Video
Transkripsi
Bayangkan satu zaman ketika pembakar roti anda
bersedia dengan jenis roti bakar yang anda mahukan
Pada hari itu,
ia melayari Internet untuk mencari jenis roti bakar
yang baru dan menarik dan mungkin menanya
anda tentang hari anda dan mahu bercerita
tentang kaedah dan teknologi
roti bakar terbaru. Pada peringkat manakah ia menjadi
seperti orang? Ketika anda tertanya-tanya
jika pembakar roti itu ada perasaan.
Jika ya, adakah menarik wayarnya dikira membunuh,
dan adakah anda masih mahu memilikinya?
Mungkinkah suatu hari nanti kita akan dipaksa memberi
mesin kita, hak?
AI [Kebijaksanaan Buatan] sudahpun berada di sekeliling anda.
Ia memastikan kaunter-kaunter ini terisi dengan
cukup jajan.
Ia menghidangkan anda iklan Internet yang patut,
dan mungkin anda telahpun membaca
sebuah artikel yang ditulis sepenuhnya oleh mesin.
Sekarang kita melihat ‘kotak berkata’ seperti Siri
dan mentertawakan simulasi perasaannya yang
primitif, tetapi mungkin kita akan
berurusan dengan makhluk-makhluk yang
sukar untuk dibezakan antara kemanusiaan yang
benar dan dibuat-buat.
Adakah wujud mesin yang
mempunyai hak?
Mungkin sekarang belum, tetapi jika ia ada,
kita belum bersedia untuknya. Kebanyakan
falsafah hak adalah tidak cukup berguna untuk
menguruskan kes-kes kebijaksanaan
buatan. Kebanyakan tuntutan hak, sama ada
manusia atau haiwan, berkisar tentang
persoalan kesedaran.
Malangnya tiada siapa tahu apakah
itu kesedaran. Ada yang berpendapat ia
bersifat ghaib, ada yang mengatakan ia sifat
jirim, seperti gas atau cecair.
Walau apapun definisi tepatnya, kita ada
pengetahuan keilhaman akan
kesedaran kerana kita mengalaminya.
Kita sedar akan diri kita serta
persekitaran kita dan tahu apakah
rasanya tidak sedar. Beberapa ahli
neurosains percaya bahawa mana-mana
sistem yang cukup maju boleh menjana
kesedaran. Maka jika pembakar roti anda
cukup berkuasa, ia mungkin boleh menjadi
sedar akan dirinya. Jika ia berlaku adakah
ia berhak mempunyai hak?
Tunggu dulu!
Adakah definisi hak yang kita tetapkan dapat difahami olehnya?
Kesedaran memberi makhluk tuntutan ke atas
hak-hak kerana ia mempunyai
kemampuan untuk merana. Ia bermaksud kemampuan
bukan hanya untuk merasa sakit, tetapi sedar akan kesakitan itu.
Robot tidak merana dan mereka mungkin
tidak akan, kecuali jika kita mengaturcaranya.
Tanpa sakit atau puas, tiadalah
pilihan, dan hak menjadi tiada erti.
Hak asasi manusia adalah berkait rapat dengan
pengaturcaraan kita sendiri, contohnya kita tidak suka
kesakitan kerana otak kita berevolusi untuk mengekalkan
hidup kita; menghentikan kita dari memegang api
panas atau membuatkan kita lari dari
pemangsa. Maka kita menghasilkan hak yang
melindungi kita dari kezaliman yang mengakibatkan
kesakitan. Hak yang lebih abstrak seperti
kebebasan adalah berakar umbi dari cara otak kita
tersusun untuk mengesan apa yang adil atau tidak.
Adakah pembakar roti yang tidak dapat
bergerak, peduli jika ia terkurung dalam sangkar?
Adakah ia kisah jika ia diceraikan jika
ia tidak takut mati? Adakah ia peduli
akan hinaan jika ia tidak perlu
keyakinan diri? Tapi bagaimana jika kita mengaturcara
robot-robot itu untuk merasa sakit dan perasaan?
