang sanggup untuk melakukan kerja tersebut.

dan kami mempunyai teknologi untuk membolehkan mereka melakukannya.

Untuk video ini, kami akan menganggap ada misi sebelum ke Marikh

untuk meninjau tempat yang baik untuk pangkalan luar.

menyimpan sumber-sumber dan peralatan,

dan sudah ada pangkalan bulan

yang berfungsi sebagai hab untuk misi-misi Marikh.

Cabaran utama pertama untuk pangkalan luar kita,

adalah hakikatnya bahawa planet Marikh mempunyai tenaga yang sangat sedikit.

Kerana jaraknya dari Matahari,

kuasa solar hanya 40% berkesan berbanding di Bumi.

Tetapi, walaupun cahaya matahari yang lemah ini sering dikaburkan selama beberapa hari

oleh ribut debu yang besar.

Kuasa solar sahaja mungkin tidak cukup.

Alternatif-altenatif seperti tenaga angin, dan tenaga geoterma juga tidak boleh dilaksanakan

kerana tidak terdapat sebarang suasana dan dalaman Marikh terlalu sejuk.

Pada mulanya, teknologi nuklear mungkin satu-satunya pilihan.

Sejak Marikh tidak ada unsur radioaktif yang mudah diakses,

bahan api nuklear perlu datang dari Bumi bersama dengan reaktornya.

Sekiranya kita memasangnya, ia boleh membekalkan tenaga untuk pangkalan kecil kita untuk beberapa tahun pertama.

Malangnya, semua tenaga itu tidak akan sangat berguna jika kita tidak boleh bernafas.

Atmosfera Marikh hanya 1% sepadat Bumi,

dan sebahagian besarnya terdiri daripada karbon dioksida.

Oleh itu, habitat perlu diberikan tekanan udara dan diisi dengan atmosfera buatan

diperbuat daripada nitrogen dan oksigen -

Yang mendatangkan dengan lebih banyak masalah.

Penjuru-penjuru dan dinding rata adalah titik lemah

jadi habitat akan berbentuk bulat dan rata

untuk mengatasi tekanan perbezaan tekanan yang kuat antara pedalaman dan luaran.

bilik sendat udara perlu sangat kedap udara dan berfungsi dengan sempurna setiap masa.

Tanpa magnetosfera yang luas, atau atmosfera yang padat,

separuh daripada semua radiasi yang datang dari angkasa mencapai ke tanah.

Seseorang di permukaan akan dikenakan hingga 50 kali radiasi yang mereka akan berada di Bumi.

Tiga tahun di permukaan Marikh melebihi had-had dos radiasi

dikenakan kepada angkasawan NASA untuk keseluruhan kerjaya mereka.

Ini akan meningkatkan risiko kanser dengan ketara.

Untuk mengelakkannya, kita boleh melindungi habitat kita dengan lapisan karbon dioksia beku yang tebal,

yang boleh diperolehi terus dari atmosfera.

Meliputi ais kering dengan semeter tanah, akan meningkatkan lagi tahap perlindungan.

Malangnya, ini bermakna tiada tingkap diperlukan.

Dari dalam, kebanyakan ruang tamu akan menjadi terowong tanpa jendela.

Dari luar, ia akan kelihatan seperti gundukan perkuburan.

Semua ini tidak akan melindung dari semua radiasi,

tetapi mengurangkannya untuk dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Walau bagaimanapun, ia tidak akan melindungi sesiapa yang meneroka di luar.

Jadi, robot kawalan jauh akan digunakan untuk kerja rutin di permukaan,

sementara kru-kru kita tinggal di dalam.

Menginap di dalam adalah idea yang baik untuk sebab yang lain:

Debu Marikh.

Ia lebih halus daripada habuk di Bumi,

jadi ia boleh mencari jalan ke dalam gear atau bahagian elektronik mesin kita.

Kerana ia juga sangat kering, ia sangat berelektro-statik;

melekat pada semua benda, seperti sut angkasa.

Ia mustahil untuk mengelakkan dari membawa banyak debu Marikh ke dalam habitat kami,

dan ke dalam paru-paru kru kami.

Lebih teruk lagi, tanah Marikh dipenuhi dengan garam perklorat yang sangat toksik.

Pendedahan berterusan boleh membawa maut.

Masalah ini masih dapat diatasi.

Sut angkasa, sebagai contoh, boleh dibuat dengan cara bahawa mereka tidak pernah masuk ke pangkalan,

tetapi tetap diletakkan diluar habitat.

Okey, bagus.

Sekarang kita telah mengasingkan manusia dengan selamat dari segi tenaga dan udara,

dan melindungi mereka daripada kanser, kita hanya perlu memberi makan kepada mereka.

Air mudah didapati jika penempatan ditempatkan berhampiran kutub-kutub Marikh

dengan lapisan ais tebalnya.

menanam tumbuhan adalah jenis cabaran yang berbeza.

Tanah Marikh adalah beralkali

dan kekurangan sebatian nitrogen penting yang tumbuh-tumbuhan untuk tumbuh

Sebelum kita boleh tumbuh apa-apa, kita perlu membasmi tanah

tetapi sukar dan mahal.

