Bagaimana jika Kita Menjatuhkan Bom Nuklear di sebuah Bandar? | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Bermain-main dengan senjata nuklear dalam video agak menyeronokkan.

Ada keterujaan dalam meletupkan benda,

dan daya tarikan kepada perkara seperti bola api, gelombang kejutan dan radiasi.

Dan walaupun ia membantu menggambarkan kuasa pemusnah,

ia bukan cara terbaik untuk memahami impak sebenar letupan nuklear.

Ini bukan soal betapa besarnya susunan TNT, atau bagaimana terangnya letupan tersebut.

Senjata nuklear adalah mengenai anda.

Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan pasukan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

untuk menerokai apa yang benar-benar akan berlaku jika senjata nuklear diletupkan di bandar utama hari ini.

Bukan perang nuklear, hanya satu letupan nuklear.

Kami mulakan cerita kami di tengah-tengah pusat bandar di bandar utama.

Orang ramai pergi ke tempat kerja, belajar untuk peperiksaan, sibuk dalam fikiran dan kehidupan seharian mereka.

Pada masa ini senjata nuklear diletupkan dan masa terhenti.

Fasa pertama letupan berlaku dalam tempoh kurang daripada satu saat.

Dalam mili saat, bola plasma yang lebih panas daripada matahari muncul dan membesar menjadi bola api bersaiz diameter 2 kilometer.

Dalam bola ini, semua orang akan menjadi debu.

Umpama air menitis ke atas kuali yang sangat panas.

Berdesir, dan kemudian hilang.

Kebanyakan bangunan, kereta, pokok, patung dan manusia…

semua menjadi debu.

Mula-mula, kilauan bak tsunami cahaya menelan bandar dalam sekelip mata.

Jika anda kebetulan memandang ke arah letupan,

ia akan menyebabkan anda buta untuk beberapa jam.

Kepanasan cahaya ini menghasilkan nadi haba,

begitu bertenaga dan panas, ianya membakar semua benda sejauh 13 km dari pusat letupan.

Semua benda di kawasan seluas 500 km persegi yang boleh terbakar, akan mula membakar.

Plastik, kayu, kain, rambut dan kulit.

Jika anda berada dalam jangkauan nadi haba, satu ketika, anda dalam perjalanan ke tempat kerja,

satu ketika lagi, anda mula terbakar.

Fasa kedua bermula.

Ia berlaku dalam beberapa saat.

Kebanyakan orang akan mula sedar ada sesuatu yang tak kena,

tetapi ia sudah terlambat untuk ratusan ribu orang.

Kilauan itu diikuti oleh gelombang bunyi.

Udara panas dan radiasi daripada bola api menghasilkan gelembung udara super panas dan super mampat di sekelilingnya

yang kini merebak sepantas letupan.

Lebih cepat daripada kelajuan bunyi,

menghasilkan angin lebih kuat daripada taufan dan tornado.

Infrastruktur buatan manusia tidak akan mampu menahan kuasanya.

Kebanyakan bangunan utama dalam jarak 1km daripada bola api akan terus ranap.

Hanya konkrit tetulang keluli mampu menahan sebahagian kuasanya.

Di taman-taman di sekeliling di mana orang tua memberi makan itik,

pokok menjadi hitam dan terbakar dari haba panas sebelum patah seperti cungkil gigi.

Jika anda di luar, anda akan terpelanting seperti sebutir debu dalam puting beliung.

Gelombang bunyi semakin lemah semakin ia bergerak ke arah luar

tetapi, rumah dalam 175 km persegi akan runtuh seperti ia diperbuat daripada kad,

memerangkap puluhan ribu orang yang tidak sempat untuk bertindak.

Stesen minyak meletup dan api merebak di seluruh runtuhan.

Awan berbentuk cendawan muncul hasil letupan bola api, debu dan abu

menjulang ke langit dalam beberapa minit dan membayangi bandar yang telah hancur.

Keadaan ini menarik udara segar ke sekeliling kota itu

memusnahkan lebih banyak bangunan dan menyediakan banyak oksigen.

Apa yang berlaku seterusnya bergantung kepada keadaan bandar.

Jika ada cukup bahan api, kebakaran boleh bertukar menjadi ribut api yang membakar runtuhan dan semua orang yang terperangkap di dalamnya

dan orang yang cuba untuk menyelamatkan diri.

Sehingga 21 km dari letupan itu, orang seperti anda lari ke tingkap untuk mengambil gambar awan cendawan,

tidak sedar bahawa gelombang udara masih menuju ke arah mereka,

dan bakal memecahkan tingkap mereka dan menyebabkan kaca tajam terpelanting.

Fasa ketiga bermula pada beberapa jam dan hari yang akan datang.

Kita dah terbiasa dengan idea yang bantuan akan datang, tidak kira apa jenis bencana.

Kali ini berbeza: Satu letupan nuklear adalah seperti setiap bencana alam berlaku sekaligus.

Ada beratus ribu atau berjuta orang yang mengalami kecederaan yang serius:

Luka, patah tulang, lecur yang parah.

Dalam beberapa minit dan jam akan datang, beribu lagi akan mati kerana kecederaan ini.

