Kematian lebah dijelaskan - Parasit, Racun dan Manusia. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Masyarakat manusia adalah sangat kompleks dan rapuh

yang dibina berasaskan pelbagai tiang

Salah satunya ialah lebah madu

Satu per tiga daripada makanan yang dimakan manusia boleh dimakan disebabkan lebah madu

Lebah ini sangatlah penting sehinggakan jika semua lebah mati

ribuan tumbuh-tumbuhan akan turut serta

yang mana boleh membawa kepada kebuluran terhadap jutaan manusia pada tahun-tahun mendatang

Lebah madu mempunyai impak ekonomi yang besar

Nilai dollar tumbuh-tumbuhan yang didebungakan pada setiap tahun

adalah kira-kira $265 bilion

Makanan yang diperoleh akan pupus tanpa mereka

ataupun akan berlakunya penurunan produktiviti secara besar-besaran

Makanan termasuklah epal, bawang, labu dan tumbuhan untuk memberi makan haiwan ternakan

dan ini sangatlah penting untuk susu dan daging kita

Einstein selalu dipetik kata-katanya dengan berkata

“Jika lebah-lebah madu mati, manusia akan mengikutinya beberapa tahun akan datang”

Sebenarnya, beliau tidak pernah berkata demikian

tetapi mungkin adanya sebahagian kebenaran dalam kenyataan tersebut

Ini sangatlah mengganggu, tetapi lebah madu kian menghilang

Berjuta-juta sarang lebah telah mati pada beberapa tahun yang lepas

Penjaga lebah di serata dunia mengalami kerugian 30%-90% setiap tahun disebabkan koloninya

Di AS sahaja, jumlah lebah semakin menurun

Daripada 5 juta sarang lebah pada 1998 kepada 2.5 juta pada hari ini

Sejak 2006, satu fenomena yang dipanggil ‘gangguan keruntuhan koloni’

yang mempengaruhi lebah madu di banyak negara

Dan kami tidak pasti apa puncanya

Yang kami tahu, ia sangatlah serius

Sejak beberapa dekad yang lampau, lebah mengalami serangan musuh yang dahsyat

Parasit yang seperti keluar daripada filem seram seperti Acarapis woodi,

Tungau mikroskopik yang menjangkiti trakea (tiub pernafasan) lebah

Mereka menetas dan menjadikan cecair mangsanya sebagai makanan

yang melemahkan lebah dan hidup di dalam lebah tersebut

ataupun ‘Varroa destructor’, nama yang sesuai kerana mereka boleh membiak

dalam sarang lebah dan merupakan salah satu daripada musuh terhebat lebah

Tungau betina memasuki sel induk sarang lebah dan meletakkan telur-telurnya dalam larva lebah

sebelum ia bertukar menjadi pupa dan

sebelum sarang lebah itu menutupi sel itu dengan lilin lebah

Telur tersebut menetas dan tungau muda dan ibunya menjadikan lebah yang sedang membesar sebagai makanan

dalam sel yang ditutup dengan selamat

Lebah ini bukanlah dibunuh pada peringkat ini, hanya dilemahkan

jadi ia mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengunyah sel penutup

dan membebaskan dirinya dari sel itu

Dengan berbuat demikian, ia membebaskan ibu tungau beserta anaknya daripada sel

untuk bebas merebak ke seluruh sarang

memulakan proses dalam sebuah kitaran kira-kira 10 hari

Jumlahnya berkembang dengan pesat dan setelah beberapa bulan

Ini membawa kepada kejatuhan seluruh sarang lebah

Setelah berada di luar sel, tungau dewasa akan menyedut cecair badan lebah

dan melemahkan mereka

Mereka juga memburukkan keadaan dengan menyebarkan virus-virus yang membahayakan lebah

yang membawa kepada kecacatan kelahiran seperti sayap yang tidak berguna

Tetapi ada juga ancaman lain seperti virus dan kulat

Dengan keadaan yang normal, fenomena ini sepatutnya boleh diurus

dan tidak cukup untuk menerangkan

jumlah kematian lebah yang sangat buruk

Sejak racun serangga diperkenalkan

Racun yang berbahaya kepada lebah-lebah

Neonikotinoid, satu keluarga kimia yang serupa dengan nikotin

telah diluluskan pada awal 1990-an sebagai alternatif untuk bahan kimia lain seperti DDT

