Bagaimana Kita Boleh Membina Pangkalan Bulan Hari Ini - Kolonisasi Angkasa 1. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Manusia bermimpi tentang meninggalkan Bumi dan menjelajah melalui galaksi.

Tetapi kita dilahirkan terlalu awal untuk menjadi sebahagian daripadanya.

Atau adakah kita?

Hakikatnya ialah,

kita boleh memulakan impian kita dengan membina pangkalan Bulan hari ini.

Kita sebenarnya mempunyai teknologi

dan anggaran semasa dari NASA dan sektor swasta

berkata ia boleh dilakukan untuk 20 hingga 40 bilion dolar, dalam lebih kurang satu dekad.

Harganya sebanding dengan Stesen Angkasa Antarabangsa

atau belanjawan lebihan Jerman pada tahun 2017.

Pelaburannya taklah banyak sangat.

Ganjarannya akan menjadi tidak terukur.

Bulan adalah kotak pasir untuk membangunkan teknologi baru dan mengeksploitasi sumber tanpa had.

Ia akan memulakan satu perlumbaan angkasa baru

dan meletakkan asas bagi kita untuk menerokai ke dalam sistem suria dan seterusnya.

Ia akan mewujudkan pelbagai teknologi yang baru untuk memberi manfaat kepada kita di Bumi

dan kita semua akan menjadi sebahagian daripadanya.

Jadi, mengapa kita tidak melakukannya?

Malangnya, ianya sukar untuk mendapatkan kerajaan yang berminat dalam pelaburan jangka panjang di masa depan umat manusia.

Mari bayangkan, lakukan sahaja.

Jika kita bermula hari ini, bagaimana kita akan membina pangkalan Bulan?

Selama berabad-abad,

penjajahan berlaku dalam beberapa fasa:

Dalam fasa pertama zaman penerokaan ke dunia baru, sebagai contoh,

Ekspedisi yang dibiayai raja-raja Eropah untuk merekod dan menemui serta menangkis tuntutan mereka.

Mereka menanam bendera dan menubuhkan sebuah kem, tetapi mereka tidak tinggal secara tetap.

Pada fasa kedua, misi-misi kecil menubuhkan pos dan penempatan ditubuhkan,

yang masih sangat bergantung kepada negara asal mereka untuk bekalan.

Ada yang gagal, tetapi yang lain selamat dan menubuhkan kehadiran kekal.

Hanya ketika itu, dalam fasa ketiga, melakukan bentuk koloni yang benar

yang mana pedagang dan buruh boleh berhijrah,

mewujudkan kekayaan dan peluang baru untuk diri sendiri dan keluarga mereka,

menghantar kembali kekayaan melampau ke negara asal mereka.

Apabila kita menjajah Bulan,

kita akan melalui tiga fasa yang sama.

Kali ini, tanpa membunuh berjuta-juta orang yang tidak bersalah dalam proses tersebut.

Bulan adalah bukan tempat yang mesra untuk makhluk hidup.

Satu hari Bulan berlangsung selama 29 hari Bumi,

dengan perbezaan mungkin 300 darjah Celsius antara cahaya matahari dan teduh.

Tidak ada atmosfera untuk melindungi kita daripada meteorit, besar dan kecil, atau radiasi kosmik.

Lebih buruk lagi, permukaan bulan diselaputi dengan lapisan debu yang berbahaya.

Bulan sangat sukar.

Tetapi kita pandai melakukan perkara yang sukar.

Dalam fasa pertama penjajahan bulan,

penjelajah kami membuktikan ia boleh dilakukan

bahawa dunia baru boleh dicapai.

fasa ini bermula 60 tahun yang lalu dengan misi-misi Apollo.

Sejak itu, satelit seperti American Lunar Reconnaissance Orbiter telah memetakan Bulan,

manakala parayau seperti Yutu Cina, telah mengkaji komposisi permukaan bulan.

Mencari air, ais dan logam.

Fasa pertama lebih kurang sudah selesai.

Kita tahu apa yang perlu kita ketahui untuk memasuki fasa dua.

Pada fasa kedua,

angkasawan akan membina pangkalan bulan pertama dan ini boleh bermula hari ini.

