Telur - Sebuah Kisah Ringkas | Kurzgesagt

🎁Amazon Prime 📖Kindle Unlimited 🎧Audible Plus 🎵Amazon Music Unlimited 🌿iHerb 💰Binance

Video

Transkripsi

Anda sedang dalam perjalanan pulang apabila anda mati.

Ia suatu kemalangan kereta.

Bukanlah luar biasa,

…tetapi tetap membawa maut.

Ia adalah kematian yang tidak menyakitkan.

Para medik cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan anda,

tetapi tidak berjaya.

Tubuh anda terlalu hancur,

anda lebih elok tidak dihidupkan semula, percayalah.

Dan saat itulah anda bertemu dengan saya.

“Apa yang dah berlaku?”

“Saya di mana?”

“Awak mati,” kata saya, secara terus terang.

Tiada gunanya untuk berteka-teki.

“Ada… ada trak…

…dan ia tergelincir.”

“Ya.”

“Saya…”

“Saya… dah mati?”

“Ya.”

“Tapi janganlah bersedih.”

“Semua orang mati.”

Anda pandang sekeliling.

Hanya ada kekosongan sahaja.

Hanya ada anda dan saya.

“Tempat apa ni?”

“Ini akhiratkah?”

“Lebih kurang.”

“Awak tuhankah?”

“Ya, saya tuhan.”

“Anak-anak saya, isteri saya…”

“Kenapa dengan mereka?”

“Mereka akan tak akan apa-apa?”

“Itulah saya nak lihat,” kata saya,

“Awak baru sahaja mati dan kebimbangan utama awak ialah keluarga awak.

Itu perkara yang mulia.”

Anda memandang saya dengan terpesona.

Bagi anda, saya tidak kelihatan seperti Tuhan.

Saya kelihatan seperti seorang lelaki atau wanita.

atau mungkin seseorang tokoh kuasa yang bermisteri.

“Jangan risau,” kata saya, “Mereka tak apa-apa.”

“Anak-anak awak akan mengingati awak sebagai sempurna dalam pelbagai cara.

Mereka tidak cukup masa untuk membenci awak.

Isteri awak akan menangis di luaran,

…tetapi akan diam-diam berasa lega.”

Sejujurnya, perkahwinan kamu porak-peranda."

Paling kurang pun,

…dia akan berasa serba salah kerana berasa lega."

“Oh…

Jadi, apa akan jadi sekarang?

Saya pergi ke syurga atau neraka?”

“Tidak, kamu akan dijelmakan semula.”

“Ah,”

“… jadi orang-orang Hindu betul.”

“Semua agama betul dengan cara yang tersendiri.

Jalan dengan saya.”

Anda mengikuti sepanjang kita berjalan melalui kekosongan.

“Kita nak ke mana?”

“Tiada mana pun.

Saya cuma suka berjalan sambil kita bersembang.”

“Jadi, habis apa gunanya?”

Bila saya dilahirkan semula,

…Saya jadi memori kosong, kan?

Seorang bayi.

Jadi, segala pengalaman saya,

…semua perkara yang saya buat dalam hidup ni, tak penting?"

“Tidak juga.

Awak ada, dalam diri awak, semua pengetahuan dan pengalaman kehidupan masa lalu awak.

Awak cuma tidak ingatnya sekarang. "

Saya berhenti berjalan dan memegang bahu anda.

“Jiwa awak lebih megah, cantik dan luas daripada yang awak bayangkan.

Fikiran manusia hanya boleh mengandungi sebahagian kecil daripada awak.

Ia seperti mencelup jari ke dalam segelas air untuk melihat sama ada ia panas atau sejuk.

Awak masukkan sebahagian kecil diri ke dalam bahagian tersebut,

…dan apabila awak tariknya keluar,

…awak telah mendapat semua pengalaman yang ia ada.

Awak telah pun menjadi manusia selama 48 tahun yang lalu,

…jadi awak belum sedar dan merasakan lagi kesedaran anda yang selebihnya.

