Video
Transkripsi
Apa akan terjadi seandainya negara menyara hidup anda?
Apakah anda akan terus bekerja?
Sambung belajar?
Tidak mahu bekerja?
Apa yang akan anda lakukan?
Konsep ini diberi nama “Universal Basic Income” (Pendapatan asas Universal)
ataupun UBI,
boleh dikatakan buah fikiran kecerdikan sosial
yang paling di cita - citakan di zaman ini.
Pada tahun 2017,
UBI mendapatkan momentumnya di seluruh dunia.
Percubaan pertama sedang berlangsung
atau akan dijalankan tidak lama lagi.
Dan semakin banyak negara - negara yang mempertimbangkan UBI,
sebagai alternatif menuju kesejahteraan.
Bagaimana cara kerjanya.
Dan apakah agenda timbang tara terkait pro dan kontra nya?
Buat masa ini, masih banyak orang tidak terlalu yakin.
Apa sebenarnya UBI? atau seharusnya seperti apa UBI?
Ada segelintir ingin menggunakannya untuk menghapuskan Badan Kebajikan yang sudah ada.
Yang lain mahukannya sebagai tambahan program yang sedia ada.
Lalu ada pula yang menaruh harapan setinggi gunung,
sehinggalah bekerja menjadi hanya satu pilihan.
Pada video ini kita akan menitik beratkan bahasan pendapatan minimum yang diperlukan
untuk melompat dari garis kemiskinan.
Di Amerika Serikat, jumlah yang diperlukan dalam anggaran $1000/bulan
atau $12000/tahun.
Wang tersebut adalah bebas cukai, dan anda boleh belanjakannya
untuk apa sahaja.
Untuk senario ini, UBI menjadi jalan untuk menjernihkan kekayaan masyarakat.
Sambil tetap mempertahankan pasar bebas.
Tapi jika kita memberikan wang secara percuma,
adakah sesetengah golongan hanya akan membelanjakannya untuk bersukaria
dan tak nak bekerja?
Sebuah Bank Dunia melakukan penelitian pada 2013.
Secara mendalam meneliti apakah seorang yang miskin
hanya akan membelanjakan wangnya pada rokok dan arak.
Jika diberi dalam bentuk tunai.
Jawapannya adalah tidak!
Malah sebaliknya.
Penelitian yang lain menunjukkan bahawa semakin kaya seseorang,
semakin tinggi pengambilan dadah dan araknya.
Orang miskin berat tulang dan pemabuk hanyalah sebuah tanggapan,
bukan kenyataan.
Bagaimana dengan yang berat tulang?
Percubaan UBI di Kanada pada 1970
menunjukkan bahawa sekitar 1% penerima berhenti bekerja.
Kebanyakkannya ingin menjaga anak.
Jumlah yang mengurangi masa berkerja kurang dari 10%.
Waktu terluang akan mereka gunakan untuk sambung belajar balik
atau mencari pekerjaan yang lebih kukuh.
Pemalas dan penagih bukan jadi masalah.
Kenapa disaat ini Badan Kebajikan
tidak meleyapkan kemiskinan?
Program Badan Kebajikan atau Badan Pengangguran biasanya menggunakan bermacam cara.
Seperti bersidang dalam perkursusan.
Menawar beberapa peluang kerja didalam sebulan.
lalu perlu redha menerima apa jua jenis pekerjaan pun.
Tanpa peduli akan gaji dan keselesaannya.
Selain menghilangkan kebebasan diri, situasi demikian juga seringkali
menghabiskan banyak waktu dan hanya digunakan untuk
membuat statistik pengangguran menurun.
Waktu anda akan lebih bermanfaat seandainya dihabiskan untuk mencari peluang yang serasi.
Menyambung pembelajaran
ataupun memulakan perniagaan.
Salah satu kesannya dari berbagai program Badan Kebajikan
adalah menjerap individu didalam kemiskinan
serta mengarah perilaku pasif.
Bayangkan keuntungan dari $1000/bulan.
