Video
Transkripsi
Manusia sangat sukakan daging.
Stik, ayam goreng, daging khinzir, perut babi dan sosej memang sedap!
Memakan daging telah menjadi satu kebiasaan di mana ramai yang
..menganggap makanan tidak lengkap tanpa haiwan di dalamnya.
Di mana ianya agak mengagumkan.
kerana hanya beberapa dekad yang lalu, daging adalah produk mewah.
Hari ini, anda boleh mendapatkan burger keju dengan hanya satu dollar (4.10 Ringgit).
Secara umumnya, daging adalah cara yang paling tidak efisien untuk memberi makan manusia.
Jika dilihat pada skala global, pemakanan daging kita memakan planet kita sendiri
Mengapa,
dan apa kita boleh buat, tanpa meninggalakan stik?
ting, ting,ting eeeee eeee eeeeee teng tereteng tereteng teng , TENG, TENG TENG.
Manusia menternak banyak haiwan untuk dijadikan makanan.Pada waktu ini, kira-kira 23 billion ekor ayam..
1.5 billion ekor lembu dan lebih kurang 1 billion ekor khinzir dan biri-biri
Banyak mulut yang perlu diberi makan. Jadi kita menukarkan Bumi menjadi tempat makan yang besar
83% daripada kawasan ladang digunakan untuk ternakan
Sebagai contoh, untuk menanam rumput dan tanaman makanan seperti jagung dan kacang soya
Itu sahaja telah menggunakan 26% kawasan tanah di Bumi, jika air yang digunakan untuk pertanian dan ternakan ditambahkan sekali…
Produk tenusu dan daging mengunakan 27% penggunaan air tawar secara global
Malangnya, penghasilan daging adalah seperti lohong hitam sumber mentah.
Disebabkan haiwan ialah benda hidup, makanannya digunakan untuk haiwan terus hidup sementara mereka membuat bahagian sedap mereka
Hanya sebahagian nutrien daripada hasil tanaman sahaja yang tersisa di dalam daging yang dibeli kita.
Contohnya lembu yang hanya menukar 4% protein
dan 3% kalori tanaman yang kita beri menjadi daging
Kita kehilangan lebih daripada 97% kalori selebihnya.
Untuk mendapatkan 1kg stik, lembu perlu makan sebanyak 25 kg bijiran dan minum 15,000 liter air.
Produk hasilan haiwan memerlukan bertan-tan makanan, tetapi hanya 18% hasilan ini menjadi jumlah kalori yang dimakan manusia.
Menurut perangkaan, kita mampu memberi makan 3.5 billion manusia jika kita hanya memakan makanan yang diberikan kepada haiwan
Untuk hasilkan kumpulan makanan kegemaran tidak dikekalkan, kira-kira 15% jumlah gas rumah hijau dihasilkan oleh manusia…
… adalah daripada industri daging
Sama banyak semua kapal, kapal terbang, trak dan kereta
Terdapat juga aspek lain tentang daging. Daging datangnya daripada benda yang hidup
Khinzir, lembu dan ayam bukanlah pihak yang menulis buku sejarah, tetapi jikalau mereka yang menulisnya…
…manusia mungkin digambarkan sebagai pembunuh gila yang hidup diatas kesengsaraan yang lain.
Secara globalnya, setiap hari kita menyembelih kira-kira 200 juta haiwan,
Lebih kurang 74 billion setahun
Maknanya, dalam jangka masa setahun setengah, lebih banyak haiwan yang kita bunuh berbanding manusia…
… yang telah wujud 200,000 tahun sejarah manusia.
Ada pihak mungkin melontarkan pendapat bahawa tanpa jasa kita, haiwan mungkin tidak akan wujud
Walaupun akhirnya mereka menjadi makanan kita, tetapi kita menyediakan makanan, perlindungan dan hadiah kelangsungan hidup kepada mereka
Akan tetapi malangnya,
Kita bukanlah dewa yang baik
Sebahagian besar daging kita makan datangnya dari sistem kilang industri yang menternak beribu-ribu ekor haiwan
Kilang-kilang ini direka sebaik mungkin. Kualiti kehidupan haiwan bukanlah keutamaan mereka
Kebanyakan khinzir dibesarkan dalam kandang tertutup yang besar dan tidak pernah melihat matahari
Anak-anak khinzir pula dikurung bersama induknya di dalam kandang yang sangat kecil untuk bergerak bebas sambil berterusan melahirkan anak-anaknya yang silih berganti
Sehinggalah tiba masanya mereka pula dijadikan daging babi
Lembu tenusu dipaksa hidup bagi memastikan bekalan susu tidak terputus, tetapi selepas anaknya dilahirkan selepas beberapa jam, mereka dipisahkan
Bagi menggemukkan lembu untuk disembelih, mereka dikurung di dalam kandang yang sesak supaya tidak merayau-rayau dan agar lebih cepat gemuk
Bagi membolehkan mereka tidak mati apabila dikurung rapat disebabkan penyakit berjangkit, kebanyakan suntikan antibiotik
yang diberikan kepada 80% ekor haiwan ternakan di Amerika
..yang cuma membantu dalam jangka masa pendek, kelalian terhadap antibiotik pun turut terbina
Walaupun begitu, yang menjadi mangsa utama kesengsaraan ini ialah ayam
Di ladang-ladang kilang,
Ayam dikurung di dalam jumlah yang sangat besar dan sempit sehinggakan mereka tidak boleh berhubungan sosial secara semulajadi seperti fitrahnya
Jadi ayam-ayam ini mula bercakaran antara satu sama lain. Memotong paruh dan kuku mereka ialah penyelesaian kita.