Jika cukup lama kita duduk di sini,

…awak akan mula ingat segalanya.

Tapi tiada gunanya untuk berbuat demikian di setiap kehidupan.”

“Habis berapa banyak kali saya dah dijelmakan?”

“Oh, banyak.

Banyak kali.

…dan banyak kehidupan berbeza.

Pada kali ini,

Awak akan menjadi petani perempuan Cina pada tahun 540 M.”

“Tunggu, apa?”

“Awak hantar saya semula ke zaman silam?”

“Ya, secara teknikalnyalah.

Masa hanyalah wujud dalam alam semesta awak.

Ia tidak sama di tempat saya.”

“Awak… datang dari mana?”

“Oh boleh, saya datang dari satu tempat, tempat lain.

Dan ada yang lain yang seperti saya.

Saya tahu yang kamu nak tahu apa yang ada di sana,

…tapi sejujurnya, kamu tidak akan faham.

“Oh…” awak berkata dengan kecewa.

“Tapi tunggu,

Kalau saya dijelmakan semula ke tempat dan masa lain,

…saya boleh berinteraksi dengan diri saya sendiri pada satu ketika.”

“Betul, ia selalu berlaku.

Dan dengan kedua-dua kehidupan ini hanya menyedari jangka hayat yang tersendiri,

…awak tidak perasan yang ia sedang berlaku.”

“Jadi, apa gunanya semua?”

Saya menatap mata awak.

“Erti kehidupan,

…sebab saya membuat seluruh alam semesta ini

…adalah untuk awak jadi matang.”

“Maksud awak umat manusia, awak nak kami untuk bersikap matang?”

“Tak, awak sahaja.

Saya ciptakan seluruh alam semesta ini untuk awak.

Dengan setiap kehidupan awak membesar dan matang,

…dan menjadi makhluk yang lebih besar dan pintar.”

“Saya sahaja?

Macam mana dengan semua orang lain?”

“Mana ada orang lain.

Dalam alam semesta ini, hanya ada awak dan saya.”

Anda merenung saya hairan.

“Tapi semua orang di Bumi?”

“Semua orang ialah awak.

Pelbagai jelmaan awak.”

“Tunggu, saya…

…semua orang?”

“Sekarang awak mula faham.”

“Saya setiap manusia yang pernah hidup?”

“Atau siapa yang akan pernah hidup, ya.”

“Saya Abraham Lincoln?”

“Dan kamu juga John Wilkes Booth.”

“Saya Hitler?”

…anda kata dengan terkejut.

“Dan awak pun berjuta-juta mangsa yang dia bunuh.”

“Saya Jesus?”

“Dan awak pun semua orang yang mengikuti dia.”

Awak terdiam.

“Setiap kali kamu membuli seseorang,

…kamu membuli diri sendiri.

Setiap tindakan kebaikan yang telah awak lakukan,

…awak melakukannya kepada diri sendiri.

Setiap saat gembira dan sedih yang pernah dialami oleh mana-mana manusia

…sudah atau akan dialami oleh awak.

Anda berfikir panjang.

“Kenapa?

Kenapa buat semua ni?

“Sebab suatu hari nanti, awak akan menjadi seperti saya.

Kerana itulah awak sebenarnya.

Awaklah sejenis dengan saya. Awaklah anak saya!”

“Wah!,” anda kata, berasa tidak percaya.

“Maksud awak, saya pun tuhan?

“Tak, belum lagi. Awak masih lagi janin,

Awak masih membesar.

Sebaik sahaja awak jalani semua kehidupan manusia dari seluruh masa,

…awak akan cukup membesar untuk dilahirkan.”

“Jadi, seluruh alam semesta ni…

cuma…”

“Satu telur!”, saya jawab.

“Kini sudah tiba masanya untuk awak ke kehidupan awak yang seterusnya.”

Dan saya hantar anda dalam perjalanan.

“Telur” oleh Andy Weir

“Telur” oleh Andy Weir Dianimasikan oleh Kurzgesagt