Untuk beraneka program, jika pendapatan anda bertambah $1 sahaja
keseluruhannya akan terambil.
Jika anda bekerja dengan gaji $1200.
Anda tidak hanya kehilangan keuntungan
disebabkan cukai dan kos pengangkutan.
Bila - bila sahaja wang anda akan berkurangan dari sebelumnya.
Seandainya anda secara nekad cuba untuk memperbaiki keadaan
dan jumlah keseluruhan hasil titik peluh anda tidak bertambah malah makin berkurangan.
Badan Kebajikan akan menciptakan kotak yang memerangkap orang didalam kemiskinan
dan menghadirkan perilaku pasif.
Hasil pendapatan tetap tidak akan boleh berkurangan.
Anda perlulah bekerja dan mendapat gaji tambahan
agar taraf hidup anda setingkat lebih baik.
Bekerja wajib memperolehi imbuhan
bukannya menciptakan kotak kurungan, seharusnya yang terbina adalah lantai untuk
berpijak dan berdiri.
Tetapi meskipun UBI adalah model yang lebih baik
dan dibenarkan secara ekonomi,
bagaimana dengan inflasi? Kenaikan harga barangan
hanya akan membuat semuanya balik ke sediakala.
Wang tidak dibuat dengan sihir atau boleh dicetak sewenang - wenangnya.
Wang harus di pinda dari suatu sumber,
lebih kurang seperti pergerakkan dana, bukannya membuat yang baru.
Maka, inflasi tak akan terjadi.
Ok, jadi bagaimana kita melunaskanya?
Tak ada jawaban yang pasti, kerana dunia ini terlalu beragam.
Seelok manapun sesebuah negara, apa nilai hasil tempatannya?
Apakah dengan menaikkan cukai atau memotong belanjawan keselamatan negara
boleh diterima secara politik atau tidak?
Sudah ada berapa banyak Badan Kebajikan yang wujud
dan bagaimana keberkesanannya?
Setiap negara ada jalannya masing - masing menuju UBI
Jalan termudah untuk membiayai UBI
adalah dengan mengakhiri Badan Kebajikan yang ada dan mengalihkan dananya untuk UBI.
Tidak hanya membuat sejumlah badan berkanun negara terbubar,
malah ia sudah pasti menjimatkan belanjawan, tetapi juga
menghapuskan berbagai birokrasi.
Lalu
keadaan boleh memburuk dari sebelumnya.
Jika berniat membuat tempat untuk semua orang berpijak
berbagai program masih diperlukan.
Kerana seperti sebuah negara, manusia pun bermacam ragam.
Cara kedua,
Menaikan cukai, khususnya bagi golongan jutawan
Misalnya di AS, terjadi kenaikan ekonomi tetapi
keuntungan
hanya diperolehi oleh golongan - golongan jutawan sahaja.
Jurang kekayaan semakin melebar, dan
banyak yang berpendapat sudah sampai masanya jurang tersebut
perlu ditimbus untuk membawa kedamaian pada masyarakat.
Cukai boleh dikenakan pada modal transaksi,
nilai bahan, karbon
sehinggalah ke robot.
Tapi UBI tak seharusnya mahal.
Berdasarkan penelitian terbaru
UBI bernilai $1000/bulan di AS
boleh meningkatkan GDP ke nilai 12% dalam 8 tahun kerana
golongan miskin akan semakin konsumtif
dan melonjakkan ekonomi secara keseluruhan.
Bagaimana untuk sektor kerja bawahan?
Siapa yang akan bercucuk tanam, tukang cuci atau mengangkat sebuah piano?
Tak bekerja pun dapat hidup apa lagi kerja sebegini.
Apakah golongan ini masih akan melakukan pekerjaan rumit
dan membosankan?
Dikala UBI boleh memberikan
bantuan kewangan yang menjanjikan dan membuat hidup lebih baik.
Satu penelitian mengira bahawa setiap $1 gaji tambahan bagi pekerja bawahan
akan menambahkan $1.21 pada ekonomi negara.
