Perbankan Dijelaskan - Duit dan Kredit | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Sistem perbankan antarabangsa adalah suatu enigma.

Terdapat lebih daripada 30,000 bank berbeza di seluruh dunia

dan mereka memiliki sejumlah aset yang sangat banyak

10 bank teratas sahaja sudah memiliki kira-kira 25 trilion Dolar AS/$25T

Hari ini, perbankan dilihat sebagai sesuatu benda yang kompleks,

tetapi asalnya, ideanya untuk menjadikan kehidupan lebih mudah.

Itali abad ke-11 ialah sebuah pusat perdagangan Eropah.

Pedagang dari seluruh benua bertemu untuk berdagang barangan-barangan mereka.

Tetapi mereka mempunyai satu masalah:

perngedaran terlalu banyak matawang pelbagai jenis.

Di Pisa, peniaga terpaksa berhadapan dengan tujuh jenis syiling yang berbeza

dan terpaksa menukar wang mereka dengan kerap.

Perniagaan pertukaran barang ini, yang biasa berlaku di bangku luar rumah,

adalah dimana kita mendapat perkataan “bank” daripada.

Daripada perkataan “banco,” yang bermaksud bangku bagi bahasa Itali.

Bahaya dalam melancung , ialah wang palsu, dan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman

membuatkan orang berfikir.

Inilah masanya untuk model perniagaan baharu.

Broker pajak gadai mula untuk memberi kredit kepada ahli perniagaan,

manakala peniaga Genoa membangunkan pembayaran tanpa tunai.

Jaringan bank tersebar di seluruh Eropah bagi memberikan kredit,

termasuklah gereja, atau raja-raja Eropah.

Bagaimana pula dengan hari ini?

Secara ringkas, bank-bank adalah dalam satu perniagaan pengurusan yang berisiko.

Ini ialah versi ringkas tentang bagaimana cara ia berfungsi.

Orang ramai menyimpan wang mereka di bank-bank dan menerima jumlah faedah yang sedikit.

Bank mengambil wang ini dan meminjamkannya pada kadar faedah yang lebih tinggi.

Ia adalah suatu risiko yang sudah dihitung kerana sebahagian pemberi pinjaman akan lalai dengan kredit mereka.

Proses ini adalah sangat penting untuk sistem ekonomi kita

kerana ia menyediakan sumber kepada orang ramai bagi membeli sesuatu seperti rumah,

atau kepada industri bagi mengembangkan perniagaan mereka dan berkembang.

Maka, bank mengambil dana yang tidak digunakan oleh penyimpan

dan menukarnya menjadi dana yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk membaut sesuatu benda.

Sumber pendapatan lain bagi bank termasuklah

menerima deposit simpanan, perniagaan kad kredit, membeli dan menjual mata wang,

perniagaan penjaga, dan pengurusan perkhidmatan tunai.

Masalah utama bank-bank hari ini adalah

banyak yang telah meninggalkan peranan tradisional mereka sebagai

pembekal produk kewangan jangka panjang yang memihak kepada keuntungan jangka pendek

yang membawa kepada risiko yang lebih tinggi.

Semasa kejatuhan kewangan, kebanyakan bank-bank besar menggunakan

struktur kewangan yang hampir tidak difahami dan

melakukan perdagangan mereka sendiri dalam usaha untuk mendapatkan duit dengan lebih cepat

dan memberikan eksekutif dan peniaga mereka bonus sehingga berjuta-juta .

Ini adalah tiada bezanya dengan perjudian

dan merosakkan seluruh ekonomi dan masyarakat.

Seperti tahun 2008 dahulu,

apabila bank-bank seperti Lehman Brothers memberi kredit kepada sesiapa sahaja yang

mahu membeli sebuah rumah,

dan meletakkan bank itu dalam kedudukan risiko yang amat berbahaya.

Ini menyebabkan keruntuhan pasaran perumahan di AS dan sebahagian Eropah,

menyebabkan harga saham menjunam,

yang akhirnya menyebabkan krisis perbankan global

dan salah satu krisis kewangan terbesar dalam sejarah.

