Video
Transkripsi
Mikrob berada di mana-mana
di atas telefon anda,
di dalam botol minuman anda,
di atas tangan anda sebelum anda membasuhnya,
mahupun selepas anda membasuhnya,
dan secara literalnya, di serata tubuh anda.
Mikrob hadir di mana-mana pada setiap detik, dan tidak ada apa yang kita mampu lakukan tentangnya
Jadi, berjuta tahun dahulu kita telah membuat perjanjian,
di mana kita berikan tempat tinggal dan makanan kepada mereka,
dan sebaliknya mereka bekerja untuk kita
Tetapi semakin dalam pengetahuan kita tentang hubungan ini, semakin ia kelihatan seperti Perang Dingin
Di dalam rahim ibu masing-masing, permulaan seorang manusia itu bersih (steril)
Apabila kita dilahirkan dan dengan melalui salur kelahiran
berbiliion bakteria daripada ibu menyelaputi setiap sudut badan kita
kejadian ini sangat penting bagi kesihatan manusia
Kanak-kanak yang dilahirkan melalui Caesarean-section (C-section) mempunyai kadar asthma,
penyakit berkaitan imuniti dan leukemia yang tinggi
Jadi badan kita tidak hanya menerima penaklukan mikroorganisma dengan sahajanya, badan kita menyambutnya dengan baik
Dalam jangka masa berjuta tahunnya, kita telah berevolusi bersama untuk mencapai yang terbaik dari hubungan kita
Susu ibu, misalnya,
mengandungi gula yang istimewa khas untuk memberi makan dan membantu
sekumpulan mikrob-mikrob yang tertentu,
dan berfungsi sebagai denak untuk sebahagian mikrob yang lain
dan juga membantu untuk memodulasi sistem imunisasi badan.
Ia mengambil masa sehingga dua tahun untuk menghasilkan komuniti mikrob yang sihat
Setiap manusia mempunyai mikrob mereka yang tersendiri, terdiri daripada bakteria
virus-virus, kulat-kulatan dan organisme yang lain
Kita mempunyai tiga kategori tetamu, di atas dan di dalam badan kita
Pertama:
Penumpang senyap yang melakukan halnya sendiri, dan dengan santunnya diendahkan
Kehadiran mereka memakan ruang dan mengawal penceroboh yang lebih ganas
Kedua:
Tetamu yang membahayakan kita,
Tetapi yang telah kita pelajari untuk hidup dengannya
sebagai contoh, bakteria yang secara literalnya menghasilkan asid yang meleburkan gigi kita
jika kita tidak memberus gigi secukupnya
Mereka mahu mengambil sebanyak ruang yang mereka mahu
dan kita tidak mahu mereka untuk melakukannya
Tetapi kita tidak boleh membuang mereka sepenuhnya
Ketiga:
Rakan taulan dimana badan kita mahu ia dampingi
Kebanyakkan dari mereka adalah komuniiti dari 380,000 billion bakteria
dan daripadanya sehingga 5,000 species yang berbeza tinggal di dalam usus kita
mikroorganisma usus ini membantu kita mencerna makanan
dan mengambil kalori daripada bahagian yang tidak dapat dicerna oleh kita sendiri
Malangnya, usus kita juga adalah lokasi yang sempurna untuk penceroboh
jadi ia dilindungi oleh askar-askar yang ganas;
Sistem imuniti kita
Untuk hidup dengan selamat di sini, mikrobiome kita telah berevolusi bersama dengan kita
sehingga dapat untuk berkomunikasi dengan badan kita
Dan perkara yang paling penting dari evolusi tersebut adalah untuk meminta agar sistem imunisasi tidak membunuh mereka
Tetapi, mereka juga mempunyai motivasi yang tulus untuk menjaga kesihatan usus kita
jadi sebahagian dari mereka menghasilkan bahan pengutus
yang membantu untuk mengajar sistem imunisasi
dan sebahagian yang lainnya merangsang sel-sel usus untuk tumbuh semula dengan lebih laju
Tetapi dalam tempoh beberapa tahun lalu
Telah tampil bukti yang mengatakan bahawa pengaruh mikrobiom usus kita
memainkan peranan yang lebih besar
Ia mungkin bercakap terus kepada otak kita
Kita telah perhatikan beberapa perkara yang aneh
90% daripada serotonin yang terdapat dalam badan kita;
iaitu sebuah bahan pengutus yang penting untuk sel-sel saraf
dihasilkan di dalam usus
Sebilangan sainstis berpendapat bahawa mikrobiom menghasilkannya
untuk berkomunikasi dengan saraf Vagus
Lebuhraya informasi sistem saraf kita
Contoh lain merupakan bakteria yang merangsang sel-sel imun di dalam usus
supaya mereka menghantar signal kecemasan kepada otak
Di sini, ia mengaktifkan sel-sel imun yang membantu otak untuk pulih dari kecederaan
Oleh sebab otak yang memilih apa yang kita makan
Mikrobiom ini berminat dengan otak yang sihat
Sebuah bidang sains baharu sedang dibuka kini