Anak-anak ayam jantan dianggap tidak berguna kerana tidak bertelur dan tidak sesuai untuk penghasilan daging
Jadi, beberapa minit selepas menetas, mereka selalunya akan digasmatikan, dikisar halus di dalam mesin pengisar
Ratusan juta anak-anak ayam dibunuh sedemikian rupa setiap tahun
Walaupun anda terhutang budi dengan ayam, cara layanan kita terhadap ayam-ayam ini tersangatlah keji
Jadi lebih baik membeli daging organik yang dilayan dengan baik, bukan?
Peraturan perladangan organik dirangka untuk membolehkan haiwan diberi sedikit keselesaan
Tetapi masalahnya ialah organik adalah perkataan yang mempunyai banyak makna
Berdasarkan peraturan Kesatuan Eropah, ayam organik boleh berkongsi dengan lima ekor ayam lain dalam satu meter persegi
Sangat terpesong maknanya daripada ayam ladang yang bahagia
Para peladang yang ikhlas tentulah melakukan sebaik mungkin
Tetapi daging adalah masih merupakan perniagaan. Label organik adalah cara untuk menaikkan harga dan
terlalu banyak skandal penipuan yang didedahkan terhadap pengeluar yang memperalatkan sistem ini
Dan walaupun daging organik mungkin kurang zalim, sistem ini menggunakan lebih banyak sumber berbanding penghasilan daging secara konvensional
Jadi, membeli bahan organik masih menjadi pilihan tetapi anda tidak sepenuhnya bebas daripada keihsanan moral
Kebenarannya, sekiranya nilai kesengsaraan adalah merupakan sumber bahan
Kita mampu menghasilkan berbillion-billion tan keluarannya setiap tahun
Cara kita melayan haiwan kini mungkin menyebabkan generasi akan datang melihatnya dengan rasa jijik
Walaupun semua perkara ini benar, terdapat perkara lain yang benar juga
Stik memang sangat mengagumkan. Burger memang makanan terbaik. Kepak ayam sangat sedap.
Daging memuaskan sesuatu yang tertanam dalam otak kita. Jarang sekali kita melihat bagaimana daging kita dihasilkan
Kita hanya makan dan sukakannya. Daging membahagiakan, mengerat hubungan kekeluargaan kita semasa makan dan berpesta panggang bersama.
Anda belum tentu orang yang jahat jika anda makan daging,
Begitu juga jika tidak makan daging, anda belum tentu orang yang baik
Hidup ini sememangnya rumit, sebagai mana dunia yang telah kita cipta
Jadi, bagaimana kita menghadapi kenyataan bahawa kebergantungan kepada daging yang sangat tidak mandiri dan penyebab berlakunya banyak penyeksaan kejam?
Buat masa sekarang pilihan yang paling mudah ialah kerap meninggalkan daging
Mengambil makanan tanpa daging sehari dalam seminggu sudah memadai bagi menghasilkan perubahan
Jika ingin membeli daging tanpa kesengsaraan, cubalah beli daripada pengeluar yang mempunyai rekod yang baik dan boleh dipercayai
Walaupun agak mahal sedikit. Bagi memberi kesan yang nyata kepada alam persekitaran
Pilihlah daging ayam dan khinzir berbanding daging kambing dan lembu kerana kedua-dua haiwan ini lebih berkesan menukarkan dedak makanan kepada daging.
Jika anda ingin memakan stik, anda perlulah makan stik itu juga
Secara purata kebanyakan orang Amerika membuang 1 paun makanan sehari yang mengandungi banyak daging
Sains masa depan mungkin membolehkan kita mendapatkan daging yang bersih
Pelbagai perusahaan permulaan telah berjaya membesarkan daging di makmal dan sedang berusaha untuk dipasarkan secara komersial
Tetapi penyelesaian ini boleh dianggap agak bertahun jauhnya
Buat masa sekarang, makanlah stik anda seenaknya tetapi ingat, hormatlah kepadanya dan kalau anda berpeluang melakukan sesuatu yang istimewa semula,
Kami mempunyai sesuatu yang sama istimewa dan rasa yang lebih sedap dari stik
Kami selalu ditanya bagaimana kami membuat video
Rasanya kami hanya perlu tunjukkan sahaja kepada anda. Kurzgesagt telah bekerjasama dengan perkhidmatan tutorial dalam talian Skillshare untuk mengajar anda
stail animasi kami yang unik ini
Kami seusai sahaja mengeluarkan bahagian ketiga siri animasi kami ini dimana anda boleh belajar cara untuk membuat animasi seperti yang ditonton di video-video kami
Skillshare ialah komuniti pembelajaran dalam talian yang mempunyai lebih 20,000 kelas dalam pelbagai bidang menarik seperti penulisan, ilustrasi dan animasi
Dengan keahlian premium, anda boleh belajar di dalam kelas-kelas yang berkualiti tinggi diajar oleh pakar-pakar tanpa had - kami merupakan salah satunya
Selain itu, kami juga menyertakan tawaran istimewa buat anda
Bagi 1,000 orang yang pertama menggunakan pautan di penerangan akan mendapat pembelajaran tanpa had selama dua bulan secara percuma
Jika anda ingin belajar bagaimana kami menghasilkan animasi di video kami, mulakannya di sana hari ini juga.
«
Sari Kata dari sayaadalahbudak