Ramai orang terperangkap di dalam bangunan runtuh seperti gempa bumi atau dibutakan oleh kilat,

pekak dari gelombang letupan dan tidak dapat melarikan diri melalui jalan-jalan dipenuhi dengan runtuhan dan serpihan.

Mereka takut, keliru, dan tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka atau mengapa.

Kemungkinan besar, banyak hospital telah runtuh bersama dengan semua bangunan lain

dan pekerja perubatan sama ada mati atau cedera,

bersama-sama dengan yang lain.

Yang terselamat kerana bernasib baik berada di dalam terowong metro atau berdiri di tempat yang tepat untuk tidak terbakar dan tidak cedera langsung

belum benar-benar terlepas daripada bahaya lagi.

Bergantung kepada jenis senjata nuklear, di mana ia meletup dan dalam cuaca apa,

hujan hitam boleh bermula,

dengan abu radioaktif dan debu turun ke bandar, meliputi segala benda dan manusia.

Radiasi yang tidak dapat dilihat, berbahaya, dan senyap mula bertindak.

Setiap nafas membawa racun ke paru-paru mangsa yang terselamat.

Dalam beberapa hari, orang yang menerima dos pendedahan radiasi tertinggi akan mati.

Tidak akan ada bantuan, bukan untuk beberapa jam atau mungkin juga hari.

Tamadun tidak beroperasi apabila sebahagian besar infrastruktur musnah.

Jalan tersekat, trek keretapi rosak, landasan kapal terbang penuh serpihan.

Tiada air, elektrik,

tiada komunikasi, tiada kedai untuk mengambil bekalan.

Bantuan dari bandar-bandar sekitarnya akan sukar untuk memasuki zon bencana

dan walaupun mereka boleh, pencemaran radioaktif akan membuat ia berisiko untuk datang lebih dekat.

Selepas serangan nuklear, anda akan menghadapinya berseorangan.

Jadi, sedikit demi sedikit, orang muncul dari runtuhan dengan berjalan kaki,

dicemari dengan radioaktif, membawa apa saja yang mereka ada.

Mereka lambat, dalam kesakitan, trauma, dan mereka semua memerlukan makanan, air dan rawatan perubatan segera.

Dan kerosakan yang terhasil oleh senjata nuklear tidak berakhir apabila api padam dan asap hilang.

Hospital-hospital di bandar-bandar berdekatan kurang kelengkapan untuk menghadapi bencana pada skala ini

dan terbeban dengan puluhan / ratusan ribu pesakit yang mengalami kecederaan serius.

Pada minggu, bulan dan tahun yang akan datang,

ramai orang-orang yang terselamat akan mati akibat kanser seperti leukemia.

Sebab tidak ada kerajaan mahu anda fikirkan tentang semua ini adalah kerana tidak ada tindak balas kemanusiaan yang serius untuk menghadapi letupan nuklear.

Tidak ada cara untuk benar-benar membantu mangsa dengan segera pasca serangan nuklear.

Ini bukan taufan, kebakaran atau gempa bumi atau kemalangan penggunaan nuklear.

Ia adalah semua perkara-perkara ini berlaku sekali gus, tetapi lebih teruk.

Tiada negara di dunia ini yang bersedia untuk menghadapinya.

Dunia telah berubah pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan pemimpin-pemimpin dunia kembali

secara jelas dan terbuka mengancam antara satu sama lain dengan senjata nuklear.

Ramai pakar percaya risiko serangan nuklear adalah lebih tinggi berbanding daripada beberapa dekad lepas.

Kerajaan memberitahu rakyat mereka yang ia lebih baik jika mereka ada senjata nuklear,

tetapi ia tidak baik apabila orang lain juga memilikinya.

Yang mereka perlu mengancam negara lain dengan senjata pemusnah besar-besaran untuk melindungi diri kita.

Tetapi adakah ini membuat anda berasa selamat?

Hanya perlu satu kumpulan kecil yang berkuasa untuk memberontak atau jadi gila, atau silap langkah kecil atau berlakunya salah faham

untuk melepaskan bencana pada kadar yang tidak dapat dibayangkan.

Meletup benda dalam video agak menyeronokkan.

Tapi meletup benda dalam kehidupan sebenar adalah sebaliknya.

Tetapi masih ada penyelesaian!

Menghapuskan semua senjata nuklear dan bersumpah tidak akan membinanya lagi.

Pada tahun 2017, hampir 2/3 daripada semua negara di dunia,

disokong oleh beratus-ratus badan bukan kerajaan dan pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

bersetuju untuk melarang dan menghapuskan senjata nuklear.

Ini bukan soal siapa yang mempunyai senjata nuklear dan siapa tidak. Senjata-senjata itu sendiri yang bermasalah.

Ianya amat tidak bermoral dan ancaman kepada kewujudan kita semua.

Tidak kira anda datang dari negara mana, tidak kira apa sudut politik anda,

kita perlu menuntut ia disingkirkan selama-lamanya.

Ini tidak akan berlaku tanpa tekanan.

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada tekanan ini, ada langkah yang anda andairi boleh ambil:

Lawati notonukes.org untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senjata nuklear dan apa yang anda boleh lakukan tentangnya.