Kemudian, tanah boleh dibajakan dengan menggunakan sisa biologi kitar semula.

Semua ini akan mengambil banyak masa, dan sangat memakan tenaga.

Jadi, kita mungkin menggunakan kaedah akuaponik untuk menternak dan menanam ikan dan tumbuhan bersama -

Membuat diet angkasawan lebih pelbagai dan lazat pada masa yang sama.

Ini akan menjadi rangsangan psikologi yang penting untuk kru yang berkerja keras.

Semua perkara ini tidak menyelesaikan satu masalah asas:

Marikh hanya mempunyai 38 peratus graviti permukaan Bumi,

yang boleh menyebabkan pembaziran otot, kehilangan tulang, dan masalah kardiovaskular.

Walaupun ini mungkin diselesaikan pada masa akan datang dengan membina ruang hidup berputar,

Buat masa ini, kru kita terpaksa hidup dengan graviti yang rendah

dan banyak bersenam untuk melambatkan kemerosotan ke bawah.

Kru mungkin akan berulang-alik setiap beberapa tahun,

selepas terjebak di dalam bangunan dalam ruang yang ketat tanpa sebarang tingkap.

Dengan orang yang sama, melakukan rutin yang sama sehari-hari

dengan sedikit hubungan dari dunia luar,

dan banyak untuk dibimbangkan.

Seperti saintis Antartika atau kakitangan kapal selam,

mereka akan menjalani pemeriksaan psikologi yang sengit

untuk memastikan mereka berdaya tahan mental untuk mengendalikan gaya hidup ini selama beberapa tahun.

Mewujudkan infrastruktur sebenar yang pertama di Marikh akan menjadi kerja yang sangat mahal

bahawa hanya sekumpulan orang yang sangat berazam, dan kompeten, boleh lakukannya.

Mujurlah, kita mempunyai cukup orang-orang macam ini di Bumi.

Dan itulah dia!

Pangkalan Marikh yang kecil yang akan bertahan sekurang-kurangnya beberapa dekad -

selagi ia mendapat bekalan sumber yang berterusan,

bahagian, bahan api nuklear, dan kru-kru dari Bumi.

Malangnya, Marikh dan Bumi dipisahkan oleh berjuta-juta kilometer

dan tempoh orbit yang meninggalkannya hanya ruang perjalanan sempit setiap dua tahun.

Sekiranya ada kecemasan di koloni,

Bumi tidak dapat membantu sehingga ruang perjalanan seterusnya akan dibuka.

Pembantu boleh tiba di planet dipenuhi dengan mayat.

Menetap di Marikh akan menjadi cabaran yang paling sukar yang pernah kita hadapi.

Ia akan menjadi kerja yang mengerikan untuk ditubuhkan infrastruktur yang kita perlukan.

Tetapi kita degil, dan kita suka cabaran yang melampau.

Sekiranya kita melepasi Fasa Kedua penjajahan, apa-apa yang boleh dilakukan.

Bandar menyinari malam marikh yang gelap,

hab bagi perjalanan diantara planet,

industri-industri mula menetap di orbit,

dan membentuk masa depan berbilang planet yang sejati.

Pergi ke Marikh adalah sukar tetapi memang berbaloi.

Dan jika kita bernasib baik, kita mungkin dapat hidup cukup lama untuk melihatnya berlaku

dan bersorak kepada orang-orang yang mengambil cabaran ini

untuk manfaat kita semua.

Memahami perkara kompleks adalah salah satu perasaan yang terbaik.

Terutamanya jika anda tidak perlu untuk melakukannya sendiri.

Rakan-rakan kami dari Brilliant boleh membantu anda dengan bahagian itu!

Brilliant adalah laman web penyelesaian masalah dengan pendekatan terus.

Daripada hanya memaparkan konsep yang rumit di hadapan anda,

mereka membantu anda membongkar mereka sedikit demi sedikit dan membina kesimpulan yang menarik.

Dengan cara ini, sains menjadi sesuatu yang anda melakukan secara aktif, dan bukan hanya mendengar tentangnya.

Dengan Brilliant, anda boleh menanggung

pada berpuluh-puluh kursus dan teka-teki yang menarik mengenai topik,

seperti tenaga solar, graviti, dan astronomi.

Sekiranya anda melawat brilliant.org/nutshell, atau klik pautan dalam keterangan,

anda boleh mendaftar secara percuma dan belajar pelbagai perkara.

Dan, sebagai bonus untuk penonton Kurzgesagt,

688 orang pertama juga akan mendapat 20% daripada keahlian tahunan mereka!

Dengan Brilliant, anda menyelesaikan hari anda sedikit lebih bijak.

Dan, tiada habuk Marikh untuk dirisaukan.

Kami janji!

Nak tahu lebih banyak tentang Marikh?

Kami juga membuat poster mengenainya.

Anda boleh belajar lebih banyak lagi mengenai kesusahan penjajahan Marikh,

atau hanya melihat warna yang cantik.

Dapatkannya disini!