Penduduk berlebihan di Afrika. | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Sepanjang sejarah kita, populasi manusia berkembang secara perlahan.

Sehinggalah terdapat penemuan baharu yang membolehkan kita menghasilkan lebih banyak makanan

dan menjadikan umur kita lebih panjang.

Dalam hanya 100 tahun, populasi manusia bertambah 4 kali ganda.

Ini membawa kepada ramalan malapetaka di mana berlaku kesesakan manusia di muka bumi

Tetapi sebenarnya kadar pertambahan populasi manusia memuncak pada tahun 1960an.

Sejak itu, kadar kesuburan telah menurun dengan kemajuan industri dan pembangunan negara.

Penduduk dunia dijangka akan kekal terimbang dengan 11 bilion orang pada hujung kurun ini.

Tetapi gambaran keseluruhan menyembunyikan hal-hal terperinci.

Mari lihat pada satu rantau secara khususnya.

Afrika Sub-Sahara.

Pada tahun 2019, ia menjadi tempat tinggal kepada 1 bilion penduduk

yang hidup di 46 buah negara.

Walaupun kadar pertumbuhan manusianya menjadi lebih perlahan dalam beberapa dekad akhir ini

kadarnya tetap jauh lebih tinggi berbanding rantau lain di dunia.

Walaupun ada beberapa unjuran meramalkan akan meningkat ke 2.6 bilion penduduk,

ada juga yang menjangkakan peningkatan sehingga 5 bilion penduduk pada tahun 2100.

Pertumbuhan sebegitu akan memberi cabaran besar kepada mana-mana masyarakat.

Tapi, Afrika sub-Sahara juga merupakan rantau yang termiskin di dunia.

Jadi, adakah Afrika sub-Sahara akan binasa? 😥

Dan mengapa perbezaan unjurannya sehingga 2.4 bilion penduduk? (5b - 2.6b = 2.4b)

Macam biasalah, ianya rumit.😅

‘Afrika sub-Sahara’ adalah sebuah idea yang dicipta

dan idea itu tidak membantu dari banyak sudut.

Jarak antara Botswana dengan Sierra Leone adalah sejauh jarak antara Ireland dengan Kazakhstan.

Dan mereka mempunyai perbezaan yang ketara.

Tanpa membuat sedikit generalisasi (anggapan umum), video ini akan jadi sejam.

Kami juga telah berbicara dengan ramai ahli sains untuk video ini

dan mereka bercanggah pendapat dalam banyak perkara.

Terutama dalam persoalan berapa besar kesuburan memberi kesan kepada kemiskinan.

Kami cuba yang terbaik untuk menyimpulkan kajian kami dan juga apa yang mereka maklumkan

tapi jangan telan 100% dan tengok juga sumber-sumber info kami

di mana kami bincangkan perkara ini dengan lebih terperinci.

Okey.

Mari kita kembali melihat dari perspektif global semula.

Beberapa dekad yang lalu, banyak negara di Asia berada di tahap yang sama dengan rantau Afrika sub-Sahara hari ini.

Sebahagian besar penduduk hidup dalam keadaan kemiskinan melampau.

dan kadar kelahiran sangat tinggi.

Ambil Bangladesh (sebagai contoh).

Pada tahun 1960an, secara purata seorang wanita ada 7 orang anak sepanjang hidupnya.

25% daripada anak meninggal dunia sebelum mencapai umur 5 tahun

dan dalam kalangan baki yang hidup, hanya satu daripada lima yang akan belajar membaca dan menulis.

Jangka hayat adalah sekitar 45 tahun

dan pendapatan per kapita ialah antara yang terendah di dunia.

Maka bermula pada 1960an,

Bangladesh memulakan program perancangan keluarga; berdasarkan tiga rukun utama.

Satu: Pendidikan membantu mengubah pandangan hidup kaum wanita.

Wanita berpendidikan tinggi cenderung mahukan anak yang sedikit

dan menjadi ibu lebih lewat dalam hidupnya.

Dua: Penjagaan Kesihatan yang lebih baik mengurangkan kadar kematian kanak-kanak

menjadikan ibu bapa mahukan bilangan anak yang sedikit kerana mereka lebih berpeluang untuk terus hidup.

Tiga: Pencegah Kehamilan Pekerja lapangan membawa masuk pencegah kehamilan walau jauh ke kawasan pedalaman

menjadikan peningkatan penggunaan kontraseptif dari 8% pada 1975

kepada 76% pada tahun 2019.

Bersama, langkah ini sangat berkesan memperlahankan pertumbuhan populasi

Pada 1960an, purata wanita Bangladesh mempunyai 7 orang anak.

Pada 1995, 4 anak.

Dan pada 2019, ia menurun kepada 2 orang.

Hal ini juga mengubah demografik dan ekonomi negara.

Sebelum ini, ramai anak yang dilahirkan mati sebelum mereka sempat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Apabila bilangan kematian kanak-kanak makin menurun dan kadar kelahiran juga rendah, keadaan mula berubah.

Kanak-kanak mendapat pendidikan dan menjadi orang dewasa yang produktif.

Kerajaan dapat mengalihkan sebahagian perbelanjaan mereka dari mengurangkan kematian kanak-kanak

kepada merangsang pertumbuhan ekonomi.

