Video
Transkripsi
Pada Disember 2019, pihak berkuasa China
memaklumkan dunia suatu virus sedang merebak ke komuniti mereka. Dalam bulan-bulan berikutnya
ia merebak ke negara-negara lain dengan kes berganda dalam masa beberapa hari.
Virus ini adalah
Korovirus 2- SARS
yang mengakibatkan penyakit yang dipanggil Covid-19
dan digelar koronavirus.
Apa sebenarnya berlaku apabila ia menjangkiti manusia
dan apakah yang perlu kita lakukan?
Virus adalah kelongsong yang meliputi suatu
bahan genetik dan beberapa protein,
bahkan bukan suatu benda hidup.
Ia hanya boleh membiak dengan memasuki suatu sel hidup.
Korona boleh merebak melalui permukaan,
namun masih belum dipastikan berapa lama ia boleh hidup di atas suatu permukaan.
Cara utama ia merebak adalah melalui jangkitan daripada titisan daripada
batuk orang lain atau jika kita menyentuh seseorang yang sakit dan kemudiannya menyentuh muka sendiri,
seperti menggosok mata atau hidung.
Perjalanan virus bermula di sini dan bergerak
lebih jauh ke dalam badan.
Destinasinya adalah usus, limpa
atau paru-paru di mana kesan yang paling dramatik boleh berlaku.
Walaupun dengan kuantiti yang sedikit, koronavirus boleh mengakibatkan
kesan yang sangat dramatik.
Paru-paru dilapik dengan
berbilion sel epitelium.
Sel ini merupakan sel sempadan dalam badan yang melapik organ dalaman dan mukosa,
bersedia untuk dijangkiti.
Korona bersambung dengan suatu reseptor spesifik pada membran mangsa
untuk menyuntik bahan genetiknya.
Sel tersebut, yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku,
melaksanakan arahan baharu tersebut yang agak mudah iaitu
salin dan berhimpun semula.
Sel terbut akan dipenuhi dengan salinan virus asal
sehingga ia mencapai suatu titik genting dan menerima
arahan terakhir iaitu binasa sendiri.
Sel tersebut akan terlerai dan melepaskan
partikel korona baru, bersedia untuk menyerang
sel-sel baru.
Bilangan sel yang dijangkiti bertambah secara eksponen.
Selepas kira-kira 10 hari, berjuta-juta sel badan
akan dijangkiti dan berbilion-bilion virus akan
menyerang paru-paru. Virus ini belum lagi
mengakibatkan kerosakan yang banyak,
namun korona akan mencetuskan masalah yang besar
kepada sistem imun anda.
Walaupun sistem imun bertugas sebagai pelindung bandan anda, ia juga
boleh bertindak sebaliknya dan perlu pengawasan ketat.
Apabila sel imun berpusu-pusu memasuki paru-paru untuk melawan virus,
virus korona menjangkitinya
dan menghasilkan kekeliruan.
Sel tidak mempunyai telinga mahupun mata, oleh itu sel berhubung melalui
protein informasi yang digelar sitokin.
Hampir kesemua reaksi imun penting
dikawal oleh sitokin.
Korona mengakibatkan sel imun yang dijangkiti untuk bertindak balas secara berlebihan
dan mengamuk, Dalam kata lain,
ia menyebabkan sel imun menjadi lebih ganas
dan menghantar lebih banyak sel imun daripada yang diperlukan,
membazirkan sumbernya dan
menyebabkan kerosakan.
Secara terperincinya, terdapat dua sel yang menyebabkan kerosakan.
Pertamanya, neutrofili, yang berkesan untuk membunuh
termasuk tubuh kita.
Apabila beribu-ribu neutrofili tiba, enzim mula dihasilkan
yang menhacurkan kedua-dua kawan serta lawan.
Sel berikutnya yang mengamuk digelar
sel pembunuh T,
biasanya mengarahkan sel yang dijangkiti untuk membunuh diri secara terkawal.
Kecelaruan yang terhasil
mengakibatkan sel yang sihat juga
diarahkan untuk membunuh diri.
Lebih banyak sel imun yang datang,
lebih banyak kerosakan yang terhasil dan lebih banyak sel paru-paru sihat yang dibunuh.
Hal ini boleh menjadi sangat teruk sehingga
boleh terjadinya kerosakan kekal mengakibatkan kecacatan seumur hidup.
Dalam kebanyakan kes, sistem imun pulih semula
secara perlahan-lahan. Ia membunuh sel yang dijangkiti,
memintas virus yang cuba menjangkiti sel baru,
dan membersihkan medan pertempuran. Proses pemulihan bermula.
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti akan sembuh setelah
menghidapi gejala-gejala ringan.
Namun begitu, banyak kes menjadi lebih teruk atau kritikal.
Peratus kes kritikal tidak dapat dikenal pasti kerana bukan semua kes dapat dikesan,
namun boleh dikatakan kes kritikal korona lebih banyak daripada kes kritikal flu.
Dalam kes yang lebih teruk, berbilion sel epitelium mati dan
bersama-samanya, lapisan pelindung paru-paru akan hilang.
Hal ini mengakibatkan alveoli,
karung-karung kecil di mana proses pernafasan berlaku,
boleh dijangkiti dengan kuman yang kebiasaannya
bukan masalah besar. Pesakit akan menghidapi pneumonia,
pernafasan menjadi sukar malahan gagal,
dan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus hidup.