Memilih keadilan di atas kezaliman, kesukaan di atas
kesakitan, dan sedar akan itu? Adakah itu cukup
menjadikan mereka orang?
Ramai ahli teknologi percaya bahawa letusan
teknologi akan berlaku apabila kebijaksanaan
buatan boleh belajar dan membuat kebijaksanaan
buatan mereka sendiri yang lebih
pintar daripada mereka. Setakat ini
persoalan akan cara robot diaturcara
adalah di luar kawalan
kita secara umumnya.
Bagaimana jika satu kebijaksanaan buatan mendapati
ia perlu mengaturcarakan kebolehan untuk
berasa sakit, seperti evolusi biologi
membuatkan ia perlu dalam kebanyakan
makhluk hidup. Adakah robot berhak mempunyai hak itu?
Tetapi mungkin kita patut kurang risau
akan risiko penentangan robot superbijak
ke atas kita dan lebih risau akan bahaya yang
kita akan akibatkan kepada mereka. Identiti manusiawi
kita adalah berdasarkan idea keistimewaan
manusia; bahawa kita adalah cebisan hablur
salji istimewa yang berhak menguasai
dunia semulajadi. Manusia mempunyai sejarah
menolak makhluk lain yang mampu
merana seperti mereka. Pada pertengahan
Revolusi Saintifik, Rene Descartes
berhujah bahawa binatang hanyalah digerakkan, seperti robot
begitu. Maka, mencederakan seekor arnab
adalah sama keji dari segi moral seperti
menumbuk anak patung haiwan;
dan banyak jenayah kejam ke atas kemanusiaan
dipertahan oleh pelakunya atas
dasar bahawa mangsa mereka adalah lebih binatang
daripada orang bertamadun. Lebih bermasalah
adalah kita mempunyai kepentingan
ekonomi dalam menolak hak asasi robot.
Jika kita boleh memaksa kebijaksaan buatan sedar
mungkin melalui program seksaan, menyeksa mereka melakukan
apa yang kita mahu.
Potensi ekonomi adalah tak terhingga!
Kita sudah pernah lakukannya.
Keganasan telah digunakan untuk memaksa manusia
bekerja dan kita tidak pernah mempunyai masalah
dalam mengarang hujah
ideologi.
Tuan abdi berhujah bahawa perhambaan bermanfaat
kepada hamba abdi. Ia memberi mereka tempat berteduh
dan mengajar mereka ajaran Kristian.
Lelaki yang menentang hak mengundi wanita berhujah bahawa
adalah untuk kebaikan wanita dengan membiarkan
keputusan berat ditanggung lelaki.
Peladang berhujah bahawa menjaga haiwan dan memberi ia makan
mmpertahan kematian awal mereka demi
selera pemakanan kita.
Jika robot menjadi sedar,
tidak akan ada kekurangan hujah
bagi mereka yang bertekad robot
patut kekal tanpa hak. Terutamanya dari
mereka yang akan memperoleh untung darinya.
Kecerdasan buatan menimbulkan soalan
serius berkenaan sempadan falsafah.
Apa yang kita tanyakan jika
robot itu sedar atau mempunyai hak,
ia memaksa kita persoalkan perkara asas
seperti apakah yang menjadikan kita manusia
apa yang buatkan kita ada hak.
Apa pun yang kita fikirkan, soalan ini mungkin
perlu diselesaikan dalam jangka masa terdekat.
Apa akan kita lakukan jika robot
mula menuntut hak mereka sendiri?
Apakah yang telah diajar oleh robot yang mahukan hak
tentang diri kita?
Kawan kami di Wisecrack hasilkan satu video yang menjelajah
persoalan ini menggunakan falsafah
Westworld. Wisecrack membedah budaya pop
dengan kaedah yang unik dan berfalsafah.
Klik sini untuk menonton video itu dan
langgan siaran mereka.