Tenaga Nuklear dijelaskan: Bagaimana ia berfungsi? 1/3 | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Adakah anda pernah menyertai perdebatan tentang tenaga nuklear?

Kami pernah tetapi sangatlah mengecewakan dan mengelirukan

jadi mari kita sertai topik ini

Semuanya bermula pada 1940-an

Setelah kedahsyatan perang dan penggunaan bom atom

tenaga nuklear dijanjikan untuk menjadi perluasan teknologi baru yang aman

membantu dunia untuk kembali berdiri

Imaginasi setiap orang berkembang luas

Adakah elektrik akan menjadi percuma?

Mampukah tenaga nuklear membantu pendudukan di Antartika?

Akan adakah kereta, kapal terbang atau rumah berkuasa nuklear?

Ia kelihatan bahawa ini hanyalah beberapa tahun lagi untuk berusaha

Satu perkara yang diyakini: masa hadapan ialah ‘atomik’

Beberapa tahun akan datang, akan ada perkara seperti kemabukkan usia atom:

apabila muncul, tenaga nuklear adalah rumit dan mahal

Menukarkan fizik kepada kejuruteraan sangatlah mudah di atas kertas

tetapi sukar dalam kehidupan sebenar

Dan juga, syarikat swasta berfikir yang tenaga nuklear adalah berisiko tinggi

untuk sebuah pelaburan: kebanyakan daripada mereka lebih rela kekal dengan gas, arang batu dan minyak

Tetapi, terdapat banyak orang yang tidak mahu mengabaikan

janji ‘zaman atom’: teknologi baharu yang menerujakan

prospek penjanaan elektrik secara besar-besaran dan murah

prospek kebebasan daripada mengimport gas dan minyak

dan bagi sesetengah kes, keinginan rahsia untuk memiliki senjata atom

menyediakan motivasi yang kukuh untuk meneruskannya.

Masa terbaik penggunaan tenaga nuklear adalah pada 1970-an

apabila peperangan di Timur Tengah menyebabkan harga minyak meningkat di seluruh dunia

Sekarang, minat dan pelaburan komersial mengambil peluang yang mempesona dengan cepat

Lebih daripada separuh reaktor nuklear di di dunia telah dibina

pada 1970 hingga 1985

Tetapi apakah jenis reaktor yang dibina dan diberi pelbagai jenis yang berbeza

untuk dipilih?

Calon yang tidak disangka menang pada hari itu

iaitu reaktor air ringan

Ia tidak terlalu diinovasikan dan bukanlah terkenal dalam kalangan saintis

tetapi ia mempunyai kebaikan juga

Ia ada, boleh digunakan, dan tidaklah mahal sangat

Jadi bagaimanakah reaktor air ringan bertindak?

Prinsip asasnya agaklah mudah

Ia mendidihkan air menggunakan tindak balas berantai tiruan

Pembelahan nuklear membebaskan beberapa juta kali ganda tenaga

berbanding dengan tindak balas kimia

Elemen yang sangat berat dan tidak stabil seperti uranium-235

dibedil dengan neutron

Neutron diserap tetapi hasilnya adalah tidak stabil

Kebanyakan masanya, ia dengan pantasnya terbelah menjadi elemen yang lebih ringan dan bergerak pantas

beberapa neutron tambahan yang bebas dan tenaga dalam bentuk sinaran

Sinaran memanaskan air di sekeliling manakala neutron-neutron mengulangi proses

itu dengan atom lain, membebaskan lebih banyak neutron dan sinaran

dalam tindak balas berantai yang tertutup dan terkawal, berlainan dengan

tindak balas pantas dan memusnahkan dalam bom atom

Dalam reaktor air ringan, sebuah moderator digunakan untuk mengawal tenaga neutron

Senang kan, air biasa yang bekerja yang mana sangatlah praktikal kerana air digunakan

untuk memutarkan turbin juga

Reaktor air ringan juga kerap digunakan kerana mudah dan murah

Walau bagaimanapun, ia bukanlah yang terselamat, terefisien dan terelegan secara teknikalnya

untuk reaktor nuklear

Penggembargemburan tenaga nuklear yang diperbaharui kekal selama hampir satu dekad, walaupun

pada 1979, Stesen Janakuasa Nuklear Pulau Three Mile di Pennsylvania

hampir mendapat malapetaka apabila terasnya mencair

Pada 1986, bencana Chernobyl mengancam Eropah Tengah secara terus

dengan awan radioaktifnya, dan pada 2011, bencana Fukushima pula berlaku

mencetuskan perbincangan dan perhatian baru

Jika pada 1980-an, 218 reaktor kuasa nuklear beroperasi

bilangannya dan pengeluaran tenaga elektrik secara nuklear pula terbantut

pada hujung 80-an

Jafi apakah situasinya kini?

Kini, tenaga nuklear mencapai 10 peratus keperluan tenaga dunia

Terdapat 439 reaktor nuklear di 31 negara

Dan kira-kira 70 reaktor baharu adalah dalam pembinaan pada 2015

kebanyakannya berada di negara yang berkembang pesat

116 reaktor baharu dirancang di seluruh ddunia

Kebanyakan reaktor nuklear dibina pada 25 tahun dengan teknologi yang lapuk

Tedapat lebih daripada 80 peratus merupakan pelbagai jenis reaktor air ringan

Kini, banyak negara yang mengalami pilihan : penggantian yang mahal untuk

reaktor yang berusia, mungkin model yang lebih efisien tetapi tidak banyak diuji

atau menjauhi tenaga nuklear kepada teknologi baru atau teknologi lama

dengan kos dan kesan alam sekitar yang berbeza

Jadi, patutkah kita menggunakan tenaga nuklear?

Perdebatan kebaikan dan keburukan akan dibentangkan pada minggu hadapan

Langgan dan anda tidak akan ketinggalan