dan kita hanyalah di pinggir kefahaman bagaimana sistem yang kompleks
di dalam badan kita berinteraksi
tetapi kita telah mulai sedar bagaimana mikrobiom kita
mempengaruhi kita dan kelakuan kita
Ambil kemurungan misalnya,
Tikus yang sihat apabila diberikan mikrob dari usus orang yang murung untuk dimakan
mula menonjolkan telatah yang seakan-akan gemuruh
dan simptom yang kelihatan seperti kemurungan
Dan di awal tahun 2017, sebuah kajian telah menghubungkaitkan mikrobiom dan kepintaran
dengan mengaitkan set bakteria yang tertentu di dalam bayi yang baru lahir
dengan kemahiran motor dan bahasa yang lebih baik
Tetapi ia juga mungkin mempengaruhi kehidupan seharian kita
Ujikaji dengan lalat buah
menunjukkan bahawa mikrobiom mereka mempengaruhi jenis makanan yang mereka idamkan
Ini mungkin bermakna mikrob anda juga mampu mengarahkan otak anda
makanan apa yang patut diambil
Walaubagaimanapun, ini bukanlah jalan sehala
benih mikrobiom kita datangnya dari ibu kita
tetapi bagaimana ia berkembang dan berubah, bergantung kepada apa yang kita makan
Setiap organisme dalam usus kita mempunyai pelbagai corak pemakanan
Sebahagian darinya menyukai serat dan ulaman hijau
Sebahagian yang lainnya mengejar gula dan kanji
dan sebahagian lagi amat gemar mentega dan kentang goreng yang berminyak
Usus kita boleh diumpamakan sebagai taman yang kita sendiri putuskan
apa yang akan tumbuh dan mekar
Jika kita amalkan pemakanan yang sihat, kita membiakkan bakteria yang menyukai makanan yang sihat
Jika kita banyak makan makanan segera, maka kita membiakkan bakteria yang cintakan makanan segera
Hidup ini sukar, jadi kita boleh terperangkap dalam putaran ganas
Anda dan memakan burger, kentang goreng dan pizza sewaktu menempuh detik penuh stress
Ini berita gembira kepada bakteria yang mencintai makanan segera
Mereka membiak dan berganda, dan mengambil ruang yang dahulunya didiami oleh bakteria penggemar sayur
Dan lebih teruk lagi, mereka menghantar signal kepada otak supaya meneruskan apa yang ia lakukan
ini membuatkan anda mahukan makanan segera dengan lebih banyak
Di mana akan membiakkan lebih bakteria makanan segera
yang akan membuatkan anda ketagih dengan makanan segera, dan seterusnya.
kitaran yang menyara diri ini,
mampu memainkan peranan yang besar dalam obesiti
Tetapi, penting untuk ditegaskan bahawa anda boleh melawan proses ini,
dan menterbalikkannya, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan membiakbakakan bakteria baik dengan lebih banyak
Menjangkaui kegemukan, mikrobiom kitaa juga telah dikaitkan kepada
pelbagai penyakit yang serius seperti autism
schizophrenia, dan kanser
Salah satu simptom Parkinson yang paling awal ialah masalah berkaitan usus
Jika badan anda dijajah dengan bakteria yang membahayakan anda
selalunya, terdapat hanya satu penyelesaian untuknya
Anda membawa masuk seangkatan (bakteria) yang baik
Ianya sangat senang,
Anda hanya perlu memindahkan (transplan) sedikit tahi yang sihat
Ia dilakukan secara harfiahnya dengan memindahkan tahi; dari orang yang sihat
kepada usus anda
Kaedah ini sudahpun digunakan untuk menawarkan cirit-birit
yang berpunca apabila bakteria C. difficile mengambil alih mikrobiom usus
Tetapi kita masih buntu dengan mekanisme yang kompleks dan yang saling mempengaruhi yang berjalan di sini
Sebagai contohnya, pemindahan dari penderma yang terlebih berat telah menyembuhkan seorang wanita dari cirit birit
tetapi seterusnya telah menyumbangkan kepada obesiti wanita tersebut
Ini disebabkan oleh cara tertentu dan sebuah lagi kajian telah cuba untuk menterbalikkan kesan tersebut.
Pemindahan tahi dari orang yang kurus kepada orang yang obese
memberikan mereka mikrobiom yang pelbagai
dan membuatkan mereka kurang sensitif kepada insulin
Kedua-dua perkara tersebut juga terjadi apabila seseorang turun berat badan
Kita harus melakukan lebih sains, untuk benar-benar memahami
bagaimana mikrob kita membuatkan kita sihat atau sakit
Tetapi, tidak kira jika kita suka atau tidak
Kita memerlukan mikrobiom kita, dan mereka memerlukan kita
Kita tidak akan mempunyai badan hanya untuk diri kita
Tetapi kita telah memperoleh sebuah kawan yang berkuasa tinggi
hanya jika kita dapat menjaga keamanannya