Pangkalan kecil bulan pertama boleh disiapkan dalam satu dekad.

Negara pertama yang menetapkan asas ini,

akan sama dengan negara-negara pertama yang membina pos di dunia baru 500 tahun lalu.

Ianya mahal untuk menghantar roket ke Bulan.

Jadi kita akan hantar sesedikit yang mungkin.

Pangkalan akan menjadi ringan,

sedikit lebih daripada habitat kembung untuk para kru tidak lebih daripada 12,

dan akan ditempatkan di suatu tempat dengan perlindungan semula jadi.

Pilihan termasuk gua, seperti terowong tiub lahar bawah tanah,

atau kawah berhampiran kutub, di mana satu hari adalah selama enam bulan.

Para angkasawan ini tidak akan bertahan lama.

Habitat mungkin akan ditinggalkan seketika sepanjang misi,

kerana panel solar tidak boleh menjana elektrik semasa waktu malam di bulan.

Tetapi mereka akan melakukan kerja asas untuk membolehkan manusia untuk tinggal secara tetap.

Kru pertama kita akan terdiri daripada saintis dan jurutera

yang akan mengkaji komposisi Bulan

dan mengeksperimenkannya untuk mengetahui cara menggunakan bahan lunar yang ada.

Katakanlah menulenkan ais bulan dan memproseskan untuk menjadi air untuk kegunaan manusia.

Dan air adalah lebih penting selain untuk minum.

Mereka boleh menggunakannya untuk mencuba dengan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh untuk makanan.

Sel bahan bakar hidrogen akan menyimpan tenaga sepanjang malam,

memanjangkan hari-hari angkasawan.

Dan yang paling penting:

Ia boleh dibahagikan kepada hidrogen dan oksigen.

Bahan api roket!

Dengan menuai air dari Bulan dan meletakkannya ke orbit,

pangkalan Bulan akan membekalkan depot orbit.

Di mana misi saintifik ke Marikh dan luar sistem suria boleh mengisi minyak.

Berbanding dengan Bumi, ia lebih mudah dan murah untuk mendapatkan sesuatu dari Bulan ke orbit.

Penjajahan Marikh mungkin boleh bermakna bermula dari Bulan.

Tetapi ini bukan koloni sebenar, belum lagi.

Pangkalan akan ditinggalkan jika pendanaan dihentikan.

Jika kita mahu pangkalan kita berkembang menjadi fasa ketiga, ke tanah jajahan yang sebenar,

ia mesti mengekalkan dengan sendiri, menyokong dengan sendiri melalui eksport ke Bumi.

Sekarang, kontraktor swasta sudah tiba untuk menjadi kaya dari sumber dan perkhidmatan sokongan bulan.

Sekiranya ia lebih murah untuk menghasilkan bahan bakar roket di ruang angkasa,

Apa lagi cara yang boleh mereka kaya?

Mereka boleh mengeluarkan logam berharga,

banyak di kawah impak

dan bahan mentah lain dari batu-batuan bulan.

satu kemungkinan besar adalah perlombongan helium-3,

sebuah isotop yang boleh digunakan dalam reaktor gabungan nuklear suatu hari nanti.

sesuatu program penerokaan bulan lunar Cina yang sedang mencari.

Penjajah masa depan boleh mengeksport helium-3 kembali ke Bumi,

menyediakan kita dengan tenaga gabungan yang murah dan bersih.

Asteroid boleh ditarik ke dalam orbit Bulan dan dilombong.

Dengan eksport komersil ke Bumi,

koloni itu sepenuhnya dalam fasa ketiga,

mengekalkan diri dan produktif secara ekonomi.

Pangkalan kita akan mula menggunakan sumber bulan di dalam projek pembinaan, jika ia terus berkembang.

Mujurlah, tanah bulan mempunyai semua bahan yang diperlukan untuk membuat konkrit.

Rig perlombongan robot boleh mengayak debu bulan untuk molekul organik

dan boleh digunakan untuk membina struktur besar

yang terlalu besar untuk dibawa dari Bumi.

Sementara kemajuan dalam percetakan 3D,

akan boleh untuk menghasilkan hampir segala-galanya keperluan kru.