Ia menyerang serangga dengan menyerang sistem sarafnya

Pada hari ini, ia ialah racun serangga yang kerap digunakan di dunia

Secara global, jualannya mencatat €1.5 bilion pada 2008

mewakili 24% daripada pasaran dunia untuk racun serangga

Pada 2013, neonikotinoid digunakan di AS untuk kira-kira 95% tanaman jagung dan kanola

dan juga untuk pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran

seperti epal, ceri, pic, oren, beri, sayur berdaun, tomato, kentang

emping bijiran, beras, kekacang, anggur dan banyak lagi

Lebah-lebah bersentuhan dengan toksin

apabila mengutip debunga ataupun melalui air yang tercemar

lalu membawa bahan-bahan tersebut ke dalam sarangnya

di mana ia boleh berkumpul dan membunuh seluruh koloni dengan perlahan

Toksin-toksin itu membahayakan lebah dengan pelbagai cara yang dahsyat

Dengan dos yang tinggi, ia membawa kepada kekejangan, kelumpuhan dan kematian dengan pantas

Tetapi dengan dos yang sedikit, ia boleh membawa maut

Mungkin menyebabkan lebah untuk melupai cara untuk mengemudi

jadi lebah terbang dengan melulu, hilang arah dan mati keseorangan, terpisah daripada sarangnya

Jika ini selalu berlaku, sesebuah sarang mampu kehilangan kebolehan untuk mengekalnya

Kita tahu bahawa neonikotinoid berbahaya kepada lebah-lebah

dan kita memerlukan sebuah alternatif dengan segera

tetapi ini memerlukan berbilion-bilion dollar untuk merealisasikannya

Kajian yang ditaja oleh industri kimia muncul dengan magik untuk merealisasikan

kimia yang mempunyai kadar toksik yang rendah untuk lebah, berbanding dengan saintis bebas

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kematian lebah-lebah ini

seperti keseragaman genetik, tanaman tunggal

kadar nutrisi yang rendah disebabkan banyaknya populasi, tekanan disebabkan aktiviti manusia

dan racun serangga yang lain

Setiap faktor ialah masalah terbesar untuk lebah

tetapi bersama-sama membawa masalah kejatuhan koloni

Dengan peningkatan parasit-parasit sejak berdekad-dekad yang lalu

lebah-lebah madu kini bertaruh nyawa untuk kelangsungan hidup

Akan berlaku kekacauan jika mereka kalah

Terdapat teka-teki yang perlu diselesaikan untuk kita terus hidup

dengan kelimpahan relatif dan kepelbagaian makanan

Kemanusiaan mempunyai hubungan dengan Bumi dan hidupan lain

walaupun kita berpura-pura bahawa kita tidak pernah

Kita perlu prihatin terhadap perkara-perkara di sekeliling

jika tidak mahu mengekalkan keindahan alam, cukuplah sekadar untuk mengekalkan kelangsungan hidup

Video ini disokong oleh Akademi Sains Australia

yang mempromosi dan menyokong kecemerlangan sains

Lihat lagi di .

Ini sangatlah menyeronokan untuk bekerja dengan mereka jadi singgahlah laman mereka

Video kami dihasilkan dengan berjaya atas sokongan anda di .

Baru-baru ini, kami mencapai sebuah pencapaian penting

iaitu akan adanya video tambahan pada Julai

Jika anda ingin menyokong kami dan menjadi sebahagian daripada Tentera Burung Kurgesagt

layarilah ‘page’ Patreon kami

Baru-baru ini, sebuah saluran YouTube, Field Day memberi kami peluang

untuk membuat sesuatu yang berlainan, video pendek tentang Game of Thrones

Lepaklah di saluran mereka!

Subtitles by the Amara.org community