Beratus-ratus bilion dolar lenyap begitu saja.

Jutaan orang kehilangan pekerjaan dan wang yang sangat banyak.

Kebanyakan bank-bank utama di dunia terpaksa membayar berbilion-bilion denda

dan pemilik bank menjadi sebahagian daripada profesional yang paling kurang dipercayai.

Kerajaan AS dan Kesatuan Eropah terpaksa himpunkan bersama-sama

pakej jaminan yang besar bagi membeli aset yang buruk dan menghalang bank daripada muflis.

Peraturan baharu dikuatkuasakan bagi mentadbir perniagaan perbankan.

Dana wajib kecemasan bank telah dikuatkuasakan

bagi menyerap kejutan sekiranya berlaku lagi krisis kewangan.

Tetapi, undang-undang ketat baharu telah berjaya disekat oleh lobi perbankan.

Hari ini, model-model lain yang memberikan pembiayaan bertapak dengan sangat pantas,

seperti bank pelaburan baharu, yang mengecaj yuran tahunan dan tidak mendapat komisen atas jualan-jualan,

lalu memberi motivasi bertindak mengikut kepentingan pelanggan mereka.

Atau kesatuan kredit: inisiatif koperasi yang ditubuhkan pada abad ke-19

bagi menghalang aktiviti pemerasan kredit.

Secara ringkasnya, mereka menyediakan perkhidmatan kewangan yang sama seperti bank,

tetapi tertumpu kepada nilai bersama, bukannya memaksimumkan keuntungan.

Matlamat yang dinyatakan adalah membantu ahli mereka mewujudkan peluang seperti memulakan perniagaan kecil,

mengembangkan ladang, atau membina rumah keluarga sambil melabur semula ke dalam masyarakat.

Ia dikawal oleh ahli-ahli mereka, yang juga memilih lembaga pengarah secara demokrasi.

Di seluruh dunia, sistem kesatuan kredit berbeza dengan ketara,

daripada segelintir ahli

kepada organisasi bernilai beberapa bilion dolar AS

dan beratus-ratus ribu ahli.

Fokus terhadap faedah-faedah untuk ahli mereka

memberi kesan kepada risiko yang sanggup ditanggung oleh kesatuan kredit.

Ini menjelaskan mengapa Credit Unions, walaupun turut terjejas,

terselamat daripada krisis kewangan yang lalu lebih baik daripada bank-bank tradisional.

Tidak lupa juga letusan pendanaan ramai sejak kebelakangan ini.

Selain daripada mereka permainan video hebat,

timbulnya platform yang bolehkan orang ramai dapat pinjaman daripada kumpulan besar pelabur kecil

mengelakkan bank sebagai orang tengah.

Tetapi ia juga berfungsi untuk industri.

Banyak syarikat teknologi baharu bermula dengan Kickstarter atau Indiegogo.

Individu yang membiaya mendapat kepuasan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang besar,

dan boleh melabur ke dalam idea-idea yang mereka percaya.

Di samping memaklumkan risiko secara meluas

bahawa jika projek gagal, kerosakan adalah terhad.

Akhir sekali: kredit mikro.

Banyak pinjaman yang sangat kecil,

kebanyakkannya diedarkan ke negara membangun yang bantu orang ramai bangkit daripada kemiskinan.

orang-orang yang sebelum ini tidak mendapat akses kepada

wang yang mereka perlukan untuk memulakan perniagaan

kerana mereka dianggap tidak bernilai masa untuk dilayan.

Kini, pemberian kredit mikro berkembang menjadi perniagaan berbilion dolar.

Jadi, perbankan mungkin bukan pilihan anda,

tetapi peranan bank dalam menyediakan dana kepada orang ramai dan perniagaan

adalah penting kepada masyarakat kita, dan perlu dilakukan.

Siapa yang akan lakukan, dan bagaimana akan dilakukan nanti,

terserah kepada kita untuk membuat keputusan.

Sari kata oleh AddyIkmal