Apakah anda? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Adakah anda badan anda?

Lebih kurang, betulkan?

Tapi, adakah ada sesuatu sempadan apabila hal ini berhenti menjadi betul?

Berapa banyak benda yang boleh dibuang daripada anda sebelum anda berhenti menjadi anda?

Dan adakah soalan ini masuk akal?

Kehadiran fizikal anda adalah diperbuat daripada sel, bertrilion daripadanya,

sekurang-kurangnya 10 kali lebih daripada bilangan bintang di dalam galaksi Bima Sakti.

Sebuah sel adalah satu kehidupan, sebuah mesin yang diperbuat daripada lebih 50 ribu protein yang berlainan.

Ia tidak mempunyai kesedaran, tiada kehendak, tiada tujuan; ia hanya ia,

tapi ia masih seorang individu.

Bersama, sel membentuk sebuah struktur yang besar untuk pekerjaan seperti menyiapkan makanan,

mengumpul sumber, mengangkut benda kemari,

mengesan persekitaran, dan sebagainya.

Jika kamu mengekstrak sel daripada badan anda dan simpan mereka dalam persekitaran yang sesuai,

mereka akan terus hidup untuk seketika,

jadi sel anda boleh hidup tanpa anda, tetapi anda tidak boleh wujud tanpa mereka.

Jika kami ambil semua sel daripada anda, tidak ada “anda” lagi.

Adakah ada sempadan dimana sebahagian daripada sel anda berhenti menjadi anda?

Sebagai contoh, jika anda menderma organ, berbilion sel anda akan terus

hidup dalam seseorang yang lain.

Adakah ini bermakna sebahagian daripada anda menjadi sebahagian kepada orang lain,

atau adakah badan yang lain mengekalkan bahagian anda terus hidup?

Atau, mari kita bayangkan sebuah eksperiment:

anda dan seorang yang dipilih secara rawak daripada jalan bertukar sel.

Satu persatu, badan anda mendapat satu sel mereka;

badan mereka mendapat satu daripada sel anda.

Di titik manakah mereka akan menjadi anda?

Adakah mereka akan, atau adakah ini hanya sebuah cara yang sangat perlahan dan mengelikan untuk meneleport anda?

Mari kita jadikan perkara ini lebih rumit!

Imej kita adalah sesuatu yang statik tidak dapat dipertahankan.

Hampir semua sel anda perlu mati sepanjang umur anda.

250 Juta sel sudah mati sejak permulaan video ini sahaja,

Antara 1 hingga 3 juta setiap saat.

Dalam tempoh 7 tahun, hampir semua sel anda telah digantikan sekurang-kurangnya sekali.

Setiap kali bentuk sel anda berubah, anda adalah sedikit lain daripada sebelumnya,

jadi sebahagian daripada anda sentiasa mati.

Jika anda bernasib baik untuk menjadi tua,

anda mungkin telah berkitar dengan secara kasar berjuta bilion sel,

jadi apa yang anda fikir anda adalah hanyalah sebuah gambaran,

tetapi kadang- kadang, sel menjadi rosak dan tidak mahu untuk mati

mempersoal sifat kepada kesatuan badan kita.

Kita panggil ia sebagai kanser. Mereka membatalkan kontrak sosial biologi

dan menjadi secara dasarnya abadi.

Kanser bukan seorang penceroboh luar;

ia adalah sebahagian daripada anda yang mementingkan kemandirian diri sendiri daripada kemandirian anda,

dan boleh mengatakan bahawa sel kanser telah menjadi entiti yang lain kepada kita.

makhluk yang lain yang mahu berkembang dan terus hidup.

Adakah kita boleh menyalahkan dia kerana itu?

Sebuah cerita tentang sel yang mengerikan tentang Henrietta Lacks,

seorang pesakit kanser yang meninggal pada 1951.

Kebiasaannya, sel hanya hidup beberapa hari sahaja didalam makmal,

membuatkan penyelidikan sangat susah.