Sedangkan $1 gaji tambahan untuk warga AS berpendapatan tinggi
ianya akan menambahkan $0.39.
Golongan - golongan bergelar jutawan dan miskin tegar akan tetap ada
tapi kita mampu meleyapkan rasa takut, penderitaan dan kerisauan hidup.
Bagi kebanyakan besar warga,
memicu penduduk berpendapatan rendah agar berkembang
boleh menjadi satu cara perekonomian yang cerdas.
Bagi segelintir orang, yang kurang faham.
Mereka mahu UBI dengan gah
membiayai kehidupan kelas menengah.
Jika kita mengambil kira hingga penghujung, buah fikiran ini secara mendalam
mencabar bagaimana untuk menstruktur masyarakat.
Dengan menghasilkan pendapatan, anda memiliki peluang
untuk menjadi bahagian dari masyarakat. Ini bukan sahaja menentukan
status dan pilihan anda, tetapi juga memaksa sesetengah golongan
untuk meluangkan banyak waktu mengurus
hal - hal yang mereka anggap tidak penting.
Pada 2016 hanya 33% pegawai di AS
yang sibuk bekerja.
16% aktif tapi menderita,
lalu 51% bakinya hanya menghadirkan diri.
Akankah 67% golongan ini akan
berhenti kerja jika memungkinkan?
Tak adil seandainya menganggap kerja sebagai beban semata - mata.
Pekerjaan membuat kita selalu sibuk,
mencabar, dan memotivasi diri untuk terus berkembang.
Memaksa kita untuk bergaul.
Banyak yang menjalin persahabatan atau pasangan kerana kerja.
Kita bekerja untuk bersosial, harta dan kedudukan di dunia.
Kita mencari sesuatu untuk dilakukan dalam hidup kita, dan bagi segelintir orang
pekerjaan memberi mereka “nilai”.
Ada pertimbangan lain tentang UBI,
jika semua program Kebajikan diperolehi dari sumber dana tunggal,
hal ini akan membuat kerajaan mempunyai pengaruh yang besar.
Program individu akan lebih mudah diserang atau di cantas
berbanding yang melibatkan banyak orang.
Atau propaganda menjanjikan perubahan drastis buat UBI agar mampu berkuasa
dan
UBI tidak menghilangkan masalah tentang perjanjian pajak gadai.
Contohnya sewaan,
$1000 sudah cukup untuk dipinggir kota
tapi untuk kawasan kota besar tidak akan mencukupi.
Hasilnya, orang miskin terpaksa berpindah dan perbezaan kekayaan
akan menjadi semakin mengerikan.
Lalu tentu saja bagi orang tertentu
konsep bekerja untuk hidup
tidak begitu penting.
Jadi, apakah UBI adalah idea yang mujarab?
Jawapan jujurnya, kita belum tahu.
Perlukan lebih banyak penelitian dan percubaan.
Perlu difikirkan UBI berwajah apa yang kita inginkan.
Lantas sudahkah kita bersiap sedia berkorban untuk melunaskanya?
Potensinya begitu besar,
UBI boleh menjadi senjata pembenteras kemiskinan secara berlanjutan.
UBI mampu meringankan ketidakupayaan di dunia dan
membuat kita lebih tenang.
Terciptanya video ini adalah hasil dari UBI
yang disumbangkan oleh anda semua, penonton kami.
Berpuluh ribu orang di dunia memberi kami pendapatan bulanan melalui Patreon.com/kurzgesagt
Ia membolehkan kami membayar gaji dan membeli hardware baru.
Memungkinkan anda mencipta lebih banyak video.
Juga memungkinkan kami meluangkan lebih banyak waktu untuk video.
Kurzgesagt tidak akan menjadi seperti sekarang tanpa bantuan anda.
Bantuan anda buat kami kekal bebas dan berterusan
untuk fokus pada kualiti bukan kuantiti.
Setinggi - tinggi terima kasih!