Sistem imun telah bekerja sepenuh kapasiti selama beberapa minggu
dan telah menghasilkan jutaan senjata antivirus.
Apabila beribu kuman berganda secara pantas,
sistem imun akan diatasi. Kuman ini akan memasuki darah
dan meguasai badan. Jika ini berlaku,
kebarangkalian maut adalah tinggi.
Virus korona sering dibandingkan dengan flu,
namun begitu, ia sebenarnya adalah lebih berbahaya.
Walaupun kadar kematian sebenar sukar untuk dipastikan ketika suatu pandemik
sedang berlaku, virus korona adalah lebih senang dijangkiti
dan merebak dengan lebih cepat berbanding flu.
Terdapat dua kemungkinan untuk pandemik seperti korona,
pantas dan perlahan. Masa hadapan yang mana akan berlaku,
bergantung kepada bagaimana kita bertindak balas terhadapnya
ketika tempoh awal tercetusnya pandemik.
Pandemik yang pantas adalah menggerunkan dan
akan mengorbankan banyak nyawa.
Pandemik yang perlahan tidak akan terlakar
dalam buku sejarah. Kes paling buruk
untuk pandemik yang pantas bermula dengan
kadar jangkitan yang cepat kerana tiada
langkah pencegahan untuk memperlahankannya. Mengapakah ini sangat buruk?
Dalam pandemik yang pantas, ramai yang akan sakit
secara serentak. Jika bilangannya
terlalu besar,
sistem kesihatan tidak dapat menampungnya.
Sumber perubatan seperti staf dan alat bantuan pernafasan
yang diperlukan akan tidak mencukupi. Pesakit akan mati
tanpa dirawat dan apabila
semakin ramai petugas perubatan dijangkiti,
kapasiti sistem kesihatan akan semakin berkurang.
Jika ini berlaku, maka keputusan sukar perlu dibuat untuk
menentukan siapa yang perlu hidup dan siapa yang tidak.
Bilangan kematian meningkat secara mendadak
dalam senario tersebut.
Untuk mengelakkan perkara ini, kita semua
(ya anda yang sedang menonton) perlu turut serta membantu bagi mengubahnya
menjadi pandemik yang perlahan. Pandemik dapat
diperlahankan dengan gerak balas yang betul terutamanya dalam
fasa awal. Hasilnya, kesemua pesakit
dapat dirawat dan tiada titik genting
dengan hospital yang lebih kapasiti.
Oleh kerana vaksin untuk korona belum ditemui,
kita perlu mengubah kelakuan sosial
dengan bertidak sebagai ‘vaksin sosial’.
Secara mudahnya, dua perkara berikut.
Tidak dijangkiti dan tidak menjagkiti orang lain.
Walaupun kedengaran remeh,
perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah mencuci tangan.
Sabun sebenarnya suatu alat
yang sangat berkesan.
Korona virus diselaputi dengan lapisan lemak.
Sabun meleraikan lapisan lemak tersebut
dan mengakibatkan virus tidak dapat menjangkiti anda.
Sabun juga menjadikan tangan anda licin dan dengan gerakan mekanikal daripada proses mencuci
virus dapat ditanggalkan.
Untuk melakukannya dengan betul, cuci tangan anda seperti
anda baru sahaja memotong cili dan kemudiannya hendak memakai kanta sentuh.
Perkara seterusnya adalah pemisahan sosial
yang merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan tetapi perkara yang bagus untuk dilakukan.
Ini bermakna, tiada pelukan dan tiada berjabat tangan.
Jika anda boleh duduk di rumah, duduk di rumah
untuk melindungi mereka yang perlu keluar untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Seperti doktor, juruwang dan anggota polis.
Anda bergantung pada mereka semua. Mereka bergantung pada anda
untuk tidak jatuh sakit.
Pada skala yang lebih besar, terdapat kuarantin
yang boleh membawa maksud yang berbeza,
seperti sekatan perjalanan
atau arahan untuk duduk di rumah.
Kuarantin adalah tidak seronok untuk dirasai
dan sememangnya tidak disukai, namun ia memberi kami
dan terutamanya penyelidik yang bertugas dalam
perubatan dan pemvaksinan masa yang sangat berharga.
Oleh itu, jika anda dikuarantin, anda seharusnya faham sebabnya
dan mematuhinya.
Semua ini tidak menyeronokkan, namun
jika melihat natijahnya ia adalah pengorbanan yang sangat kecil.
Jawapan kepada bagaiamana suatu pandemik berakhir
bergantung pada bagaimana ia bermula.
JIka ia berrmula dengan pantas
dengan cerunan yang curam, ia akan berakhir secara teruk.
Jika ia bermula perlahan dengan cerunan yang landai,
ia akan berakhir secara kurang teruk. Masa kini,
semuanya berada dalam tangan kita,
secara benar-benar dan secara kiasan.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada pakar-pakar yang telah membantu
dalam video ini terutamanya
Our World In Data.
Penerbitan atas talian bagi kajian dan data untuk masalah-masalah dunia paling besar
dan cara menyelesaikannya.
Sila layari laman sesawang mereka yang turut
mengandungi laman yang sentiasa diperbaharui mengenai pandemik korona.