Sel kanser Henrietta adalah abadi.

Lebih dari beberapa dekad, mereka telah digandakan berkali - kali

dan digunakan untuk pelbagai projek penyelidikan yang menyelamatkan banyak nyawa.

Sel Henrietta masih hidup dan secara keseluruhannya telah berkembang sehingga

sekurang-kurangnya 20 tan biomas

maka terdapat bahagian yang masih hidup di seluruh dunia daripada seseorang yang telah

dianggap mati setelah berdekad-dekad yang lalu.

Berapa banyak Henrietta di dalam sel ini?

Apa yang membuatkan satu daripada sel anda sebagai “anda”?

Mungkin info yang terkandung didalamnya, DNA anda?

Sehingga baru-baru ini, ia dipercayai bahawa semua sel di dalam badan anda

secara dasarnya mempunyai kod genetik yang sama,

tetapi sebenarnya perkara ini salah.

Genom anda adalah mudah alih, berubah mengikut masa

melalui mutasi and pengaruh persekitaran.

Kes ini terutamanya di dalam otak anda.

Mengikut sebuah penemuan baru-baru ini, satu neuron di dalam otak seorang dewasa mempunyai lebih daripada

seribu mutasi di dalam kod genetik yang tidak wujud

di dalam sel sekelilingnya, tetapi berapa banyak “anda” adalah DNA anda,sebenarnya?

Lebih kurang 8 peratus daripada genom manusia diperbuat daripada virus yang pernah

menjangkiti nenek moyang dan bergabung dengan kita.

Mitokondria, pusat jana kuasa kepada sel pernah menjadi bakteria yang bergabung

dengan moyang kepada sel anda.Mereka masih mempunyai DNA tersendiri.

Satu sel yang purata mempunyai beratus daripada mereka, ratusan benda kecil yang

tidak betul-betul manusia, tetapi mereka masih manusia.

Ia sangat memeningkan. Mari kita mundur ke belakang sedikit.

Kita tahu bahawa anda diperbuat daripada bertrillion benda kecil

yang diperbuat daripada benda yang lebih kecil yang sentiasa berubah.

Bersama, semua benda itu adalah bukan statik, tetapi dinamik.

komposisi dan keadaan mereka sentiasa berubah,

jadi kita mungkin hanyalah corak yang berdikari tanpa sempadan yang jelas

yang mendapat kesedaran diri pada satu ketika dan sekarang mempunyai kebolehan

untuk memikirkan tentang dirinya sendiri menerusi masa dan ruang,

tetapi hanya wujud tepat pada masa ini.

Dimana corak ini bermula:

dengan konsep anda, apabila manusia pertama timbul,

apabila kehidupan mula menakluk planet kecil ini,

atau apabila unsur yang membentuk badan anda dibakar di dalam bintang?

Otak manusia kita berkembang untuk menangani dengan mutlak.

Sempadan kabur yang membentuk realiti adalah susah untuk digenggam.

Mungkin idea seperti permulaan dan pengakhiran, hidup dan mati, anda dan saya,

adalah tidak benar-benar mutlak, tetapi idea kepunyaan kepada corak yang lancar;

sebuah corak yang hilang di dalam dunia yang cantik and pelik ini.

Masalah siapa kita ini ,bukan sahaja

sebuah soalan kepada kita, tetapi ia juga adalah soalan kepada minda kita.

Seperti sel kita yang boleh dibelah dan diasingkan daripada kita, otak juga boleh

dibahagikan dan diasingkan daripada kita ketika masih di dalam tengkorak.

Klik disini untuk pergi ke saluran saya dan tonton bahagian seterusnya.

OK, jadi sekarang, pergi tonton video CGP Grey.

Jika anda masih lagi belum lagi melanggani saluran dia;

anda patut anda patut ubah perkara itu sekarang.

Subtitle Bahasa Inggeris daripada komuniti Amara.org