3 Alasan Mengapa Tenaga Nuklear Adalah Teruk! | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Terdapat tiga sebab mengapa kita perlu berhenti menggunakan tenaga nuklear

Pertama : Percambahan senjata nuklear

Teknologi nuklear adalah sangat berbahaya untuk dunia

setahun selepas ujian letupan nuklear pertama dunia pada 1944

dua bandar besar telah dimusnahkan oleh 2 buah bom

Selepas itu, teknologi reaktor berevolusi dengan perlahan

hanya untuk menjana tenaga elektrik

tetapi ia selalu dikaitkan dengan teknologi senjata nuklear

Hampir mustahil untuk membangunkan senjata nuklear

tanpa mengakses kepada teknologi reaktor

Sebenarnya ‘Nuclear Non-Proliferation Treaty’ atau Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear ditubuhkan bertujuan

untuk menyebarkan teknologi reaktor nuklear tanpa menyebarkan ilmu senjata nuklear

dengan kejayaan yang terhad

Dalam 40 tahun, 5 negara telah membangunkan senjata mereka

dengan bantuan teknologi reaktor

Ia sangatlah sukar untuk dikesan

Sebuah program senjata nuklear yang berselindung di sebalik penggunaan tenaga nuklear yang bermanfaat

Pada 1970-an, kuasa besar nuklear menjual teknologinya

kepada negara yang lebih kecil yang mana membangunkan senjata sendiri

Pembangunan senjata nuklear didorong oleh reaktor yang kelihatan aman

Kedua : Sisa nuklear dan pencemaran

Bahan api nuklear yang telah digunakan bukan sahaja beradioaktif tetapi mengandungi

elemen kimia yang sangat beracun seperti plutonium

Ia akan kehilangan bahaya dengan perlahan setelah beberapa puluh ribu tahun

Dan terdapat proses pemprosesan semula yang bermakna

pengekstrakkan plutonium daripada sisa bahan api nuklear

Boleh digunakan untuk dua tujuan:

untuk membina senjata nuklear atau sebagai bahan api baru

Tetapi jarang digunakan sebagai bahan api kerana kita masih tidak ada

reaktor yang betul untuk berbuat demikian

Satu miligram boleh membunuh anda, beberapa kilogram boleh menjadi bom atom dan

negara yang tidak disyaki seperti Jerman pun ada bertan-tan bahan itu

Baringlah kerana pemprosesan semula kedengaran agak bagus berdekad-dekad dahulu

Dan di manakah semua sisa pergi?

Setelah dilarang untuk membuangnya di lautan, kita cuba untuk menanamnya

tetapi kita tidak boleh mencari tempat yang kekal selamat

selama berpuluh-puluh ribu tahun

Lebih daripada 30 negara yang mengoperasikan 400 reaktor

menguruskan beberapa ratus ribu tan sisa nuklear

dan hanya satu yang kini serius untuk membuka

sebuah tempat penyimpanan sisa awam yang kekal di Finland

Ketiga : Kemalangan dan bencana

Setelah penggunaan tenaga nuklear selama 60 tahun, terdapat tujuh kemalangan besar

di reaktor atau kemudahan yang berkaitan dengan sisa nuklear

Tiga daripadanya dapat dikawal tetapi empat yang lain melepaskan

jumlah radioaktif yang signifikan kepada alam

Pada 1957,1987 dan 2011, pelbagai kawasan yang luas di Rusia, Ukraine dan Jepun

tidak boleh didiami manusia sehingga berdekad-dekad tahun akan datang

Jumlah kematian masih dipertikaikan tetapi mungkin ribuan nyawa

Bencana yang berlaku kerana pelbagai jenis reaktor nuklear

di negara yang berbeza dan berbeza beberapa dekad

Melihat jumlah itu, kita bertanya kepada diri kita

“Adakah 10% daripada bekalan tenaga dunia

bersamaan dengan bencana yang membinasakan pada setiap 30 tahun?”

Adakah 30% berbaloi untuk peristiwa kedua Fukushima dan Chernobyl?

di mana-mana tempat di Bumi ini pada setiap 10 tahun?

Manakah tempat yang perlu dicemari apabila kita mengatakan ‘cukuplah?’

Apakah garis sempadannya?

Adakah kita perlu menggunakan tenaga nuklear?

Risikonya mungkin melebihi kebaikannya tetapi mungkin kita perlu

memberhentikan teknologi ini untuk kebaikan

Jika ingin dengarkan perdebatan yang lain

ataupun pengenalan ringkas tentang tenaga nuklear, klik di sini