Sukar untuk mengatakan apabila sebuah koloni sudah boleh mengekalkan diri.

Pertumbuhan secara beransur-ansur,

eksperimen digantikan oleh industri

dan penduduk terus bertambah mencapai ratusan,

yang merangkumi lebih daripada sekadar ahli sains.

Jurutera, juruterbang dan kontraktor yang mewakili negara dan syarikat akan hadir.

Dua daripada orang ini akan membuat satu kejayaan.

Tidak saintifik, tetapi sosial.

Mereka akan mempunyai seorang anak luar angkasa yang pertama.

selama bertahun-tahun,

kelahiran anak pertama disambut sebagai saat di mana benih tanah jajahan

akhirnya dan tidak dapat dipulihkan menjadi akar.

Di sini, ia bermakna Bulan bukan hanya tempat untuk saintis dan jurutera untuk bekerja,

ia adalah tempat untuk orang ramai untuk hidup dan membesarkan keluarga.

Apabila peralihan ini berlaku, koloni berkembang pesat,

membina lebih banyak habitat dan sekolah dan ladang dan semua perkara yang diperlukan untuk menyokong penduduk yang semakin meningkat.

Apabila koloni kita berkembang, semua jenis teknologi baru akan dicipta untuk mengekalkannya.

Mereka mungkin membangunkan tanaman yang cekap mengitar semula karbon dioksida,

atau tumbuh dengan air yang sangat sedikit.

Mereka mungkin mencari cara untuk mengitar semula dan menggunakan semula 100% daripada sisa mereka,

teknologi yang sangat berharga untuk Bumi.

Mereka juga boleh membina lif angkasa yang pertama di Sistem Suria.

Dengan lif angkasa, kapal angkasa, angkasawan dan bahan mentah,

boleh dibawa berulang-alik dari orbit bulan, tanpa perlu menggunakan roket sama sekali.

Bulan boleh menjadi hab bagi aktiviti ekonomi pada skala yang sukar dibayangkan sekarang.

Sukar untuk mengatakan siapa yang akan memiliki tanah jajahan pada ketika ini.

Adakah orang pertama dilahirkan di Bulan mengambil identiti kebangsaan ibu bapa mereka,

atau generasi baru akan membangunkan masyarakat bulan yang baru?

Dan apabila ada perjanjian yang membatalkan mana-mana negara daripada memiliki bulan tidak dapat dielakkan ditulis semula,

adakah penjajah akan diberi kata?

Adakah mereka akan mengisytiharkan kemerdekaan dari Bumi?

Walau bagaimanapun ia berlaku,

Bulan adalah kotak pasir yang sempurna untuk belajar bagaimana untuk menjajah sistem Suria,

projek yang sempurna menyatukan negara,

dan satu-satunya cara untuk menjamin kelangsungan hidup kita sebagai spesies,

sekiranya sesuatu yang tragik berlaku di Bumi.

Sekiranya kita mahu menjajah Bima Sakti,

kita perlu bermula di suatu tempat.

Jadi kenapa tidak bermula di sana?

Kenapa tidak mula sekarang?

Walaupun malangnya anda tidak boleh masuk ke kapal angkasa

dan pergi ke Bulan sekarang,

anda boleh mempelajari perkara yang lebih menarik mengenai angkasa dan alam semesta kita.

Dan kami juga dapat membantu anda dengan itu.

Kurzgesagt dan Brilliant bekerjasama dengan siri video enam bahagian

mengenai topik sains dan ruang kegemaran kami.

Kurzgesagt telah bekerja dengan Brilliant untuk sementara waktu sekarang

dan kami suka pada apa yang mereka lakukan.

secara ringkasnya, Brilliant mengajar anda sains dan matematik dengan pendekatan tangan,

dengan menyelesaikan teka-teki sendiri, anda belajar memahami konsep bukan hanya menghafal fakta.

Sekiranya anda ingin berfikir seperti saintis,

layari ke brilliant.org/nutshell dan daftar secara percuma.

698 orang yang pertama menggunakan pautan ini mendapatkan keahlian premium tahunan pada diskaun 20%

dan juga menyokong kerjasama kami dengan Brilliant.