Pada 2024, Bangladesh dijangkakan akan

naik taraf dari kategori negara yang paling kurang membangun

kepada status negara ekonomi membangun.

Negara-negara Asia yang lain seperti Korea Selatan, India,

Thailand dan Filipina telah melalui proses yang sama,

malah pada fasa yang lebih pantas.

Pelaburan dalam kesihatan dan pendidikan membawa kepada

kadar kelahiran yang lebih rendah sekali gus mengubah komposisi populasi

dan membolehkan kerajaan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Tetapi kenapa perkara yang sama tidak berlaku di Afrika sub-Sahara?

Afrika secara keseluruhannya telah mencapai kemajuan yang agak baik dalam mengurangkan kematian kanak-kanak.

Tapi terutamanya di Afrika sub-Sahara,

peningkatan taraf pendidikan lebih perlahan berbanding rantau lain di dunia.

Secara keseluruhannya, penggunaan pencegah kehamilan telah meningkat 2 kali ganda di rantau itu sejak 1990an,

golongan remaja yang berkeperluan untuk menggunakan kontraseptif ialah lebih kurang 60%.

Punca-punca kepada semua ini memang rumit, dan mustahil

untuk bagi satu jawapan saja.

Afrika ialah tempat yang besar dengan pelbagai budaya dan masyarakat

tapi ada beberapa faktor utama.

Banyak negara Afrika sub-Sahara mengalami penjajahan

sehinggalah beberapa dekad yang lalu, dan mengalami waktu yang sukar ke arah kemerdekaan.

Negara-negara muda biasanya mempunyai banyak puak, dan tidak bersatu.

Sesetengah wilayah telah berulang kali dirosakkan oleh perang saudara,

konflik ketenteraan atau menghadapi penderitaan akibat kerajaan yang tidak stabil.

Ini menyukarkan pembangunan infrastruktur dan penjagaan kesihatan.

Jadi Afrika mempunyai titik permulaan yang lebih sukar berbanding Asia.

Bantuan dari negara asing dan cara ianya disalurkan terutama semasa Perang Dingin berlaku

juga menjadi isu perbalahan.

Tapi topik ini terlalu rumit untuk disimpulkan dalam beberapa ayat sahaja,

jadi kami akan buatkan satu video berkenaannya pada masa akan datang.

Dan akhir sekali, terdapat aspek kebudayaan yang menyebabkan perbincangan mengenai

perancangan keluarga dalam konteks rantau Afrika menjadi sukar.

Pengkritik mengatakan usaha menurunkan kadar pertumbuhan ialah suatu campur tangan dalam budaya dan tradisi.

Tetapi mendiamkan diri dalam sesuatu isu tidak akan menyelesaikannya.

Bukan semua perkara ini terpakai kepada semua negara di rantau itu.

Lagipun kita bercakap tentang 46 negara,

Ada di antaranya yang sangat bermasalah, ada juga yang bertambah baik.

Semuanya berbeza, dan menghadapi masalah yang unik.

Jika pertumbuhan penduduk terus meningkat dengan kadar sekarang,

maka Afrika sub-Sahara mampu bertambah sehingga lebih 4 bilion penduduk pada 2100.

Okey, apa yang boleh dilakukan?

Sebenarnya, banyak!

Terutamanya pelaburan dan bantuan yang membantu membina sistem untuk pendidikan,

perancangan keluarga dan penjagaan kesihatan.

Perubahan yang nampak sahaja kecil, sebenarnya mampu memberi impak yang besar

Contohnya: jika wanita mendapat pendidikan yang lebih baik,

mereka memperoleh anak pertama mereka 2 tahun lebih lewat dalam hidupnya.

Jurang kecil antara generasi ini dan seterusnya

akan menyebabkan pengurangan 400 juta penduduk pada 2100

menjadikan jumlah 3.6 bilion orang.

Jika pendidikan dan perancangan keluarga ada disediakan kepada semua wanita Afrika,

akses sejagat kepada pencegah kehamilan menjadikan mempunyai anak sebagai satu pilihan.

Jika keluarga boleh memilih bilangan anak yang dimahukan

unjuran kelahiran akan menurun sebanyak 30 peratus

ke 2.8 bilion orang.

Ini bukan teori semata-mata.

Sudah terdapat contoh-contoh yang menyebabkan kami optimis.

Ethiopia, negara yang mempunyai populasi kedua terbesar Afrika

telah mencapai banyak kemajuan dalam jangka masa yang agak sedikit.

Menaiktaraf khidmat kesihatan membawa kepada penurunan kadar kematian kanak-kanak

dari 20% ke 7% sejak 1990.

Dan lebih 30% dari belanjawan tahunan dilaburkan kepada pendidikan

dan jumlah bilangan sekolah meningkat sebanyak 25 kali ganda selepas 2 dekad.

Jadi, sebagai kesimpulan: Terdapat banyak cabaran yang serius mendatang

tetapi ianya masih dapat diselesaikan.

Afrika sub-Sahara tidak memerlukan rasa kasihan dan pemberian kita

tetapi perhatian dan pelaburan yang adil.

Ia ialah rantau yang kaya dengan sumber, budaya dan potensi.

Jika dilakukan dengan betul, kita akan dapat lihat

perubahan sepertimana yang kita lihat pada kebanyakan negara merentasi Asia

dalam 30 tahun kebelakangan ini.